nuffnang's ads

Thursday, December 10, 2009

Fobia a.k.a Phobia

Sudah lama tidak menulis... Isteri saya pun dah lama menunggu posting saya di halaman maya ini. Wah! Sungguh tidak disangka sangka... saya ada peminat setia rupanya. Siapa lagi nak jadi peminat kalau bukan isteri sendiri, dan kalau dia tidak berminat pun kita paksa lah dia menjadi peminat. Paksa dalam rela... kan zura kan?

Sebelum tu sedikit maklumat tentang FOBIA

Fobia bermaksud dimana pesakit mengalami ketakutan yang tidak wajar atau tidak rasional (irrational fears) terhadap sesuatu benda atau situasi yang khusus.

Ia juga dikaitkan dengan pengalaman yang lalu atau pelaziman (conditioning) dimana rangsangan (stimulus) yang neutral dikaitkan dengan rasa takut atau cemas apabila mereka terdedah dengan situasi yang sama.Fobia adalah sebahagian daripada gejala penyakit jiwa yang lain seperti kemurungan (anxiety disorders).umumnya ketakutan terbahagi dua iaitu takut biasa (normal fears) dan takut luarbiasa (abnormal fears).

Jenis-jenis fobia.

1)Fobia biasa (Simple Phobia)
2)Fobia agora (Agora Phobia)
3)Fobia Sosial (Social Phobia)

sumber http://www.mahsuri.com.my/blog/rawatan/fobia

Apa yang menarik perhatian di sini ialah kisah tentang anak saya yang sulung telah saya bawa berjumpa doktor gigi beberapa hari lalu. Bebarapa hari sebelum nya dia sudah mula bercerita tentang temujanjinya dengan doktor gigi yang telah ibunya aturkan.

~ibunya aturkan? guna 'cable' bapa saudaranya juga~

Bapa saudara isteri saya adalah bekas pekerja di Klinik pakar gigi di sebuah Hospital kerajaan. Kami meminta bantuan beliau untuk mengatur temujanji di Klinik tersebut. Di klinik tersebut saya baru tau rupa rupanya hanya kes terpilih sahaja akan dihantar kesana. Pemeriksaan awal adalah sepatutnya dilakukan di klinik pergigian daerah yang lain. Hanya anak saya sahaja yang terus mendapatkan rawatan di sini... besarnya 'cable' mak dia.

Kembali kepada cerita fobia. Apa yang fobianya? Mesti pasal cabut gigi la. Anak saya Hanan dan Amr dibawa berjumpa doktor gigi kerana Hanan ada masalah gigi reput atau patah, sementara Amru ada masalah gusi luka kerana terjatuh bulan lepas. Tanggapan saya Amru lah akan bermasalah besar berjumpa doktor gigi..tapi tidak. Dia diperiksa oleh doktor gigi dalam keadaan paling 'macho'. Hanan pun pada mulanya tiada masalah hanya bila doktor membuat keputusan untuk cabut gigi (tunggul gigi) baru dia menangis. Maka bersilat lah para doktor, pembantu dan ayahnya sekali. Akhirnya ayahnya terpaksa berbaring dikerusi pesakit dan memangku hanan yang terjerit jerit. Alhamdulillah akhirnya berjaya. Kemudian secara psikologi doktor memberi hadiah sticker kepada kedua anak anak saya... Mungkin hanan tidak akan fobia berjumpa doktor gigi selepas ini...mudah mudahan.

Habis, siapa yang fobia....? Bila sampai rumah, neneknya melihat gigit yang rosak itu telah dicabut seraya berkata "kau tanyalah Emak kau macamana dia cabut gigi masa kecil dulu..? Orang lain semua dah selesai dia masih lagi belum mula" Hanan senyum. Laa... mak dia yang fobia rupanya. Tapi nenek Hanan tak tau, ayah Hanan pun fobia juga jumpa doktor gigi. Seingat saya, saya sendiri tidak pernah berjumpa doktor gigi untuk cabut gigi di bahagian hadapan. Hanya gigi geraham sahaja yang dicabut oleh doktor gigi. Selain gigi geraham, saya sendiri lah yang menjadi doktornya. Terakhir saya mencabut gigi geraham ialah dua/tiga tahun lepas bersama emak Hanan. Kami pergi bersama sama.. Isteri saya pun ketika itu mempunyai masalah gigi. Kerana dah kritikal agaknya (sakit sangat) semua memberanikan diri ke klinik gigi. Itu cerita gigi... Mungkin kalau doktor gigi memberi kami hadiah sticker masa kecil dulu... taklah menjadi sekritikal ini.

Satu sejarah yang paling saya tak boleh lupa ialah ketika rakan saya dipukul di Petaling Street sekitar akhir tahun 80an dulu. Kami ketika itu masih lagi belajar... Saya di sebuah 'Pondok Matrikulasi' di Kedah sementara rakan saya itu di Universiti Malaya K.L. Kami berempat semuanya, berjalan jalan di sekitar Petaling Street sambil melihat lihat baju dan seluar 'made in Thailand' yang berjenama. Rakan saya Azman, dari satu kedai ke satu kedai asyik bertanya harga benda benda yang dia berkenan "ini berapa?" Bila Cina kedai tanya "mau ka?" Dia boleh jawab "tak mau la" dengan selamba. Sampai la ada satu kedai bila kawan saya tanya "Ini berapa?" Cina kedai tu jawab "RM50" Si Azman ni minta kurangkan harga. Akhirnya bila Cina kedai tu dah kurangkan harga... Azman tak jadi beli. Berlakulah pertikaman lidah seketika sebelum cina tu menarik Azman masuk dalam kedai dia. Gempar sekejap... entah dari mana dah ramai cina di sekeliling kami. Saya tak pasti Azman ditumbuk atau tidak. Tapi bajunya koyak di bahagian leher. Dan ada kesan darah di lehernya (luka kesan tarikan ganas pada bajunya). Saya membuat keputusan drastik dan saya tak tahu atas dasar berani atau takut atau atas dasar apa saya berdiri diantara Azman dan Cina kedai tersebut dan berusaha meleraikan mereka. Nasib baik tak kena penumbuknya. Azman dah dipegang oleh beberapa orang cina disitu seolah olah Azman yang nak memukul cina tu (Cina yang nak pukul dia tu tidak dipegang oleh sesiapa langsung). Rakan-rakan saya yang lain berusaha menarik Azman dari kawasan tersebut. Mungkin sebab orang dah ramai berkerumun (berbilang bangsa) kami beredar sambil cina kedai tu terjerit jerit bagitau semua orang yang kawan saya ni dah menawar harga barangannya dan dia dah kurangkan.... tapi tak jadi beli. "main-main!" katanya. Saya tidak terperanjat bila membaca laporan akhbar bahawa peniaga peniaga di Petaling Street 'Samseng' kerana saya pernah mengalaminya.

Kami terus balik kerumah kawan saya di Bricksfield masa tu... Azman tak banyak bercerita dalam perjalanan balik. Saya tau dia mana ada duit pun sebenarnya (untuk harga barang yang telah ditawar itu). Selepas peristiwa itu saya fobia nak tawar menawar harga barang sebenarnya... hahaha.

Akhirnya sampai sekarang saya jarang menawar harga kalau membeli barang. Mungkin saya akan menawar harga.. tapi kurang kesungguhan... tidak seperti isteri, mak dan mak mertua saya menawar. Saya gelisah kalau tengok orang yang bersama saya (kawan atau keluarga) asyik bertanya harga setiap kali masuk kedai.

.................. Apakah itu 'FOBIA'? Fobia yang mana satu?

Thursday, October 15, 2009

LETIH DAN PENAT 2

Tiga hari pertama... adalah hari yang sangat memenatkan. Seingat saya, saya tak sempat menalipon isteri dan anak kerana masa yang sangat terhad. Masa rehat antara satu program @ aktiviti hanya sekitar lima belas minit ke setengah jam sahaja. Terkejar kejar dibuatnya terutama bagi saya yang dah agak berumur ini. Paling lama pun hanya waktu tidur, pukul dua pagi hingga pukul lima setengah.... cukup ke? Tapi itulah hakikatnya.

Letih dan penatnya dalam masa tiga hari itu tidak dapat digambarkan. Pun begitu alhamdulillah saya dapat melepasi cabaran tersebut.... menurut sumber sumber yang layak dipercayai, mereka sengaja meletakkan kita dalam keadaan stress macam tu sebab nak melihat cara kita bekerja, cara kita bertindak dan cara kita membuat keputusan ketika dalam keadaan tertekan. Walaupun saya berjaya melepasinya, semangat saya pernah goyah juga. Saya membayangkan susah susah sangat, aku lari balik je kang nih.... hehe!

Yang paling memenatkan ialah program KEMBARA pada hari ketiga. Kami melakukan gerak kerja secara berkumpulan. Kebetulan saya yang paling berumur maka sayalah yang dipilih sebagai ketua. Yang lain saya boleh handle tetapi bab kawad saya memang tak pandai. Mungkin sebab masa yang sangat terhad... ya la, baru belajar dua hari dah nak jadi komander kawad.. memang tak pandai. Nasib baik dalam kumpulan saya ada seorang ustazah, yang pandai bab bab ni. Katanya dia pernah menjadi komander kawad semasa belajar... tak pasti pelapes ke polis ke kadet ke... tapi memang dia bagus dari saya. Isteri bertanya, tak malu ke.. orang perempuan pula yang lead. Hehe.. malu la jugak, tapi kalau kawad tak sempurna memang tak lepas masuk hutan. Tapi itu kelemahan kita... kena la mengaku sebab membabitkan kumpulan kita. Kalau tak, semua ahli kumpulan mengamuk dekat ketua nanti.

Kawad secara berkumpulan, dan barisan akan diperiksa oleh salah seorang fasilitator. Kebetulan kumpulan kami di periksa oleh seorang yang agak 'cengir' jugak. Muda lagi orang nya. Kalau ikut ikut hati saya memang saya tangan tangan kan sahaja. Tapi sebelum program hari pertama berjalan pihak fasilitator dah mengingatkan kami supaya jangan ambil hati sekiranya dimarah, ditempik, diprovoke dan macam macam lagi kerana itu adalah salah satu aspek pembelajaran. Dan pada saya pihak jurulatih a.k.a fasilitator adalah professional kerana setelah selesai program kami berkumpul dan semua ahli diberi peluang bercakap sepuas puas hati tentang aktiviti yang telah dijalankan.

Cerita tentang kawad tadi, kumpulan saya telah diperiksa sebanyak tiga kali. Dua kali tak lulus disamping kena jerit... kena marah. Ketua juga yang teruk! Siapa ketuanya?? AKU la!!! Soalan tak masuk akal.... dia tanya nama ahli kumpulan, mana la nak ingat dengan lancar especially perempuan. Itu pun ambil nama pangkal sahaja... tak dapat ingat semua. Kemudian ada pula soalan tanya pasal kasut. Berapa orang pakai kasut putih... berpa pakai kasut biru... mana nak ingat! Tanya warna tudung...la, ingat saya nak periksa benda benda itu semua? Memang memenatkan. Kami bermula dalam pukul 8.30 pagi, kesudahannya masuk hutan pukul 11 lebih. Bayangkan dua tiga jam berjemur tengah padang.

KEMBARA bermula dari Pusat Pemantapan Akidah Jelebu (PPAJ) dan berakhir di situ juga. Kami mula masuk hutan yang bersebelahan dengan PPAJ untuk perjalanan sekitar satu jam merentas hutan yang sangat curam samada mendaki atau menurun. Tetapi di setiap bahagian yang sukar telah diletakkan pasukan PGA atau BOMBA untuk memberi bantuan. Jadi kurang lah menakutkan kerana memang ramai orang berkeliaran dalam hutan itu. Sampai di checkpoint pertama kami berhenti sembahyang zuhur. Menariknya, setiap kumpulan telah diberi barang 'amanah' yang kononnya mesti dijaga dengan teliti. Bayangkan sepanjang aktiviti KEMBARA yang sangat lasak itu, kami dibekalkan dengan 5 biji telur ayam mentah. Bertungkus lumus lah kami membalut telur tersebut supaya tidak mudah pecah. Macam macam cara dapat diperhatikan.

