nuffnang's ads

Wednesday, November 26, 2008

CUTI CUTI MALAYSIA

Minggu lepas kami telah pergi bercuti ke Kuala Terengganu. Seronok...Kenapa bercuti ke luar negeri, segalanya ada di Malaysia. Bagi saya, pantai timur adalah lokasi yang menarik untuk jalan jalan makan angin. Sebaik sahaja selesai majlis konvo, saya dan keluarga bertolak dari rumah Mak di Senawang menuju ke Kuala Terengganu. Bertolak, kira kira pukul 11 malam dan sampai ke Kuala Terengganu dekat dekat nak pukul 8 pagi.Berhenti di R&R Muadzam sekejap dan solat subuh di Masjid Dungun.

Saya memang gemar memandu, especially semenjak tukar kereta baru ni...hahaha. Cuma yang kurang seronok kalau memandu malam ni, kita tak dapat lihat keindahan sepanjang perjalanan. Bagi saya perjalanan ke Pantai Timur adalah perjalanan yang tidak membosankan langsung...pemandangan laut ... hijau... kampung-kampung tradisional amat menarik perhatian. Saya memang sangat suka melihat laut...walaupun tak mandi laut, lapang rasanya bila berada di tepi laut ni.

Program makan angin di Kuala Terengganu ini dianjurkan oleh Pejabat tempat saya bekerja. Kami dipelawa untuk bersama menaiki bas. Tapi dengan anak anak 4 orang yang kurang faham bahasa Melayu saya menolak untuk bersama mereka naik bas.... saya minta diberi peluang menaiki kereta. Maklum lah kereta baru ini belum pernah sampai ke pantai timur. Sebelum konvo saya pernah bercadang nak ke Terengganu atau Kelantan tapi dibatalkan atas sebab sebab yang kurang pasti.... Tapi bila orang pejabat ajak join, saya rasa macam pucuk dicita ulam mendatang. Kami kesana seolah olah di'sponsor' sebab dapat duit minyak lagi. Alhamdulillah.

Awal pagi sabtu, 22 November kami ke Batik Arfah... Kami tak membeli pun cuma tengok tengok je. Macam mahal je. My Wife memang ada plan nak beli kain barangan batik & songket kat Kuala Terengganu ni. Siap bawak baju yang baru siap jahit ...katanya nak cari tudung yang matching. Suka hati awak la ayang... awak suka saya pun suka. (bukan senang nak panggil sayang kan... biasa panggil nama je, dalam blog ni la pon nak bersayang sayang). Lepas Batik Arfah kami ke Hotel tengah tengah bandar KT. Hotel biasa je...boleh la. Hotel orang sponsor, terima je la seadanya. Kalau cari sendiri mungkin saya cari yang ada jacuzzi siap...hahaha! Petang tu kami ke Muzium dan Taman Tamadun Islam... it was OK, walaupun bebudak ni meragam sikit. Biasa la budak budak. Kalau di Negeri Sembilan mana nak dapat melawat ke Muzium. Muzium ada.... tapi nak melawat muzium di Seremban?! Ohhhh...Please!! Lain kali insyaAllah.. Balik je bilik petang tu saya terus pengsan sebab cover tidul malam sebelumnya..sampaikan missed dinner kat restaurant hotel. Tak ada rezeki..dia orang pun tak inform awal-awal kata ada dinner.

The next day, 23 November, pagi tu pergi pasar payang... saya jaga budak je, my wife yang shopping. Banyak juga la RM yang pergi meninggalkan kami... hehehe... tapi dia beli on behalf of adik dia...department dia... Saya memang kurang sikit bab bab shopping ni. Tapi kalau sekali shopping... terpranjat Mak Mentua Jiran kampung sebelah tengok. Itu satu hal, satu lagi saya memang tak pandai langsung dalam bab tawar menawar... kalau taukeh kedai tu cakap seratus maka seratus la saya bayar. Isteri saya tahu kelebihan saya yang ini kot, itu pasal dia jarang suruh saya belikan on behalf dia... hahahaha!

Anyway, petang tu dalam pukul 3 kami bertolak balik ke Negeri Sembilan. Sempat berhenti kan Rhu Rendang, berhenti beli tudung dan selesaikan masalah pampers Umar dan perut Hanan. Anak saya ada empat, Hanan Nur ain, zahra Nadira, Ahmad Umar Hasyim dan Ahmad Amr Fathy... sekali nama arab laaa..... Semua nya comel comel dan baik baik belaka. Nanti cerita pasal mereka ni lain kali. Ada la berhenti dua tiga kali menguruskan kanak kanak berempat ni. Sampai Rumah lebih kurang pukul 12 malam. Overall, saya puas hati. Lepas nih ada plan nak bawak ahli keluarga mak mertua pergi ke Pantai Timur... saya suggest isteri saya volunteer jadi organizer nya. Saya puas hati juga sebab drive balik waktu petang.... memang cantik permandangan nya. Saya sia berhenti di Kemasik...(memang dah plan nak berhenti kat situ...saja tak nak bagitahu isteri) sebab nak tengok keindahan pantai kemasik... tapi tengah renovation, apakan daya.

Konvo dah... makan angin pun sudah... apa lagi kerja la!!! Lepas ini kita ke Kelantan ye ayang ye....

**Malam tadi baru balik dari JB.. ziarah Tuk Ran Koma di Hospital JB. On the way balik singgah carefour JB.... ambik! ada hand phone baru ada Camera baru..Hah! Ambik!!

No comments: