nuffnang's ads

Friday, November 12, 2010

BUNUH ANAK, BUNUH IBU!

Saya dah tak boleh tahan lagi dah. Kenapa mereka menggangu hidup saya? Mereka mengganggu tidur saya... mereka mengganggu siang saya. BANGSAT! Mereka tidak berhati perut. Apakah mereka tidak diajar oleh keturunan datuk nenek moyang mereka tentang adab-adab dan etika ketika bersama manusia lain? Saya telah buat keputusan untuk membunuh mereka. Ya! akan saya musnahkan kesemuanya. Mereka yang mencari pasal dengan saya. Jangan ingat saya akan bertolak ansur dengan mereka... Ahhhh! Tiada Maaf Bagi mu.

Hari Rabu lepas saya berjaya melaksanakan operasi besar-besaran. Saya dapat membunuh separuh dari mereka semua. Empat jumlahnya.... tak percaya? Tengok .... Tapi saya pasti saya ada ternampak si ibu meninjau ninjau keadaan dan situasi operasi. Yang amat musykil ialah saya tak dapat bunuh si ibunya sekali. Hilang ghaib entah kemana...Tak pe... nanti lah kau! ibu tikus...


Hari Khamis sebelah malam ketika saya sedang memadu kasih asmara dengan isteri melalui talipon (di selang seli dengan budak-budak bertanyakan soalan yang sama "Äyah dekat mana?""Ayah buat apa?".... maklumlah, saya di sini... isteri disana) kedengaran bunyi sok..sek..sok..sek.. dari bawah almari. Siapa lah pulak yang menyelongkar almari malam malam ni? Habis berbual dengan isteri saya terus melancarkan operasi kecil kecilan.... yang paling penting pintu bilik pastikan ditutup supaya mereka tidak dapat keluar. Hah.... kali ini si ibunya pula yang berlari lari anak sekeliling bilik, bawah katil dan panjat langsir cuba melepaskan diri dari saya.... dengan berbekalkan belantan kecil (macam rotan sebesar ibu jari kaki) saya memburu dengan rakus dan ganas. Akhirnya dapat juga saya ketuk kepalanya. Saya ambil gambar dan hantar pada isteri dengan harapan dia tak lelap tidur.....Laa, rupanya dia dah tidur!  Saksikanlah.... nisbah duit syiling sepuluh sen.


Pagi Jumaat yang penuh berkat ini, sedang saya bersiap siap nak keluar pergi kerja... terdengar suara berdecit-decit dari bawah meja komputer. Saya pun sekali lagi cepat cepat tutup pintu nak buat operasi. Tapi tidak kesampaian kerana saya dapati ada anak tikus di bawah meja melekat pada gam perangkap. Padan muka kau!! Hahahahaha....  Sebelum ni jarang ada tikus yang terkena gam perangkap. Menurut mak saya, tikus-tikus di sini semuanya educated. Agaknya tikus ini dah yatim piatu, merayau tak tentu arah terus melekat pada gam perangkap. Cuba tengok muka tikus ni, comel tak?
Itulah cerita saya bunuh anak, bunuh ibu.... sesiapa ada tips nak hilangkan tikus dari dalam rumah boleh lah kongsi-kongsi. Nak bela kucing emak tak bagi.....~maklumla, anak emak~  kalau ada forward-forwardkan lah...

3 comments:

hijabrockers said...

Salam, encik. Blehke cmni? Kejam la encik... Sedih sy tgk =(. Napa tak lepaskan je somewhere else?

mamaaerish@eb said...

aduyai... sedey la plk tgknyer tapi kat umah pn tgh banteras nih... hu3

Bongah said...

Mmg sedih, tapi nak buat mcmana.... Kitorang dah tak tahan sbb depa buat rumah kita mcm rmh sendiri. Ramai pulak tu.... tak larat nak tangkap dan buang jejauh! :-)

Kiaskan dekat org Palestin yg buat serangan bom berani mati kat org Israel... Mereka buat sbb mereka dah tak tahan ditindas, kita yang tak alami penindasan tersebut tak terasa... tetapi bagi mereka (org Palestin) perasaan dendam tersebut membara dan terus membara dan terus membara dan membaraa!

*relevan ke ni? :-)