Di checkpoint pertama kami di periksa oleh fasilitator yang didatangkan khas dari Putrajaya. Nasib kumpulan saya agak baik sebab diperiksa oleh seorang fasilitator wanita yang lemah lembut tapi nak buat buat garang. Sekali pandang saya dah boleh baca jenis orangnya. Alahai, ustazah nak buat buat garang ... setakat mana sangatlah garangnya. Dah lah kecil orangnya .... muda dari saya lagi agaknya... kalau saya tempik sekali sure tergolek dalam semak. Tapi tak ada lah saya buat. Saya juga lah yang teruk menjawab soalan. Kumpulan kami lah yang mula mula sekali selesai. Mungkin dia dah tak ada idea lagi nak soal kumpulan kami. Ada satu kumpulan lain, dapat fasilitator perempuan juga... tapi memang garang macam 'Mak Tiri'. Saya dengar suaranya dari jauh memang sangat menyakitkan hati... nasib baik kumpulan kami tak kena.

Letih memang letih... badan letih kemudian mental kena torture pula. Memang stress! Nak mengingatinya pun letih apatah lagi nak menaip..... Nanti sambung lagi la..
To be continued.....

Monday, October 12, 2009

LETIH DAN PENAT

Mulanya nama saya tidak disenaraikan sebagai peserta Kursus Asas Perkhidmatan Hal Ehwal Islam siri 9/2009 Jakim. Atas nasihat kawan-kawan saya menalipon ke Bahagian Latihan JAKIM untuk mengetahui perkara sebenar. Apabila diajukan soalan kenapa nama saya tidak tersenarai, mereka tanya balik semula pada saya "Eh! Awak tak dapat surat panggilan kursus lagi ke?" Aiyya!!... orang tanya dia, dia tanya dekat kita pulak. Jalan penyelesaiannya ialah mereka akan fax surat tersebut ke pejabat saya di Seremban.

Selesai satu bab, Surat tersebut difaks ke pejabat saya pada hari Rabu 30/09/09. Saya dikehendaki melapor di di tempat kursus pada 01/10/09 Khamis. Memang nampak sangat mereka terlepas pandang nama saya. Ketika melapor diri pun saya dapati nama saya yang bermula dengan 'A' berada di akhir senarai nama. Confirm! terlepas pandang!.

Saya sampai lebihkurang pukul 7 malam kerana saya berolak dari Seremban dalam pukul enam lebih. Bukan saya yang lewat sekali sampai, ada peserta yang sampai lebihkurang pukul lapan lebih. Lokasi kursus ialah di Pusat Pemantapan Akidah (JAKIM) Jelebu, N Sembilan. Menariknya ialah saya dilahirkan di Jelebu, jadi nampak macam balik kampung la juga. Setibanya disana saya diberi tuala, selimut, sabun, cadar dan sarung bantal. Katilnya seperti di asrama masa sekolah dahulu. Saya terpaksa memasang cadar walaupun dah lama tak buat kerja tersebut maklumlah, isteri yang banyak buat...kalau tak isteri pun Bibiknya yang buatkan.

Malam pertama, semasa penerangan diadakan sessi pemilihan wakil peserta kursus. Ada seorang peserta yang saya kenali semenjak hari pertama melapor diri di JAKIM Putrajaya, mencadangkan seorang peserta yang dia kenali untuk menjadi 'penghulu'. Cadangan tersebut ditolak mentah mentah oleh peserta yang dicadangkan. Saya berfikir didalam hati, "aku juga yang kena jadi macam macam ni kang." Memang pun, disebabkan keceluparan kawan saya itu, beliau telah dilantik sebagai penghulu dan diarahkan memilih AJK-AJK nya. Sah sah lah siapa yang dia kenal akan menjadi sasaran. Maka saya dilantik sebagai AJK Surau, yang bakal bertanggungjawab dalam hal ehwal surau. Bolehlah... memang kerja saya!

Terus terang saya memang sangat bersemangat untuk berkursus. Maklumlah saya memang belumpernah mendapat pendedahan sebegini selama saya hidup (seingat saya la). Mungkin disebabkan saya tidak pernah terlibat dalam aktiviti belia... atau tidak pernah terlibat dalam perkhidmatan kerajaan secara tetap dan berpencen. Nanti saya akan ceritakan macamana keadaan semangat saya sepanjang kursus 9 hari ini.
To be continued ......

Saturday, September 12, 2009

AHLAN WASAHLAN wa MA'AS SALAMAH

Tarikh 01.09.09 sangat penting bagi saya kerana saya telah melapor diri untuk jawatan saya yang baru. Dah veteran macam ni baru la kena panggil. Walau macamana pun Alhamdulillah, syukur! Apa yang berlaku ialah saya berulang alik selama 4 hari dari Seremban ke Putrajaya sejauh lebih kurang 140KM pergi dan balik. Bukan ada kerja pun, cuma duduk di satu sudut yang disediakan dan berbual bual dengan rakan sejawatan yang senasib dengan saya. Dan yang paling menarik, saya ialah yang paling 'Otai'nya.

Ahh... tak peduli! dulu mungkin saya tak terfikir akan pergi se'jauh' ini... tapi apabila bilangan keluarga sudah bertambah dari satu dah jadi dua.. kemudian tiga... seterusnya empat. Terdetik juga di hati, macamana nak bagi makan kanak kanak yang comel ini kalau 'kehidupan' saya seperti lima enam tahun dahulu? Syukur kepada Allah kerana me'lorong'kan saya kearah ini.

Hari Jumaat, saya dapat surat posting. Saya ditugaskan di Seremban. Bukan saya tak cuba minta agar dikekalkan di Gemas, tapi ada beberapa perkara yang tak perlu diceritakan disini menjadi halangan untuk saya terus kekal disana. Bayangkan, saya sudah pun membeli sebuah rumah di Batu Anam Segamat... dan sudahpun dua bulan berpindah kesana. Dengan perkataan lain, sudah selesa dengan rumah baru yang berdekatan dengan tempat kerja isteri juga tempat kerja saya. Bagi saya 16KM adalah satu jarak yang dekat.

Selesai urusan di Putrajaya, saya terus bergegas pulang ke Segamat membawa berita baik selain hendak berbuka puasa/bersahur dengan keluarga yang dah 4 hari ditinggalkan. disambut dengan keletah anak anak yang ceria membuatkan saya tidak merasa letih. Sekali la tu dengan keletah emaknya..........

Bercuti selama dua hari saya habiskan masa bersama keluarga sepuas puasnya. Tak buat apa pun... cuma sekadar bersama sama sepanjang masa dengan mereka. Hari Isnin saya melakukan Medical check up di kelinik kesihatan Segamat. Selesai urusan disana saya terus ke Seremban untuk melapor diri ke pejabat SUK Negeri Sembilan. Secara rasminya saya mula bertugas di Seremban pada 07.09.09. Yang paling menarik ialah sehingga hari ini 11.09.09 saya masih belum menjalankan tugas yang sepatutnya saya lakukan di sini. Penyelia saya menyuruh saya melakukan kerja pentadbiran di pejabat sahaja sementara menunggu kepastian beberapa perkara yang akan dimaklumkan oleh Pengarah JHEAINS.

Kerja masih belum bermula tapi saya sudah memastikan saya bercuti pada seminggu pada hari raya yang akan datang. Ahlan wasahlan ke tempat baru di Seremban.... Maas Salamah tempat kerja lama di Gemas.

Gemas, saya mula bertugas disana pada 01.09.05. Sudah empat tahun berlalu. Terlalu banyak yang saya pelajari di Gemas. Terimakasih kepada sekelian Jemaah Masjid Pekan Gemas yang tidak henti henti memberi sokongan dan dorongan yang memberi kekuatan untuk saya meneruskan khidmat di sana. Rata rata sahabat sahabat dan jemaah saya disana tidak tahu kisah duka saya sekitar tahun 2004-2005. Itulah kelebihan 'Hijrah'. Saya berpendapat saya telah berhijrah dari satu situasi kepada satu situasi yang lebih baik yang hanya saya, isteri dan Allah sahaja yang tahu.

Akbar madrasah fil 'alam, el hayah. Sekolah yang paling besar(pengaruh) di dunia ialah kehidupan yang kita lalui. Banyak yang saya belajar, sebelum ke Gemas dan semasa berada di Gemas sendiri. Yang paling saya puas hati, ialah saya berjaya menamatkan pengajian peringkat sarjana di UiTM walaupun bukan dalam bidang pengajian agama Islam. Walaupun saya sudah meninggalkan Gemas secara resmi, saya berjanji sekali sekala saya akan jenguk juga sekelian sahabat dan bekas jemaah saya di sana. Tidak banyak pembaharuan yang saya lakukan disana, tetapi saya suka bersosial dengan jemaah disana walaupun kebanyakannya layak dipanggil atuk atau ayah. Pada saya orang orang seperti ini, mereka memang bersahabat dengan kita secara ikhlas kerana tiada udang dibalik batu dalam tali persahabatan tersebut. Mudah mudahan rahmat Allah sentiasa memayungi sekelian penduduk Gemas. Amin! Selamat tinggal Masjid Pekan Gemas.

Tuesday, August 25, 2009

INTERVIEW OH TEMUDUGA...

Banyak juga cerita yang hendak diceritakan semenjak saya kurang aktif mem'blog'ing beberapa bulan lalu sejak posting terakhir saya tentang peluang. Pada awal bulan Julai lalu saya telah dipanggil untuk Temuduga Jawatan Perkhidmatan Awam yang telah saya pohon tahun lepas. Keputusannya hanya diketahui bulan lepas. Kemudian pada akhir Julai pula saya dipanggil menghadiri Temuduga untuk Jawatan yang saya pohon di sebuah IPTA. Berturut turut pergi Temuduga. Hasilnya amat mengecewakan pada peringkat permulaan.

Yang pasti saya amat kurang keyakinan diri semasa di temuduga (pada pendapat saya) kerana dalam banyak banyak perkara, temuduga jawatan lah yang paling merisaukan saya. Salah satu soalan perangkap yang saya tidak dapat jawab semasa temuduga pertama ialah berapa ramai jumlah anak-anak karyah dibawah Masjid awak? Bukan saya tak boleh tipu, cuma tak teringat nak tipu sahaja. Kalau saya beri satu amaun atau jumlah pun si Penemuduga bukan tau pun... cuma tak teringat. Dalam temuduga pertama saya agak gementar walaupun usia sudah meningkat dewasa. Alhamdulillah, isteri banyak memberi perangsang... dalam temuduga kedua saya sudah ada keyakinan yang tinggi dalam menempuh masa empat puluh lima minit ditemuduga tersebut. Cumanya temuduga kedua, saya tidak berjaya kerana kelulusan sarjana saya tidak menepati ciri ciri yang IPTA tersebut hendakkan. "Kau dah tau kau tak nak ambik... janganlah panggil Interview" rungut isteri saya. Komen saya tentang interview yang kedua itu ialah, saya boleh memanipulasi kelulusan sarjana teknologi maklumat yang saya pegang untuk menjawat jawatan tersebut. Dalam zaman serba canggih sekarang ini apakah ustaz yang berkelulusan IT tiada ruang untuk berkhidmat? Mungkin kalau ada interview ketiga akan saya ceritakan dari A sampai Z. Dari sumber yang layak dipercayai, dari temuduga tersebut tidak ada seorang pun diambil oleh IPTA tersebut. Saya terima dengan hati terbuka kekecewaan tersebut.

Alhamdulillah temuduga saya yang pertama telah berjaya. Keputusan yang keluar bulan lepas hanya sebagai calon simpanan. Kemudian ketika semua calon simpanan dipanggil melapor diri pada 13 ogos 2009 yang lalu... nama saya masih lagi sebagai calon simpanan. Hari Jumaat 21 Ogos 2009 adik saya menalipon mengatakan saya diterima masuk ke JAKIM. Saya terima dengan dada yang lapang walaupun panggilan ketiga... atau maksudnya 'simpanan dari simpanan'. Saya menalipon rakan yang telah melapor diri si Putrajaya.. mereka mengatakan ada 3 individu menolak jawatan tersebut. Sebagai ganti mereka memanggil saya...agaknya lah.

Menerima jawatan tersebut bermakna saya akan berjauhan dengan keluarga untuk tempoh yang panjang kerana jarak diantara rumah saya dengan tempat yang ada jawatan seperti ini paling hampir pun ialah 70KM. Saya mungkin memilih untuk berkhidmat di Seremban kerana masalah tempat tinggal. Yang penting masuk kerja dahulu. Pun begitu saya dan isteri sedang merancang strategi terbaik untuk kami sekeluarga... yang itu rahsia.

Menariknya, saya belum memaklumkan kepada semua orang di tempat kerja sekarang tentang tawaran kerja terbaru saya ini. Saya memikirkan untuk memberitahu mereka pada saat saat akhir nanti. Beberapa perkara perlu diselesaikan terlebih dahulu. Saya menganggap tawaran tersebut belum 'formal' lagi kerana tiada apa apa surat yang saya terima dari pihak JAKIM. Saya menyerahkan segala galanya kepada Allah.... sekiranya ini ketentuan yang terbaik buat diri saya, saya akan bekerja, menyumbang tenaga dan idea sehingga saya bersara. InsyaAllah. Selamat Berpuasa untuk Semua... semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik untuk kita semua.

Tuesday, August 18, 2009

PENGALAMAN NGERI

Saya bertolak dari rumah sekitar pukul 5:15 pagi. Subuh dijadualkan pada pukul 5:50 pagi. Sesampainya saya ke simpang di jalan besar Gemas-Segamat sebuat kereta Kembara memotong saya dengan agak laju. Saya tahu dihadapan ada lampu isyarat dan saya memang dah bercadang untuk terus sahaja jalan walaupun lampu merah. Kembara yang memotong saya tadi terus bergerak laju dan sampai di persimpangan lampu isyarat yang saya maksudkan itu saya lihat dengan mata kepala saya pemandu kenderaan tersebut mem'brek' dan melanggar tiang lampu isyarat sebelum melayang dan terbalik disisi jalan. Ya ALLAH!!

Saya amat terkejut dengan apa yang berlaku. Bila kita tidak bersedia menghadapi sesuatu situasi yang tidak disangka sangka... ditakdirkan Allah kita menghadapinya pada ketika kita tidak bersedia itu...sudah kita panik. Sebagai kereta yang pertama sampai ditempat kejadian (pukul 5 pagi memang tak banyak kereta) saya seolah olah dipaksa berhenti walaupun tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Cuma yang saya ingat saya menggenggam talipon untuk mendail nombor 911. Apabila saya keluar dari kereta saya lihat sipemandu sedang cuba membuka pintu kenderaannya yang terbalik. Dan sebuah lagi kenderaan kebetulan lalu telah berhenti untuk membantu. Perkara yang pertama tergambar di fikiran saya (melihat dari keadaan dan cara kereta itu terbabas) ialah kecederaan parah atau kematian. Tetapi saya lihat si Pemandu tersebut cuba membuka pintu keretanya dan mengeluarkan pelbagai barangan peribadinya dari kereta. Apabila saya tanya macamana keadaannya dia mengatakan di OK. Tiada penumpang lain dalam kereta tersebut. Alhamdulillah kata saya dalam hati. Tak lama kemudian seorang lagi penunggang motor sampai ketempat kejadian dan memungut kesan kemalangan yang bertaburan ditengah jalan... kaca, lampu isyarat etc... Saya diminta menghubungi balai polis tempatan tetapi nombor yang diberi oleh penunggang motor itu salah. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk ke balai polis membuat laporan. Sampai di balai, saya dapati pintu balai ditutup (tidak berkunci) dan nombor talipon balai polis tertera di luar pintu pagar tersebut. Saya merasakan saya masih lagi sempat pergi ke masjid untuk bertugas jadi saya cuma menalipon balai tersebut memaklumkan tentang kejadian.

Sepanjang perjalanan saya ke tempat saya bertugas saya membuat kesimpulan.

1.Talipinggang keledar hendaklah sentiasa dipakai... pemandu tersebut terselamat kerana memakai talipinggang keledar.(dengan izin Allah)

2. Kalau terlampau mengantuk mesti berhenti... saya pasti kemalangan tersebut berpunca dari terlampau mengantuk

3. Simpan nombor talipon balai polis terdekat

4. Jangan langgar isyarat lampu merah.... saya selalu langgar lampu merah kalau dah pukul 4, 5 pagi....

ingattt........

Thursday, June 25, 2009

MENGAMBIL PELUANG

Bercerita tentang peluang saya ada beberapa perkara berkaitan 'peluang' yang hendak dirangkumkan menjadi satu. Peluang yang datang bukan selalu, jadi bila ianya tiba maka mesti direbut agar tidak kempunan.

Peluang yang pertama, tentang pemergian saya ke Sarawak selama 4 hari pada 6 hingga 9 Julai yang akan datang...InsyaAllah. Isteri saya akan membentangkan satu kertas kerja di The International Conference on IT in Asia (CITA) di Hotel Hilton, Kuching. Pada peringkat permulaannya dia hendak pergi bersama kawan-kawan tetapi tidak ada pula kawan-kawan lain yang menyertainya. Kemudian saya dimaklumkan bahawa dia akan ke sana bersama adik perempuannya.... dipendekkan cerita adik ipar saya pun tidak dapat menyertai isteri saya ke Sarawak. Maka saya dengan berbesar hati dan rela hati bersetuju untuk menemankan isteri sepanjang 4 hari di Sarawak. Dua bulan lepas saya telah membeli tiket pergi balik Kuching-Kuala Lumpur berharga RM260.00. Tiket dan penginapan isteri telah ditanggung sepenuhnya oleh Universiti tempat isteri bekerja. Ada pun keberadaan saya di sana adalah atas tanggungan sendiri....nasib baik kosnya tidak terlampau mahal. Inilah peluang saya untuk ber'HoneyMoon' lagi dengan isteri.

Penginapan saya bersama isteri ialah di sebuah Hotel bersebelahan Hilton Kuching... lupa nama Hotel. Ceritanya bertambah menarik apabila saya terfikir .. alang alang saya dah berada di Kuching, mengapa tidak mendaftar sahaja sebagai peserta seminar. Apa yang digerunkan ialah yuran pendaftaran sahaja RM1000.00. Macam-macam benda dan perkara yang boleh diselesaikan dengan RM1000.00 tersebut. Isteri memberikan Idea supaya minta dari Jabatan tempat saya bekerja. Sekali fikir memang tidak masuk akal kerana bidang pekerjaan saya dari gred 'S' atau sosial yang samasekali tidak terlibat dengan Teknologi Maklumat ditambah lagi dengan nama jawatan saya, "Pegawai Hal Ehwal Islam" yang macam langit dengan bumi jika dibandingkan dengan Teknologi Maklumat.

Seterusnya apabila ditimbang timbang, kalau tidak cuba... jawapannya sudah pasti negatif. Saya membuat satu kertas cadangan untuk dikemukakan kepada setiausaha sebuah Badan yang sering memberi bantuan kepada pihak pihak yang memerlukan. Saya kemukakan bersama sijil sarjana Teknologi Maklumat saya dari UiTM dan saya pastikan saya berpeluang mengemukakan permohonan tersebut secara individu. Tujuannya ialah agar saya dapat bercerita dengan panjang lebar lagi. Alhamdulillah, reaksi pegawai yang menerima kertas cadangan saya itu sangatlah positif. Saya dah terbayang peluang menyertai Seminar antarabangsa yang saya tak pernah ambil bahagian sebelum ini. Dalam kertas cadangan saya itu saya sertakan juga kos tambang (tiket)pergi balik yang telah saya beli. Pun begitu saya tidak berapa yakin permohonan tambang itu akan diluluskan. Usaha dah, doa pun sudah.... tawakkal sahaja lah.

Kelmarin 23 Jun 2009, saya menalipon ke Badan Bantuan tersebut dan khabar yang menggembirakan saya terima. Permohonan saya telah diluluskan, tanpa ada potongan dari jumlah yang saya minta....Alhamdulillah. Saya diarahkan datang ke pejabat untuk mengambil cek. Peluang saya untuk ke Sarawak tanpa menggunakan wang saku terbuka luas. Lebar senyum isteri saya, kerana kami memang banyak menggunakan wang sekitar dua bulan kebelakangan ini kerana akan menyiapkan kelengkapan rumah yang baru dibeli awal tahun ini. Walaubagaimanapun saya amat bersyukur kerana dapat peluang ini serta berusaha menjadi 'peserta' berjaya. (Okay la tu...belum ada peluang lagi nak jadi 'Papers Presenter')

Perjalanan saya ke Seremban bermula seawal 7.00 pagi, bersemangat untuk mengambil cek tersebut. Akuarium adalah salah satu keperluan yang disenaraikan untuk rumah baru kami...jadi pemergian saya ke Seremban adalah satu peluang untuk membawa balik sebuah akuarium yang berukuran 4 kaki. (di sebuah kedai yang kami sudah tengok kondisinya minggu lepas) Tetapi, disebabkan ketiadaan stok maka pembelian akuarium tersebut terpaksa di tangguhkan. Saya terpaksa bergegas pulang ke Gemas kerana telah berjanji dengan isteri untuk mengambil anak anak dari sekolah sekitar pukul 11:30 pagi. Dalam kelam kabut nak pulang isteri pula memberitahu bahawa dia akan mengambil anak anak dari sekolah. Ahhh.... lega rasanya kerana tidak perlu bergegas ke Gemas. Sekali lagi saya mengambil peluang..... Kali ini saya pergi menziarahi kedua ibubapa di Senawang. Sesampai di sana, saya bertemu dengan adik lelaki saya di rumah. Katanya dia dan isteri sudah 3 hari tidak bekerja atau ke pejabat. Adik saya seorang pensyarah di sebuah IPTA. Semuanya gara gara mereka dalam proses berpindah ke kampus baru.. dan bilik mereka masih belum disediakan lagi oleh pihak pentadbir. Saya berkata dalam hati, "Wahhh! ini lagi gila punya peluang!.. Saya pun nak jadi pensyarah kalau macam ini" Sedang saya makan durian saya dikejutkan oleh Ibu saya tentang pihak tertentu yang mengambil peluang semasa kenduri perkahwinan adik saya minggu lepas. Emak cerita tentang kereta saudara saya yang datang menghadiri kenduri telah dipecah oleh orang yang mengambil peluang semasa semua orang lain sibuk dengan kenduri kendara... semata mata kerana sebuah beg 'Laptop'. Hakikatnya bukan Laptop yang berada dalam beg tersebut, hanyalah sebuah Al Quran. Al Quran yang saudara saya (Kaklang Abang Wahab) guna untuk belajar di sebuah IPTA. Menariknya sipencuri telah tercuri sebuah Quran mudah mudahan dia berpeluang untuk bertaubat. Polis mengatakan bahawa mereka telah banyak menerima laporan tentang kejadian sebegini. Polis mengesyaki orang yang sama melakukan jenayah ini kerana Modus Operandi nya lebih kurang serupa. Terbang duit mereka mengganti cermin sebanyak RM70.00.

Begitulah kisahnya....... dalam pada saya mengambil peluang rupa rupanya ada insan lain mengambil peluang juga. Wallahua'lam.

Friday, June 5, 2009

MENJAGA KESIHATAN

Sebenarnya memang dah lama rasanya nak berjogging. Petang semalam baru terlaksana apa yang diidam idamkan. Balik sahaja dari solat asar saya terus bersiap sedia dengan uniform yang sesuai..dan dengan penuh semangat saya terus ke sebuah padang terdekat untuk berlari mengeluarkan peluh. Umar saya bawa bersama kerana dia sedang cergas berlari dibandingkan dengan 2 kakak dan adiknya yang lena dibuai mimpi.

Sebenarnya dari petang kelmarin lagi saya dah berhajat nak berjogging, akhirnya apa yang berlaku ialah budak berempat tu yang dapat main di playground. Seronok tengok Amru main gelongsor...sekali saya ajar naik ikut tangga dan tanpa jemu diulangnya berkali kali. Quicklearner betul.

Begitu juga yang lain. Hanya amru sahaja yang memerlukan pemerhatian 100%... Umar dah pandai bawa diri. Kakak dan Zahra jumpa kawan satu tadika. Seronok tengok bebudak ni dah pandai bersosial. Sekurang kurangnya ayah mereka keluar peluh juga lah walaupun sedikit.


Menyeksakan, bila dah lama tak jogging... tiba tiba nak buat balik semula. Realitinya saya hanya mampu buat satu pusingan padang sahaja. Hahaha... dulu rasanya lima enam pusingan padang sebesar itu 'kacang' je. Nampak sangat kita dah berumur. Saya masih ingat ketika muda remaja dulu saya mampu bergerak dengan tangan untuk jarak yang agak jauh juga. Sekarang, saya pernah cuba...tapi perut berat sangat. Tangan dah tak larat nak menampung berat badan. Dah overweight la tu. Masa tu, adalah movie bertajuk 'Gymkata'. Itu dulu... Kalau nak cerita 'dulu', seluar jeans saya yang pertama saya beli sendiri (levi's lagi tu...banyak betul duit) bersaiz 26... Ya Allah! kurus nya. Sekarang ukuran pinggang saya dah mencecah 36. Rindu jugak nak pakai Jeans tapi , perut besar nanti tak elok pulak rupanya. Nanti kalau perut dah turun cadangan itu boleh difikirkan.

Hendak tak hendak saya terpaksa menurunkan sedikit berat perut ini kerana khuatir bermacam macam penyakit datang menyerang berpunca dari terlebih berat ini. Bukan nak kata kalau kurus tak ada penyakit.... tapi kurang lah sedikit risikonya. Saya cuba memotivasikan diri untuk ber'riadah' ni dengan menulis dalam blog ni...sekurang kurang nya setiap kali saya buka blog, saya akan teringat pasal jogging. Itu pun isteri dah tertanya tanya sebab apa saya berjogging..walaupun joggingnya hanya satu pusingan. Insyaallah saya akan cuba teruskan untuk bersukan ini sekurang kurangnya dua atau tiga kali seminggu.

Di pejabat saya pernah membeli sebiji bola takraw, dengan harapan petang petang boleh main timang timang dengan zul dan sharil. Tapi sampai sekarang bola tersebut masih baru lagi seperti hari mula mula beli dahulu. Alhamdulillah bolasepak yang kononnya saya beli untuk amru dan umar telah banyak kali digunakan disamping menjadi tempat Umar mempraktikkan kebolehannya menulis dan melukis. Sekurang kurang nya bola itu dah hilang ke'baharu'annya.

Kena istiqamah nampaknya. Ya Allah berikan lah aku kekuatan untuk melawan serangan serangan sifat malasku sendiri. Tapi selepas berjogging makan pun semacam juga nampaknya , abih camno?... kena tambah dengan puasa la nampaknya! Boleh ke?

Malaysia boleh!!!

Tuesday, June 2, 2009

EAZY-SOLAT 2009





Salam...
Lama sangat dah rasanya bercuti dari mem'blog'. Bukan sebab sibuk atau tiada berkesempatan. Cumanya... mood untuk menulis belum sampai sampai lagi.

Awal Jun 2009 ini baru lah mood itu sampai. Ini pun saya menulis kerana tak dapat tidur disebabkan cuaca yang amat panas. Ucapan selamat hari ulangtahun untuk saya dari isteri tercinta baru diterima sebentar tadi. Terima kasih!

Hari ini 1 Jun, saya bersama AJK masjid tempat saya bertugas telah menganjurkan program EAZY-SOLAT untuk anak anak sekolah yang sedang bercuti. Program ini dianjurkan bersama pakar motivasi muda yang tersohor di Negeri Sembilan ini , Ustaz Nor Azman Mohamad dari Seremban. Dari kacamata saya anak Johol ini akan menjadi salah seorang yang cemerlang dalam bidang ini tak lama lagi.

Program yang kami anjurkan ini telah dirancang semenjak 3 bulan lalu. Promosi nya telah bermula lebih kurang sebulan yang lepas. Pada pendapat saya masa promosi sebulan itu sudah memadai kerana Daerah Kecil Gemas ini pun bukan besar sangat pun macam Seremban atau K.Lumpur.

Sehingga hari Sabtu 30 Mei, penyertaan amatlah kurang. Cuma pada hari Ahad, saya menerima banyak panggilan talipon tentang permohonan menyertai program pada hari Isnin (tanpa perlu mendaftar). Alhamdulillah penyertaan hampir mencapai sasaran... 100 orang. Jika dicampur petugas-petugas pada hari tersebut memang melebihi sasaran lah jadinya.

Itulah dia jika diadakan program bersifat ke'akhirat'an. Andaikata kami adakan program bersama bintang bintang Akademi Fantasia berapa ramaikah jumlah peserta yang akan datang menyaksikan? Mungkin sekelian remaja dari seluruh pelusuk Gemas akan tiba sekali dengan ibu bapa. Promosi tempohari menjangkau ke seluruh rancangan Felda berdekatan yang mana telah diumumkan oleh imam bertugas pada hari Jumaat. Saya merasa kesal apabila ada pihak memberitahu bahawa, mereka 'tak tahu menahu' tentang program sebegini yang diadakan dimasjid karyah mereka sendiri.

Program sebegini telah diadakan di masjid ini pada tahun lepas tetapi tiada bayaran dikenakan. Pada tahun ini kami telah mengenakan bayaran sebanyak RM20 termasuk makan dan minum serta lain lain kelengkapan kursus. Pada tahun lepas, apabila diumumkan program secara percuma ... penyertaan dianggarkan mencecah seramai 250 orang lebih kurang 4 kali ganda penyertaan hari ini.

Pengisian menarik, makanan sedap dan suasana selesa. Program diadakan di dewan solat masjid berikutan ketandusan ruang yang boleh menampung jumlah peserta yang ramai. Dewan serbaguna wujud tetapi tidak lah besar. Jadi apabila ruang solat digunakan maka terhad kepada yang tiada uzur (syar'ie) sahaja. Itu adalah satu kelemahan yang perlu diambil kira.

Rasanyanya perlu di jelaskan sebab sebab kekurangan peserta dalam program Eazy-Solat 2009.
1. Bayaran RM20 dikenakan (mungkin mahal)
2. Cuti sekolah (balik kampung atau makan angin)
3. Kelas Tambahan (pelajar UPSR sekolah berdekatan memang ada kelas tambahan)
4. Promosi tak sampai (Iklan ditampal di masjid dan surau serta sekolah shj, terhad kepada yang mengunjungi tempat tersebut)
5. Mampu mendidik sendiri anak bersolat (boleh tunjuk ajar sendiri)
6. Tiada kenderaan untuk menghantar anak ke masjid.
7. Tenaga pengajar dan fasilitator tidak berpengalaman
8. Cuaca panas

Pun begitu saya bersyukur kerana program ini berjalan lancar. Kerjasama yang ditunjukkan oleh AJK masjid sangat dihargai, terutama kepada mereka yang terlibat dalam urusan masak memasak. Juga kepada pengerusi masjid yang awal awal pagi lagi sudah berada di masjid. Mudah mudahan kerjasama ini akan berterusan lagi dimasa akan datang. Dan kepada anak anak yang terlibat, mudah mudahan program ini akan mendatangkan minat untuk terus kekal menjadi orang yang berterusan menjaga solat khususnya solat 5 waktu.

Tuesday, April 21, 2009

Terima Kasih...

Dah lama rasanya tidak diserang demam panas. Entry kali ini cenderung kepada kisah demam panas yang hinggap dalam keluarga saya bermula dari zahra kemudian umar dan amru yang teruk ialah ketika Amru demam. Sebab amru kalau demam sampai kena sawan.... sawan demam.(fits) Ternyata yang paling teruk demam ialah ayah mereka... Saya telah diserang demam panas pada hari sabtu (18/4) apabila pulang dari berbulan madu di Mersing. (Selepas ini nak ke Sarawak pula... berhoneymoon juga, minta sangat agar tidak diserang demam lagi) Saya biasa demam, tapi kali ini ialah antara yang paling teruk rasanya. Sampaikan tak boleh bangun...kalau pun dapat bangun hanya sebab digagahkan sahaja. Hari Ahad saya ada jemputan kenduri, oleh kerana tidak ada pegawai masjid yang lain dapat menggantikan tempat saya mengetuai bacaan yasin dan tahlil (kerana ada jemputan tempat lain) maka saya paksakan juga tubuhbadan yang tak bermaya ini hadir ke majlis tersebut. Terimakasih kepada isteri sebab ada disisi jadi kawan.

Hari Ahad, demam semakin tinggi. Ubat yang diambil dari sebuah kelinik di Kampung seperti tidak mujarab langsung, badan menjadi bertambah longlai. Hari Isnin pun macam itu juga...masih lagi tidak surut.... memang mencabar ujian Allah S.W.T ini. Saya menjadi bertambah gusar apabila memikirkan cerita tentang arwah kawan saya yang meninggal bulan lepas. Arwah demam panas selama 3 hari dan hari yang ke empat arwah pengsan baru keluarganya bawa ke hospital tetapi sudah terlewat kerana buah pinggang dah rosak dan pembedahan segera terpaksa dilakukan dengan risiko yang amat tinggi. Allah lebih menyayangi dia.... Arwah pergi semasa pembedahan sedang dijalankan, Al Fatihah. Itu yang saya takutkan, dalam usia sebegini amalan belum cukup sempurna, anak anak masih kecil... khuatir juga bila diingatkan tentang mati, walaupun setiap yang hidup pasti akan merasai mati.

Perasaan tersebut mengingatkan saya kepada risiko penyakit selain dari demam panas...contohnya denggi, hepatitis, kencing manis atau darah tinggi. Saya belum pernah diserang oleh penyakit sebegini jadi memang tak tahu macamana atau bagaimana rasanya (minta dijauhkan oleh Allah) Justeru saya meminta pertolongan isteri untuk menghantar saya kehospital pada petang Ahad. Kedatangan saya kesana disambut baik oleh petugas dibahagian kaunter kecemasan. Dari perbualan ringkas kami saya merasakan bahawa beliau menyedari tentang bahaya demam panas kerana menurut beliau pada masa macam macam penyakit berjangkit kita semua kena berhati hati. Setelah menunggu beberapa ketika saya dipanggil masuk berjumpa doktor. Pada masa itu suhu badan saya 39F. Doktor memutuskan untuk melakukan ujian darah dan dimasukkan air. Ujian darah dilakukan untuk mengesan kalau kalau ada penyakit seperti denggi atau yang lain lain. Saya dimasukkan 2 tabung air (tak ingat sukatannya) dan keputusan darah adalah normal...tiada kencing manis atau darah tinggi.... Alhamdulillah. Dalam lima belas minit saya berbaring (sambil dimasukkan air) saya merasa panas semakin reda, syukur Alhamdulillah. Cuma saya tak sampai hati melihat seorang pesakit (kanak kanak dalam 2 tahun... sebaya Amru) kena demam panas dan misi berusaha memasukkan jarum ke dalam badannya (tangan) dan dia menangis nangis memeluk emaknya. Kesian!! patut lah saya tidak menjadi doktor... cepat sangat merasa kasihan. (atau memang tak boleh ambil subjek aliran sains?)

Itulah cerita saya demam beberapa hari lepas...hari yang tak bermaya. Saya tak boleh bayangkan kalau anak anak saya pula yang demam. Umar contohnya, pertama kali saya melihat Umar 'Flat' betul ketika demam... selalu kalau Umar demam masih lagi ceria. Belum sempat Umar sembuh, ayahnya pula menyusul. Alhamdulillah... Umar dah seratus peratus sembuh dan saya dalam proses nak sembuh.

Yang menarik untuk di'terimakasih'kan disini ialah tentang sistem kesihatan di Malaysia. Terima Kasih kepada Kerajaan kerana mengadakan perubatan percuma kepada rakyat. Terima Kasih juga kerana pihak pihak tertentu menyusun kaedah rawatan yang baik untuk para pesakit. Terima Kasih juga kepada mereka yang bertugas pada masa semua orang sedang seronok bercuti.... Saya sudah lama menyedari perkara ini semenjak isteri bersalin Hanan (anak yang sulung). Hairan dan pelik bagaimana kerajaan boleh mengenakan bayaran yang sangat murah untuk cas bersalin di hospital? Padahal kos ubat sahaja mungkin mencecah ratusan ringgit. Belum masuk yuran professional lagi. Apa pun, Terima Kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat. Setinggi-tinggi penghargaan kepada si Isteri sebab sanggup menghantar ke hospital dengan hanya berbekalkan keropok dan ais krim Cornettos.......

**Lepas ini kena pergi buat pemeriksaan kesihatan nak tengok penyakit yang berpotensi menyerang... maklumlah dah nak masuk tahun yang ke empat puluh hidup atas dunia ini.


Friday, February 27, 2009

JAUH BERJALAN , LUAS PEMANDANGAN

Ada dua perkara yang meng'excited'kan saya sekarang. Pertama, secara tak resmi saya dan isteri dah berkira kira nak ke Melaka pada hari Sabtu (esok). Dan yang kedua, Fakulti tempat isteri bekerja akan mengadakan hari keluarga di sebuah resort di Perak. Saya adalah seorang yang suka berjalan... bukan berjalan kaki tapi berjalan jalan makan angin. Mungkin sebab kami adik beradik dah dibiasakan oleh emak dan ayah berjalan jalan makan angin. Menurut cerita dari
mulut ke mulut yang sampai kepada saya ketika saya baru pandai bercakap saya sudah dibawa berjalan jalan menaiki bas dan keretapi oleh emak dan ayah. Sehinggakan ketika saya pulang ke rumah, saya bercerita dengan kawan kawan sekeliling "mula-mula iyai (gelaran untuk diri saya) naik bas lepas tu iyai batuk lepas tu iyai makan ubat... dah elokkkkk" ..... -dialog yang lain sila tanya adik bongsu saya mungkin dia lebih hafal-Yang saya ingat semasa kecil saya dah sampai ke Pantai Timur menaiki kereta Toyota K.E.

Saya masih ingat ketika samapai di suatu tempat (kuantan, kalau tak silap) cermin hadapan kereta kami pecah. Saya juga masih ingat makan telur penyu di Rantau Abang.... which is, kalau saya dihidangkan dengan telur penyu sekarang saya takkan makan telur penyu tersebut... banyak benda lain nak dimakan lagi. Itu antara perjalanan yang masih segar diingatan saya ... walaupun sudah hampir tiga dekad berlalu. Saya masih ingat kami menyusuri Sungai Pahang, kemudian menyusuri pula jalan tepi laut yang sampai sekarang saya masih belum puas melaluinya.

Apabila saya meningkat remaja saya lakukan perkara yang sama di tempat saya belajar. Awal sembilan puluhan saya berkonvoi bersama kawan kawan dari Kaherah ke Aswan, sebuah empat tumpuan pelancung di Selatan Mesir. Menariknya ialah p meredah erjalanan lebihkurang 1000 Km, kami pergi dan balik ikut jalan yang berlainan. Kereta yang kami sewa bukan lah kereta yang selesa pun tetapi itu lah hakikat... bukan keselesaan yang menyeronokkan tetapi perjalanan itu sendiri. Kami berkonvoi dua buah kereta dengan disertai 8 orang kawan-kawan sepengajian. Kereta yang saya naiki hanya saya seorang yang memandu dalam perjalanan pergi dan balik itu. Bayangkan saya memandu dalam masa tiga atau empat hari sejauh dua ribu Km. Asalnya ada dua orang yang mempunyai lesen memandu, tetapi disebabkan lesen memandu kawan saya itu masih baru (baru dapat lesen memandu di Mesir) dan kenderaan yang kami naiki ada masalah sedikit pada bahagian steringnya. Lesen memandu di Mesir amat mudah diperolehi... haaa, ini satu cerita yang lain. Mungkin kalau isteri saya mengambil lesen di Mesir dia tidak akan 'repeat' ambil lesen memandu ... berapa kali? dua belas? lapan belas?... tiga puluh dua kali? Lost count dah.... tapi yang saya ingat memang banyak kali dia ambil lesen memandu di JPJ.

Di Mesir, selain Aswan (sempadan Sudan) saya juga pernah sampai ke Sinai (berhampiran sempadan Israel). Pemandangan yang saya tak boleh lupa sampai bila bila... cuma ditakdirkan saya bukan dari golongan orang berada maka tidak dapat saya mengabadikan semuanya itu menerusi kamera DSLR yang canggih. Perjalanan yang saya lalui di Mesir kebanyakannya lebih kepada gaya yang kurang Mutu dan kurang Keunggulan yang juga amat kurang... dengan ertikata lain, lebih ekonomi. Kami tidak mempunyai dana yang banyak untuk perjalanan yang penuh Gaya, Mutu dan Keunggulan. Hinggakan saya pernah berangan bersama kawan kawan
yang sama sebuah kereta untuk datang lagi ke Aswan dengan gaya yang lebih esklusif... hahaha.. angan angan! Perjalanan ke Selatan Mesir menyajikan pemandangan yang menyejukkan mata, menyusuri Sungai Nil yang terkenal. Kehijauan disana sini... manakala perjalanan ke Utara Mesir (Sinai) hanya dengan pemandangan gunung gunung batu dan padang pasir. Terusan Suez, Hamam Musa, Hamam Firaun, Gunung 'Tursina', Sharm El Syeikh.... dan yang paling saya ingat ialah ketika saya meng'interview' penduduk tempatan tentang perbezaan berada dibawah pemerintahan Israel dan pemerintahan Mesir mana lebih bagus?? Mereka menjawab, "Israel... sebab banyak cuti" Astaghfirullahul'azim... Pendapat pribadi sahaja. Untuk pengetahuan umum, semenanjung Sinai diserahkan kepada Mesir secara berperingkat peringkat sehingga tahun 80an, melalui perjanjian 'Camp David' antara Almarhum Presiden Sadat (Mesir) dan Presiden Jimmy Carter (U.S).

Sepanjang perjalanan ini, banyak kelihatan kubu-kubu askar dikawasan Padang Pasir... bangkai bangkai kereta kebal yang menurut pendapat orang tempatan sengaja dibiarkan supaya menjadi pedoman kepada rakyatnyat tentang Israel adalah selama lamanya musuh mereka.

Tahun sembilan puluh lima, saya berpeluang ke U.K untuk berjalan jalan. Saya berda di sana selama hampir 2 bulan. Sempat juga bekerja sebagai pemetik buah strawberry. Bila dikenang kenangkan semula, keberadaan saya di U.K tak ubah seperti orang orang Bangladesh, Nepal... Indon yang bersepah sepah di Malaysia sekarang ini. Saya dan beberapa pelajar U.K adalah antara pekerja tanpa permit di sana. Mereka (Pelajar Malaysia di U.K) ada pilihan untuk memohon permit, tetapi mungkin karenah birokrasi membuatkan mereka memilih untuk bekerja tanpa permit. Bagi saya pula, memang tiada pilihan untuk memohon permit... maka jadilah saya dabeberapa orang sahabat tak ubah seperti P.A.T.I. Pun begitu, itulah antara perkara yang menyeronokkan pernah saya lakukan. Naik van yang tertutup rapat tanpa tingkap... saya juga pernak berkhemah didalam belukar di tepi kebun strawberry... pernah termakan shish (macam sandwich) yang dijual oleh orang Arab tetapi rupa rupanya Arab kristian....

Balik ke Malaysia, saya sangat suka perjalanan yang jauh walaupun Malaysia tidak lah seluas atau sebesar mana... Kali terakhir berjalan jauh ialah lebih kurang empat bulan lepas, kami sekeluarga ke Terengganu menghadiri hari keluarga jabatan saya. Bila dah berkeluarga baru saya tahu , tinggi kosnya kalau berjalan jalan jauh jauh ni. Pun begitu keseronokannya tidak tergambar.

Besok saya akan ke Melaka.. tak lah jauh sangat tapi saya tak sabar tunggu besok. Begitu juga tarikh 6,7 & 8 Mac 2009 sangat saya tunggu tunggu... seperti juga saya menunggu nunggu tarikh bertolak ke Terengganu pada percutian kami yang lepas.

Apa pun, perjalanan ini takkan menarik tanpa isteri dan anak-anak... saya mencadangkan anak-anak ditinggalkan dengan bibiknya bersama nenek. Nak honeymoon dengan isteri cadangannya....Tapi, tak sampai hati pula rasanya. Hanan, Zahra, Umar.....ikut ayah & Emak! Kita pergi Melaka jalan jalan....(mmmmm.... situasi amru akan difikirkan kemudian)

Thursday, February 26, 2009

KETENTUANNYA

Semalam 24/2/2009 saya ke Seremban dan Putrajaya. Ke Seremban untuk urusan FOMEMA bagi pembantu rumah baru kami dan ke Putrajaya untuk bertemu sahabat lama. Pada mulanya saya merancang untuk bertolak awal ke sana, tapi disebabkan beberapa urusan yang lambat selesai saya tertangguh agak lama juga. Al maklumlah, anak nak kena ambik dari sekolah... makan tengahari nak kena pantau... cuma semalam tak masak lauk sahaja sebab bibik dah goreng ikan. Ingatkan nak masak lemak cili api...tapi bila tengok jam dah lewat.... saya putuskan untuk menggoreng sosej sahaja. Maka habislah stok sosej dalam petiais. Itu lah masalahnya, bila benda dah tinggal sedikit semua suka. Hanan makan nasi lauk sosej dan ikan, begitu juga zahra.... tak cukup dengan nasi ditambah pula dengan roti berintikan sosej. Sebab mereka nampak saya makan macam itu. Saya malas nak makan nasi sebab hanya lauk ikan yang ada, kuah tak ada kurang seronoknya. Kalau tak silap, hanan makan enam sosej.... banyak tu. Kesimpulannya saya lewat bertolak.

Dari rumah lebihkurang pukul dua... saya jangkakan sampai di Seremban dalam pukul empat. Sekali lagi takdir menentukan segalanya. Saya berhenti di pejabat Pos Gemencheh untuk membeli postal order, ramainya manusia beratur. Saya tunggu dalam lima ke sepuluh minit dan nampak tiada peluang untuk potong Q lantas saya meneruskan perjalanan. Saya membawa Umar sebagai teman berbual dalam kereta. Baru sepuluh 10km dia sudah lena diulit mimpi. Itulah kelebihan Umar, untuk tidur dia tidak memerlukan tempat yang tersangat selesa berbeza dengan kakaknya.Sampai di Tampin saya berhenti untuk membuat Banker's cheque. Saya berhenti di Bank Rakyat pada mulanya kemudian di BIMB... mungkin saya silap sebut Bankdraft... maka kedua dua Bank tersebut tidak dapat memenuhi permintaan saya. Bank yang ke3, Public Bank saya baru sedar kesilapan saya... jadi saya tukar nak buat Cek Jurubank. Selamba saja bahagian Customer Service cakap "Boleh! nak bayar pada siapa?" Saya pun dengan pantas menjawab "Fomema sdn bhd" Tak sampai sepuluh minit semuanya selesai. Kemudian saya berpusing satu Tampin mencari kedai photostate, untuk membuat salinan dokumen pembantu rumah. Kesimpulannya saya terlewat lagi.

Saya memecut ke Seremban, kerana nak cuba sampai sebelum jam 4:30 petang kerana dari pengalaman saya Bank-bank perdagangan akan menutup pintunya pada pukul 4:00 petang. Jadi plan saya ialah kalau Fomema sdn bhd dah tutup, saya nak merayulah kononnya. Biasalah petang-petang memang banyak lori-lori panjang yang merangkak sepanjang perjalanan Tampin-Seremban. Dulu semasa office saya di Tampin, rekod perjalanan Tampin-Seremban (siang hari) ialah setengah jam. Masa tu mungkin baru-baru kahwin dan anak pun belum ada lagi... kereta pulak Honda Bullet.... mana taknya. Sekarang ini anak dah ramai, tak boleh buat macam tu lagi
dah. Kelajuan membunuh.... Grrrrrr walaupun kadang kadang saya geram. Geram pertama, kerana manusia jenis memotong tiba tiba tanpa amaran. Geram kedua, manusia suka ikut bontot kereta kita rapat rapat. Geram ketiga, manusia memotong sebelah kiri..... seterusnya geram keempat, sekali sekala kena henjut jugak kereta Honda City. Huhuhuhu.... kesimpulannya saya terlewat juga.... almost 5 o'clock baru masuk dalam bangunan Fomema.

Dah sampai pejabat Fomema, talipon pula tertinggal dalam kereta. Kena la turun pergi ambil talipon... terpaksa bawa Umar turun naik kalau tidak dengan siapa dia nak tinggal. Sampai di bawah saya suruh Umar tunggu di bahagian muka pintu / tangga Fomema sebab nak ambil Talipon dalam kereta. Dalam Talipon ada nama dan nombor kad pengenalan abang ipar serta nama klinik panel di area Segamat. Kesimpulannya tau apa??? Kesimpulannya Umar terkencing dalam seluar di tepi tangga Fomema. Aduhaiiii.... nasib baik ada satu couple yang perasan saya dan Umar di pejabat Fomema offer nak bagi air untuk basuh. Basuh dan tukar seluar
Umar sepantas kilat... naik semula ke Fomema dan selesaikan urusan. Alhamdulillah tak ada masalah. Kesimpulannya selesai, tak sampai sepuluh minit.. terima kasih Aci dekat pejabat Fomema tu.

Misi di Seremban dah selesai, saya terus memecut ke Putrajaya.... alahai memecut dengan kancil apalah sangat. Maximum speed pun 130km/j. Kancil dah empat lima tahun, mana nak cecah 130 lagi. Maka berdesuplah saya ke sana pula dari Seremban ikut jalan LBJ kemudian KLIA kemudia Putrajaya. Terpaksa ikut jalan belakang sebab ringgit Malaysia agak terhad untuk membayar tol. Sampai di kawasan perumahan 'Desa Pinggiran Putra' lebih kurang jam 6:35 petang. Saya cari surau untuk solat asar dan qada' hajat dan akhirnya saya sampai ke tempat sahabat saya dalam pukul 7:00 malam. Macam macam kami bualkan, dan yang paling saya terharu mendengar cerita daripadanya ialah tentang cucu sulungnya yang mengidap masalah jantung serta rumahtangga anak perempuannya yang berakhir dengan perceraian. Perkahwinan dengan pemuda Arab atas dasar suka sama suka yang secara tidak langsung saya terlibat di awal proses perkenalan mereka. Itu satu cerita yang lain, kalau ada kelapangan akan saya tulis. Jam 8:00 saya bertolak kembali ke Seremban. Bukan saya tidak mahu berbual lama tetapi dalam perbualan melalui talipon sebelum kami berjumpa sahabat saya ini ada memberitahu yang adiknya hendak membawanya keluar berjalan jalan di sebelah malam. Kalau boleh saya mau berbual panjang.... tetapi mengenangkan jadualnya yang sudah diatur, saya gagahkan diri untuk meminta izin pulang ke rumah kononnya dengan alasan Gemas adalah lokasi yang jauh.

Kesimpulannya saya berpuas hati dapat bertemu dengan sahabat lama saya, seorang yang banyak membantu saya ketika saya berada di Makkah Al Mukaramah. Bukan sahaja bantuan dari segi moral dan fizikal... malahan bantuan dalam bentuk wang ringgit....yang kalau dihitung menjangkau ke ratusan ribu ringgit. Kadang kadang ketika saya mendapat pertolongan daripadanya terdetik dihati kecil saya... "manusia kah atau malaikat engkau ni?" Saya sanggup meninggalkan sementara kerja saya demi berjumpa dengannya.

Kembali ke Seremban, saya membuat keputusan untuk singgah sebentar di rumah keluarga saya di Senawang dengan harapan dapat berjumpa dengan atuk dan uwan Umar.....selain dari nak bawa Umar mandi dan buang air. Nak dijadikan cerita kedua ibubapa saya tiada dirumah kerana keluar mengajar Takmir. Saya menghabiskan masa selama lebihkurang empat puluh lima minit ke sejam di sana sebelum bergerak pulang ke Gemas. Saya tinjau dalam tudung saji, tiada makanan yang sesuai untuk makan malam. Dalam perjalanan pulang saya menalipon ibu saya mengatakan saya baru sahaja keluar dari rumahnya... ibu saya bertanya samada saya dan Umar sudah makan atau belum. Dia mengatakan lauk pauk ada dalam periuk.... hahaha, dalam periuklah tempat yang saya tak tengok. Apabila isteri menalipon, saya mengatakan saya akan makan di mana-mana kedai makan memandangkan Umar masih belum makan lagi. Kalau nak tunggu makan di rumah, dikhuatiri Umar dah nyenyak tidur pula. Saya berhenti makan di sebuah restoren di Rembau. Restoran sederhana, tiada ramai orang. Ketika saya sampai hanya dua tiga meja yang bertunggu. Saya memesan air sirap dan teh O suam serta nasi goreng U.S.A dan nasi goreng cina untuk Umar. Hampir selesai makan saya lihat kelibat orang yang pernah saya kenal. Saya buat keputusan untuk menegurnya apabila selesai makan nanti. Melayan Umar makan adalah satu kerja rumit kerana banyak benda dalam pinggannya yang dia tak suka kononnya....dia masih maukan telur goreng mata kerbau dalam pinggan saya. Selesai makan, baru saya menegur si Hamba Allah tu dengan salam. Dia menoleh .... terus bangun dan memeluk saya. Saya lihat badannya seperti orang berpenyakit... kurus sangat nampaknya tidak seperti ketika saya berkawan dengannya dahulu. Dari pengamatan saya mungkin kerana tidak cukup tidur, biasalah.... orang bekerja untuk rakyat. Dia bertanya ke mana saya pergi selama ini, dah banyak kali dia cuba menalipon saya... nombor lama memang la tak dapat dihubungi. Saya dah berapa kali bertukar nombor dah. Selepas perbualan singkat kami bertukar tukar nombor talipon dan bersalam salaman. Semuga dia tidak berkecil hati ketika saya maklumkan bahawa saya selalu nampak kawan saya ini dalam majlis majlis rasmi Kerajaan Negeri... dibalas olehnya, "selama tu jugak lah , kau tak togur sey" Saya tegaskan yang saya tak mahu tegur sebab dia dikelilingi oleh VVIP VVIP. Saya sendiri dah lama cuba mencari nya melalui Facebook... hahaha. Bila saya berjumpa tempohari tahulah saya orang macam dia tiada masa untuk mengadap komputer.

Kesimpulannya, kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan. Setiap perkara yang berlaku satu hari ini berkait rapat antara satu sama lain ... dari kelewatan saya bertolak, hinggalah apa yang berlaku kepada Umar (terkencing dalam seluar). Misi saya untuk bertemu seorang sahabat lama telah menjadi misi bertemu dua orang sahabat lama. Kesemuanya gara-gara perjalanan yang terlewat. Saya berpegang teguh, setiap apa yang berlaku kepada kita diatas mukabumi ini pasti ada hikmahnya. Kadang kadang kita rasa kita dah rancang yang terbaik rupa rupanya ada lagi yang lebih baik Allah rancangkan untuk kita. Apa yang penting kita bersyukur dengan apa yang berlaku keatas diri kita...andai ada perkara yang tidak seperti perancangan awal terjadi, samada baik atau buruk.... kita perlu bersabar. Allah maha mengetahui akan hal ehwal diri kita.

Sunday, February 22, 2009

Alkisah, saya telah di TAG oleh isteri saya. Katanya, nak tahu pasal diri kita dengan lebih mendalam lagi.... Ini lah dia, dipersilakan membacanya. Terima kasih.

Tag No 1
Here are the rules - post this list on your profileblog replacing my answers with yours.Tag 25 people to do the same thing.

If I tagged you, it's because I want to know more about you.

1. WERE YOU NAMED AFTER ANYONE?
- Entah
2. WHEN WAS THE LAST TIME YOU CRIED?
- ada la sekali tu tahun 2004 kot...
3. DO YOU LIKE YOUR HANDWRITING?
- Yes
4. WHAT IS YOUR FAVOURITE LUNCH MEAT?
- Any kind…janji halal.
5. DO YOU HAVE KIDS?
- yup, 4
6. IF YOU WERE ANOTHER PERSON WOULD YOU BE FRIENDS WITH YOU?
- Ha-ah
7. DO YOU USE SARCASM?
- not really
8. DO YOU STILL HAVE YOUR TONSILS?
- never
9. WOULD YOU BUNGEE JUMP?
- Why not…. hahaha
10. WHAT IS YOUR FAVOURITE CEREAL?
- Tolak batu & kayu je…. Semua sapu!
11. DO YOU UNTIE YOUR SHOES WHEN YOU TAKE THEM OFF?
- nope
13. WHAT IS YOUR FAVOURITE ICE CREAM?
- chocolate, vanilla, cream, pandan, traditional, etc… etc… just name it
14. WHAT IS THE FIRST THING YOU NOTICE ABOUT PEOPLE?
- their height
15. RED OR PINK?
- neither
16. WHAT IS YOUR LEAST FAVOURITE THING ABOUT YOURSELF?
- Cepat sangat percaya dengan orang yang baru dikenali
17. WHO DO YOU MISS THE MOST? (READ :WHO not WHAT)
- my best friend ‘S’, I haven't seen him since 2005 (kawan sekolah menengah dulu)
18. DO YOU WANT EVERYONE TO COMPLETE THIS LIST?
- why not
19. WHAT COLOUR OF PANTS AND SHOES ARE YOU WEARING?
- kain pelikat laaa…………….. petak petak warna kelabu
21. WHAT ARE YOU LISTENING TO RIGHT NOW?
- sound of moving fan and cartoon (Donald duck.. channel 615 ASTRO) from the TV
22. IF YOU WERE A CRAYON, WHAT COLOUR WOULD YOU BE?
- blue (apo ke bondo tujuan soalan eh nih?)
23. FAVOURITE SMELLS?
- bau baby lepas mandi… maklum la anak dah empat.
24. WHO WAS THE LAST PERSON YOU TALKED TO ON THE PHONE?
- my x- roommate merangkap banker masa study kat cairo dulu
25. DO YOU LIKE THE PERSON WHO SENT THIS TO YOU?
- Of course… she’s my wife! We’re in love!
26. FAVOURITE SPORTS TO WATCH?
- Football
27. HAIR COLOUR?
- black.
28. EYE COLOUR?
- black …. Ek eleh, melayu nih!
29. DO YOU WEAR CONTACTS?
- no
30. FAVOURITE FOOD?
- …. Asam rebus, asam pedas, mee bandung muar, masak lomak cili api, laksa, firakh baniah babai, firakh masywi abbasiah, kabab maidan geish, kuftah, tokmiah bil baidh, sandwich kibdah akhir mahattah H7, syawerma tahta el kubri Atabah.. kawarie’…. Banyak lagi nih…
31. SCARY MOVIES OR HAPPY ENDINGS?
- happy endings
32. LAST MOVIE YOU WATCHED?
- Last night HIDALGO
33. WHAT COLOUR OF SHIRT ARE YOU WEARING?
- Grey dog shit…. (kelabu tahi anjing)
34. SUMMER OR WINTER?
- winter
35. HUGS OR KISSES?
- both… boleh ke dua dua?
36. FAVOURITE DESSERT?
- ntah… apa yang ada semua I sapu.
37. MOST LIKELY TO RESPOND?
- my x-girlfriend a.k.a isteri saya la.
38. LEAST LIKELY TO RESPOND?
- spam emails
39. WHAT BOOK ARE YOU READING?
- Sirah nabi by Muhammad Sa’id Ramadhan Al Buthi……
40. WHAT IS ON YOUR MOUSE PAD?
- nothing… guna touch pad …mouse dah rosak
41. WHAT DID YOU WATCH ON TV LAST NIGHT?
- Football… MU vs BLACKBURN…. Hampeh! Bila MU nak kalah ni???
42. FAVOURITE SOUND(S)?
- Amr's voice(my 1 ½ y.o youngest son), when he sings
43. ROLLING STONES OR BEATLES?
- Yang lain tak ada ke?? … boleh la THE BEATLES.
44. WHAT IS THE FURTHEST YOU HAVE BEEN FROM HOME?
- Which home? Ada banyak rumah la….. Masa study dulu-Aswan 1000km from Cairo. Rumah sekarang- Padang Besar, Perlis.
45. DO YOU HAVE A SPECIAL TALENT?
- Boleh baca doa, apa jenis doa…. Hahaha. (dah memang kerja tukang baca doa, macam tu)
46. WHERE WERE YOU BORN?
- Hospital Daerah Jelebu…. Laaaa, orang Jelobak-Jelobu ghupo eh!
47. WHOSE ANSWERS ARE YOU LOOKING FORWARD TO GETTING BACK?
Semua yang baca lah…………………

Tag no. 2
4 pekerjaan yang telah saya lakukan dalam hidup:

i. Fruit picker, Hereford (strawberry)
ii. Driver Van (rahsia) masa cuti
iii..Travel Officer/ Tour Manager (Travel Agency)
iv. Pegawai Hal Ehwal Islam

4 cerita/drama bersiri yang saya nak tengok lagi dan lagi

i. Nehi
ii. None
iii. Illek
iv. Mafish

4 tempat saya telah pergi dalam seminggu ini

i. Masjid
ii. Giat Mara, Pasir Besar
iii. Segamat
iv. UiTM Segamat

4 Tempat saya patut berada sekarang

i. Masjid…. (laaaa, dah nak pukul sepuluh dah. Ada appointment)
ii. Dapur, breakfast.
iii. oversea teman isteri buat PhD.. Perghhhhh!!!
iv. Tepi laut ke Kolam ke Sungai ke… Memancing!

4 Orang yang saya nak tag....

i. Semua kawan-kawan FB dan orang yang baca benda ni.
ii. sda
iii. sda
iv. sda

Friday, January 30, 2009

KAWAN

Sebagai manusia kita memang tak boleh hidup sendirian. Memang menakjubkan kalau kita boleh hidup tanpa kawan. Saya rasa saya mempunyai ramai kawan yang majoritinya lelaki. Akhir akhir ini saya sering teringatkan semua kawan-kawan lama saya terutama kawan baik saya yang dah empat tahun hilang..... Baru baru ini saya ke Batu Kikir bertemu dengan kawan lama satu sekolah menengah. Beliau baru bertukar ke sebuah sekolah di Batu Kikir selepas bertugas selama belasan tahun di Sarawak. Saya dah lama tidak bertemu dengannya tapi bila bertemu kemesraan kami masih macam dahulu.

Saya masih ingat ketika menuntut di sebuah sekolah Agama di Kedah kami menyewa sebuah rumah dan tinggal bersama selama 3 tahun. Akhir 80an apa lah sangat yang ada. Sewa rumah Rm100 dan dibahagi 5 orang... baru Rm20 seorang. Tetapi duapuluh ringgit pun susah nak cari masa tu. Ketika itu kami sebuah rumah saya, S*****l, A***r, S****n dan L***i berkawan juga dengan budak budak bujang di sekitar kawasan kami. Masih saya ingat ketika itu duit belanja saya lebih kurang Rm60 - Rm80 sebulan. Begitu lah average duit kami (bukan duit sendiri pun, emak ayah yang kirim) yang pada masa itu sekali pandang memang sikit sangat tetapi dengan duit ini lah kami menyara hidup di sana. Ketika itu kos sara hidup di Kedah belehlah dikatakan murah. Seperkara lagi, kami memang sering memastikan bekalan beras mencukupi untuk sebulan. Lauk nombor dua. Pernah kami di tegur oleh Ayub (budak jual burger di tepi simpang) "Aku kesian tengok hampa makan nasik lauk teloq buh 'toyu' .. paih tu makan dengan pucuk kari" La... memang la kesian. Yang saya ingat Ayub tu dah lama meniaga burger, sehari income dia ada dlm Rm50 kot kalau tak silap. Kira orang kaya la tu. Kami kehulu kehilir naik bas, Ayub dah banyak kali tukar motor. Kami memang biasa makan nasi lauk telur mata kerbau letak kicap dan petik pucuk pokok kari jadi ulam. Sekarang, bila saya cuba untuk makan pucuk daun kari... pahit!! Macamana saya boleh makan dulu..? Antara yang sering berkunjung kerumah kami ketika itu Din (tak ingat nama sebenar) Tobiarq, Achik dan dua orang pekerjanya Din dan Salleh. Ada lagi sebenarnya tapi saya tak ingat nama. Kawan kawan kami yang sering berkunjung kerumah ini boleh dibahagikan kepada 2 kategori, kawan yang boleh pakai... dan kawan yang tak boleh pakai.

Dalam ramai ramai kawan kami cuma yang boleh dibuat kawan ialah Achik... Rambut panjang macam rocker Rahim Maarof (rupa dia pon sebijik) Yang saya ingat Achik ni datang kerumah kami biasanya untuk sembahyang sebab dia ada kedai makan di kawasan belakang rumah kami. Yang lain lain tu hanya lah kawan yang mengambil kesempatan. Pun begitu, kami masih lagi melayan mereka dengan baik. Kami tak pernah melihat mereka bersembahyang kecuali hari Jumaat. Itu bab sembahyang...

Tobiarq seorang yang sering ke sempadan Thailand melanggan perempuan perempuan tepi jalan... juga pernah kami tangkap menghisap ganja dalam bilik yang ditutup rapat, Din #1 juga seorang kaki perempuan dan sering kerumah kami ketika tak ada duit... pernah suatu ketika, pada masa kes 'Labu Peram Pak Man Telo' sedang hangat diperkatakan batang hidung si Din #1 ni tak kelihatan langsung. Pada masa itu dia bersama abang nya menjadi ejen skim tersebut dan hidup seperti orang kaya. Tup tup bila skim tersebut musnah muncul lah si Din #1 ni semula, di rumah kami.

Din #2 dan Salleh, pekerja kepada Achik.... mereka berdua adalah orang yang lurus. Masalahnya mereka tidak seperti bos mereka.. berkaitan solat lima waktu. Kehidupan mereka saya perhatikan seolah tidak ada masa depan... kerana gaji mereka dibayar minggu keminggu. Setiap kali dapat gaji setiap kali itu juga lah mereka berbelanja besar. Walaupun begitu saya dan rakan serumah tetap membuka pintu setiap kali ada kenalan yang ingin menumpang. Kini saya dan mereka telah lama terputus hubungan dan saya berdoa mudah mudahan mereka telah mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah untuk menjadi manusia yang berguna.

Pernah kami berkawan dengan DJ pasaraya di Alor Setar, Fairuz dan Garry. Fairuz (anak mami.. yang playboy & hensem), yang terakhir saya dengar dia masuk RTM... Garry Wilson (India seremban... S****n panggil dia India Murtad) pulak saya tak pasti adakah Garry di sebuah stesen radio swasta... adalah Garry yang saya pernah kenal dulu. Kedua dua DJ ni biasa tidur di rumah sewa kami. Yang saya masih ingat rumah sewa tersebut hanya ada TV dan radio serta dapur..... tak lupa juga papan Karom.

Antara kami berlima, saya, S***m dan L***i berjaya menjejakkan kaki ke Mesir menyambung pengajian peringkat ijazah. A***r , diserang sakit dan tidak pergi ke Mesir (walaupun layak) tapi meneruskan pengajian di MPI...posting ke Sarawak, sekarang baru bertukar ke Batu Kikir. S****n, jatuh cinta dengan gadis Alor Setar dan terakhir saya dengar dia bekerja di Sg Petani. Mereka inilah antara kawan baik saya yang sama sama hidup di rantau orang ketika di awal usia remaja.

Mungkin jikalau mereka ini menalipon mengatakan "eden nak jumpo kau.. sekarang" Maka saya akan segera mencari jalan untuk memenuhi pelawaan mereka. Makasudnya kalau ada urusan saya akan tangguhkan urusan tersebut... kalau ada kerja kerja yang bukan melibatkan hidup dan mati, saya akan cuba untuk pergi ... Yang membuatkan saya terpanggil bercerita tentang 'kawan' ialah baru baru ini saya menerima panggilan dari A****n, juga seorang kawan lama (bukan kawan baik).... kepingin nak berjumpa saya di sekitar kawasan saya bertugas sekitar pukul lapan malam. Sebelum ini saya jarang menolak pelawaannya untuk bertemu, tetapi kali ini saya tolak mentah mentah. Pada masa itu saya dan keluarga hendak ke bandar untuk urusan keluarga. Mungkin dia terasa, tapi apakan daya. Berkawan dengan A****n ini bukanlah sesuatu yang menguntungkan bahkan saya pernah rugi ketika berkawan dengannya. Dia seorang kawan sama pernah menutut satu Universiti tetapi seorang yang suka berahsia... sangat berahsia. Dia sendiri hendakkan kehidupan yang privasi tapi kadang kadang dia tidak terpikir bahawa orang lain juga mahukan privasi. A****n ini pada hemat saya berkawan hanya sekiranya seorang itu berkepentingan kepadanya. Mulanya saya agak ralat jugak ketika menolak pelawaannya untuk berjumpa tapi dari satu sumber yang boleh dipercayai memang betul dia berminat untuk menggunakan saya (dengan kedudukan yang ada pada saya, alaa... bukan kedudukan apa pun...cuma kedudukan sebagai seorang imam masjid sahaja) untuk mencari Downline MLM yang sedang dia usahakan (sehari selepas itu saya diberitahu). Itulah dia A****n yang saya kenal..seorang yang sering mengambil kesempatan. Dia memang seorang yang yang rajin berniaga....tetapi hanya untuk perniagaan yang mendatangkan hasil betul betul lumayan (5, 6 angka), bukan kecil kecilan yang sekadar seratus sehari... ataupun dua ratus. Saya bertekad untuk tidak memberi ruang kepada kawan yang sebegini.... mungkin sekadar sekali sekala berSMS tanya khabar sahaja apalah salahnya.. tapi setakat itu sahajalah.

Sekarang, saya akan terus berkawan... jauh sekali memutuskan persahabatan yang pernah terjalin. Pepatah arab ada mengatakan kalau nak tengok kawan dalam ertikata sebenar, pergilah berkelana dengannya di situlah jawapannya. Samada dia sanggup susah senang bersama. Kalau sanggup, tahniah! Itulah kawan sebenar.

Hakikatnya................. I'm happy with my life.... sekarang, especially di sisi isteri tercinta, anak anak dan keluarga tersayang. Tak ada seorang antara mereka yang cuba mengambil kesempatan ke atas saya.

** Next entry saya nak cerita tentang kawan sama belajar satu Universiti. (hopefully)

* Toyu
= kicap

Tuesday, January 13, 2009

JATUH CINTA

Mungkin sudah jodoh kita ditakdirkan bertemu selepas 6 tahun melayari bahtera perkahwinan bersama insan bernama isteri. Dikurniakan pula 2 puteri serta 2 putera yang comel belaka. Kenapa setelah saya bahagia bersama isteri tercinta dia muncul dalam hidup saya. Saya mengenalinya hanya setelah isteri memperkenalkan saya kepadanya. Mengapa kita dipertemukan sebelum saya kenal isteri saya? Mengapa tidak kita dipertemukan 7 tahun dahulu? Mengapa mesti isteri yang memperkenalkan saya kepadanya??? Mengapa mesti dia berasal dari Johor juga.... walaupun namanya ada iras iras Indonesia, saya pasti dan yakin dia berasal dari Johor. Suratankah atau kebetulan... dia dan isteri berasal dari Johor?

Pertama kali diperkenalkan oleh isteri semasa di Jementah. Kemudian saya terus sentiasa merinduinya. Kadang kadang hampir tak dapat tidur mengenangkannya. Tidur tak lena mandi tak basah. Saya pernah ke Muar beberapa tahun dahulu semata mata untuk menemuinya tetapi tidak kesampaian. Saya sangka saya bertemu dengannya tetapi sebenarnya bukan dia. Dua bulan lepas saya pernah ke lokasi yang sama sekali lagi tetapi pulang tanpa dapat bertemu dengannya kerana tiba tiba isteri mengadu keletihan yang amat sangat. Mungkin isteri saya sudah dapat mengagak apa yang mahu saya lakukan. Saya tidak berputus asa.....

Semalam, setelah lebih enam tahun merindui mee bandung Muar, akhirnya saya dapat juga rasa kehebatannya di sebuah kedai 'ABANG SAYANG' dipinggir sungai Muar. Itupun setelah saya bertanya kepada seorang staff stesyen Petronas di sana. Ada satu kedai lagi katanya di tingkat atas bangunan Mara Muar. Lain kali saya akan kesana.

Banyak jenis makanan yang menjadi kegemaran saya samada local atau international, kalau yang local ... makanan yang dibuat oleh emak (masak lomak cili api) dan emak mertua saya (Ikan masak asam pedas/rebus). Kalau diflashback ketika menuntut di Mesir antara makanan yang menjadi kegemaran saya ialah KABAB di Maidan el Geish, Abbasiah. Orang yang bertanggung jawab memperkenalkan saya pada Kabab di sini ialah Ustaz Hasbullah... Saya masih ingat 1st time makan di sana, ketika saya bertanya kepada Ustaz Hasbullah tentang daun daun hijau dibawah daging Kabab itu boleh dimakan atau tidak. Jawapannya ialah, daun itu hanya hiasan dan untuk menghilangkan bau kambing pada Kabab, tapi menjadi kebiasaan orang arab memakannya. Tak sempat habis Kabab saya dah habiskan daun tersebut. Bayangkanlah, kalau dah daun yang menjadi hiasan saya sanggup habiskan, apatah lagi daging yang enak dihias diatas pinggan. Kabab di Mesir ialah, daging kambing yang dibakar dengan arang dan dimakan dengan sos tahinah (bijan) dan shattah (lada) serta dimakan bersama roti 'aisy (roti macam roti pita). Daging kambing/kibash tersebut hanya diperam dalam bawang,tomato campuran daun-daun hijau selama 2- 3 jam kemudian dibakar macam sate di Malaysia. Kebab yang dijual dipasar-pasar malam (di sini) bukan lah Kabab yang menjadi kegemaran saya semasa belajar dulu. Kalau ada duit lebih saya akan selalu ke Maidan el Geish untuk makan Kabab especially bila ada wang lebih... masuk.

Satu lagi menu istimewa ialah firakh masywi (ayam panggang) di Maidan Abbasiyah. Kalau tak mampu nak makan Kabab (sebab kemelepetan ekonomi... duit tak ada) saya selalu mengunjungi kedai ayam panggang di sini. Rasa-rasanya cara pembuatannya lebihkurang cuma ditukar daging kibash ke ayam sahaja. Harga kabab kalau tak silap dulu
L.E 20 (Egyptian Pound) sekilogram. Biasanya kalau nak kenyang kena lah order dua atau tiga kilo. Berbanding ayam panggang hanya L.E. 7 sebelah ayam. Cara makan pun sama. Alahai, meleleh air liur bila diingat ingat. Lebih menggiurkan lagi bila dimakan dengan Turshi (sayuran jeruk). Mak mertua lalu belakang pun tak perasan. Dulu, semasa saya sering berulang alik ke Makkah, perkara ini tak ketara sangat kerana saya dapat melepaskan rasa gian makan makanan arab disana. Pernah saya makan kabab di kaki Jabal Nur Makkah... pagi hari kadang kadang saya sengaja tak sarapan di hotel hanya kerana hendak makan kacang ful dan roti 'eisy dan to'miah. Tapi, tahun 2009 ini sudah empat tahun saya tidak ke Makkah. Insyaallah akan tiba masanya.

Itu dulu, sekarang saya obsess dengan mee bandung Muar pula. Walaupun banyak makanan lain menjadi kegemaran saya tetapi ketika berada berhampiran negeri Johor ini saya berminat kepada mee bandung ini. Saya pernah tertipu dua tiga kali dalam usaha memuaskan nafsu mee bandung saya ini.... kalau tak silap saya di Batu Pahat saya memesan mee bandung tetapi yang sampai entah mee apa entah, mee siam agaknya. Di Muar ada sekali, ketika baru-baru kawin dulu mee bandung yang diorder, mee manis gula yang sampai. Mak mertua saya pula, ada ke patut di Kuala Pilah diordernya mee bandung..... bayangkan lah jenis mee yang sampai? Tak mee Pilah.

Moral of the story, nak order makanan kena tengok tempat juga. Kalau di kedah jangan order mee bandung... ,minta lah Laksa. Begitu juga di Kota Bharu minta lah nasi kerabu ke nasi dagang ke. Jangan di order masak lomak cili api. Di pihak saya pula, walaupun tersalah order... saya tetap akan makan seperti biasa. Menurut isteri saya, kelebihan ini telah turun kepada anak saya yang lelaki, Umar..... hampir semua yang dihidangkan kepadanya akan diselesaikan dengan penuh rasa hormat. Itu yang ayah saya ajar, "bongah, makan jangan memilih milih... Kita jadi orang pangkal ni kono lapun apo yang orang hidang" Kebetulan position saya buat masa sekarang meletakkan saya di hadapan (pangkal) bersama orang orang kenamaan. Alhamdulillah!


**Makanan di Mesir semua sedap, PizzaHut (dulu la, sekarang dah boikot) Sandwich Firakh Baniah di babai (popoye), Sandwich Kibdah di akhir mahattah haiyu sabiek, Kuftah, Hamam masywi di Hussain, To'miah bil baidh, Shawarma dan firakh di bawah kubri 'atabah, pizza plus di 'Abba 'aqqad (buy 1 free 1).... aduhai. Jom kita pegi Mesir.

Friday, January 9, 2009

CERAMAH MA'AL HIJRAH 1430

InsyaAllah pada malam ini akan diadakan ceramah Agama di Masjid Jamek Pekan Gemas. Ini adalah program sulung masjid ini untuk tahun 2009. Mudah mudahan lebih banyak program pemantapan rohani bakal menyusul selepas ini.

Pada malam ini penceramah jemputan ialah Al Fadhil Ustaz Mahfuz Muhammad Al Khalil dari Kuala Lumpur. Beliau adalah kenalan saya, kami sama-sama menuntut di Universiti Al Azhar, Mesir. Walaupun tidak berapa rapat tetapi saya pernah mengunjungi beliau beberapa kali di pejabatnya (Wangsa Maju) sebelum saya ditugaskan menjadi Pegawai Hal Ehwal Islam.

Usaha untuk menjemput beliau berceramah memang telah lama saya 'list'kan dalam 'things to do' saya. Alhamdulillah hampir terlaksana. Apa yang menarik, ialah Al Fadhil Ustaz Mahfuz adalah antara individu yang begitu tersohor menegakkan kebenaran menentang kebangkitan fahaman yang pada mata saya nampak begitu islamik tetapi pada hakikatnya ialah fahaman yang bertentangan pengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ). Yang paling ketara buat masa ini ialah Wahabisme dan syiah. Sedar tidak sedar telah ramai rakyat malaysia yang telah terjebak dengan fahaman ini. Lebih menyedihkan antara golongan yang terpengaruh dengan fahaman ini, golongan intelektual dan golongan remaja. Mudah mudahan seluruh ahli karyah Gemas tidak ketinggalan menghadiri majlis ceramah pada malam ini.

Saya merasa terharu apabila Al Fadhil Ustaz bersetuju untuk datang ke tempat saya yang jaraknya ke Kuala Lumpur lebih kurang 200Km. Ketika saya tanya tentang 'yuran', beliau menegaskan bahawa beliau tidak menetapkan yuran yang tertentu dalam misi dakwah beliau. Tak tahu macamana sambutan ahli karyah pada malam ini tetapi pihak Ahli Jawatankuasa membuat persediaan untuk lebih kurang 250 orang. Tambah meriah lagi ialah apabila ada individu yang menderma 2 ekor kambing serta wang tunai. Semua itu adalah untuk jamuan selepas ceramah. Semenjak saya bertugas disini sudah acapkali Masjid menganjurkan program yang dilakukan secara gotong royong. Menarik bagi saya kerana sebelum ini kebanyakan program masjid di lakukan secara kontrak oleh kontraktor kontraktor bertauliah. Antara program yang wujud dalam list saya ialah program korban kelompok. Ianya sudah lama tidak dilakukan disini memandangkan kurang persefahaman dikalangan AJK dan Ahli Karyah.

Doa saya ialah agar semua program yang bakal diadakan di Masjid ini terus mendapat sambutan dan berjalan dengan baik. Amin Ya Robb!!!

Wednesday, January 7, 2009

APA ADA DENGAN PERKAHWINAN

Selepas solat subuh hari Jumaat minggu lepas, seorang pemuda yang tak dikenali approach saya ketika sedang menikmati jamuan ringan pagi. (Kebiasaan, setiap pagi jumaat ada yang berjamu.. sedekah/hadiah sarapan pagi selepas tahlil... solat subuh dengan bacaan surah sejadah) Pemuda yang tidak memperkenalkan diri itu tiba tiba mengajukan soalan kepada Imam (3) tentang permasalahan perkahwinannya.

Katanya,"Saya nak tanya Tuan Imam, saya dah kahwin... kahwin di Siam. Masalah sekarang isteri saya kena kurung dek emak dan ayah dia di rumah. Kami tidak dibenarkan berjumpa sehingga lah saya setuju untuk akad nikah sekali lagi dengan perempuan tersebut"

Gayanya seperti bertanyakan soalan...Imam (3) tanya,"Kenapa pula nak akad lagi? Bukan kah sudah diakad di Siam?... Dah pernah bersama ke belum?"

Jawab pemuda tersebut, "Dah.... Awal perkahwinan dulu"

Saya menyampuk, "Kalau dah akad apa masalahnya lagi? Awak adukan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam... nanti tahulah mereka bagi nasihat. Tapi awak akan didenda tidak lebih dari RM1000 kerana kesalahan bernikah tanpa kebenaran dan mungkin ada lagi denda/bayaran untuk daftarkan pernikahan dalam Malaysia."

Pemuda tersebut terus potong cakap saya, "Tak payah mengadu pada Jabatan Tuan Imam, saya nak nikah sekali lagi sahaja. Kira macam nikah baru sahaja."

Saya mencelah, "Habis, nikah yang di Siam tu? Kalau adukan kepada pejabat Agama/Mahkamah pasti ada tindakan yang lebih baik berbanding Akad nikah baru"

Pemuda, "Biarlah... Akad Nikah baru sahaja. Emak dan Ayah isteri saya jenis orang tak sembahyang... mereka tak akan peduli benda benda (hal ehwal Jabatan Agama atau Mahkamah Syariah) ini"

Dengan nada yang marah saya tinggikan suara, "Abang... (panggilan untuk orang yang kita tak kenal....selain dari panggil 'WOI').... Negara kita ada undang-undang, antara institusi yang perlu dihormati ialah Jabatan agama dan Mahkamah. Kedua-dua institusi ini ada sistem untuk mengatasi masalah abang ni. Kalau Jabatan/mahkamah keluarkan arahan rasmi suruh kedua ibu bapa isteri abang datang ke pejabat/mahkamah, mereka mesti datang kalau tak nak berkesudahan di lokap atau penjara. Apa yang abang mesti buat ialah adukan kepada Jabatan agama dan tunggu tindakan diambil"

Pemuda tersebut membantah cakap saya, "Tak payah... mereka tak akan datang... Jenis orang tak sembahyang mereka ni. Buat Akad nikah baru sahaja. Saya nak mintak tolong Imam buatkan pengesahan bujang saya dan saya akan 'KURSUS' dan isi semua borang yang perlu untuk majlis akad nikah yang baru."

Saya masih lagi marah tapi saya tahan.... "Abang, saya diamanahkan oleh Jabatan Hal ehwal Agama Islam untuk membuat pengesahan bujang kepada orang yang saya betul betul pasti dia bujang. Andaikata orang macam abang ni datang jumpa saya... saya tak kenal.... menceritakan pengalaman berkahwin di Siam, tiba tiba hendakkan pengesahan bujang dari saya. Ikut hukum akal yang waras..patutkah saya sahkan??"

Saya tak tahu samada dia faham atau tidak soalan saya. Yang pasti, saya sekali kali tidak akan beri pengesahan bujang kepada seorang yang pertama kali saya jumpa tanpa sokongan dari orang lain ..majikan, pegawai atasan,penghulu etc.

Dalam perkara ini yang menaikkan darah saya ialah betapa ceteknya ilmu seorang lelaki yang mengaku sudah dewasa (sebab dah gatal nak kahwin) sampai tak memperdulikan hukum hakam. Dia seolah olah berpendapat hidup dalam alam perkahwinan ini seperti komputer. Kalau rasa-rasa tak seronok atau ada masalah....just tekan Backspace atau delete button... dan buat sekali lagi....macam main game, kalau dah mati/gagal ...insert coin & push start button sekali lagi sahaja , dapat sambung main lagi.Tak terfikir akan hubungan suami isteri yang dah berlaku. Itu tidak penting langsung, yang penting arahan ibubapa isteri agar akadnikah dilakukan sekali lagi. Lebih patuh kepada arahan manusia berbanding arahan Allah Ta'ala. Kesimpulannya, pemuda ini takut kepada keluarga isterinya dan nak ambil jalan mudah.

Ramai orang tak faham undang-undang keluarga Islam ataupun keliru.
Walaupun undang-undang tersebut berbeza antara satu negeri dengan satu negeri tetapi pada dasarnya hampir sama. Masalah pemuda ini termasuk dalam undang undang keluarga Islam. Mesti ada solution nya Cuma dia sahaja yang ‘begar’!

Semalam, 6/1/08 di Pusat Giat MARA saya diberi peluang memberi taklimat tentang kelas pengajian Islam sepanjang tahun 2009 yang bakal diadakan kepada pelatih pelatih baru. Saya mengambil kesempatan bercerita tentang hal ehwal nikah kahwin ini. Antara yang sempat saya pesan ialah jangan kahwin lari.... risikonya besar kalau kahwin lari ini.

Secara lawak saya berpesan kepada pelatih pelatih Pusat Giat MARA seandainya mereka hendak meminang mana mana anak gadis, kemudian di’reject’ oleh keluarga si gadis ini maka janganlah bercadang nak kahwin lari pula. Zaman sekarang perempuan ramai dari lelaki, kalau yang itu tak mau, ramai lagi orang perempuan yang mau. Sempat juga saya berseloroh, ”patutlah di IPTA tak ramai pelajar lelaki, rupa rupanya ramai yang masuk Pusat Giat MARA”. Kedua, saya berpesan supaya menimba ilmu pengetahuan tentang pengurusan keluarga dari orang yang berpengalaman... termasuk jugalah ilmu pengurusan kewangan, pengurusan kerjaya dan macam macam lagi. Bukanlah bermakna mereka terpaksa mengikuti kelas-kelas khas tetapi menuntut ilmu secara bertanya kepada yang lebih berpengalaman. Pesanan ke tiga ialah supaya mereka memilih wanita (bakal isteri) dari kalangan yang berlatarbelakangkan agama supaya rumahtangga kurang bergolak... mengambil contoh rumahtangga artis artis di Malaysia yang dayatahannya sekitar dua tiga tahun sahaja. Cuma penyampaian saya secara berseloroh membuatkan pelatih pelatih tak kering gusi.

Begitulah ceritanya... Moral of the story, mesti sentiasa belajar. Jangan hanya tahu nak kahwin sahaja, mesti kena belajar. Mungkin belajar dari orang yang berpengalaman, mungkin juga belajar dari pengalaman kita sendiri dan bermacam macam cara lagi. Cara kita membuat keputusan menunjukkan level ilmu kita… jenis orang belajar atau tidak.