
Gambar hiasan
Kelmarin, ketika saya sampai di lokasi mesyuarat ....Nak dijadikan cerita, pengerusi majlis pada pagi itu seorang lelaki yang kacak bergaya dengan blazer. Dua tiga kali lalu depan saya dalam keadaan
Satu hal lagi pihak penganjur mesyuarat yang dihadiri oleh VVIP negeri saya, boleh.. tak sediakan kerusi untuk saya duduk. Bila saya tanya "saya duduk di mana sebelum baca doa?", adalah seorang staf ni yang ambik satu kerusi dan letak dekat belakang rostrum. "Encik duduk situ". Huk alahh... appada!? nak suruh saya jadi beruk sarkas suruh orang semua tengok kita terkonteng konteng sorang-sorang kat depan tu
Hari kedua, di mesyarat yang lain tetapi dihadiri oleh VVIP yang sama saya sekali lagi dijemput memimpin bacaan doa. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar... semalam pakai baju korporat so hari ini saya pakai kemeja dengan tali leher.... sebab dah terkena semalam maka hari ini saya pandai pandai ambil tempat siap-siap di kerusi hadapan berdekatan rostrum. Sampai masanya nama saya dipanggil untuk memimpin bacaan doa........... Huk alahh... entah nama arab sesat mana yang dipanggilnya. Nama saya Ahmad, boleh dia sebut Abdul! (sikit pun tidak menjurus kepada nama yang mak & ayah saya beri ketika lahir) Lantaklah... Kali ini pengerusi majlis ialah seorang wanita, pun sama juga situasinya.... dua tiga kali melintas depan saya sebelum program bermula. Tetapi sikit pun dia tidak mahu bertanya atau reconfirm nama saya. Abih Camno?
Kita ke sana membawa nama Jabatan yang kita wakili, maka saya tidak lah mahu bersifat kurang ajar... tambah-tambah pengarah Jabatan saya sendiri berada dalam mesyuarat tersebut. Boleh sangat, kalau saya nak sabotaj part baca doa tu.... tapi campur tolak darab bahagi, tak guna juga sebenarnya.
Kalau sesiapa yang prihatin semestinya mereka tahu tatacara menjemput pembaca doa. Kalau disemak dalam laman web JAKIM antara syarat-syaratnya ialah mesti disediakan tempat duduk dibahagian VIP. Juga, sekiranya ada dua rostrum... pembaca doa mesti membaca doa di rostrum utama. Pernah sekali di satu majlis perasmian
Ada banyak lagi, sebenarnya... yang sudah sudah la kan? Harap-harap sesiapa yang baca rungutan saya ni, ingatkanlah kawan-kawan kalau jemput orang memimpin bacaan doa tu... pastikanlah dua tiga perkara remeh macam ni tidak terjadi. Banyak berlaku kepincangan begini dalam program-program rasmi kerajaan je dari pemerhatian saya. Kalau program swasta atau badan korporat jarang berlaku begini...
Itulah antara dilemma yang dihadapi oleh pembaca doa macam kami ni. Semuanya kerana SYMP. (saya yang menurut perintah) Itu belum masuk kita baca doa... tup! tup! Shahir keluar nyanyi... Aisyah keluar nyanyi... dalam tentatif tak ada pun! Hadoiiiiiii........................
1 comment:
Xpa encik. Sabar =) Buat kerja ikhlas kerana Allah. Kalau diorang xtau nak hargai org, encik diam je. Tak dapat hidayah lg la tu dan tak belajar dr kesilapan =). Saya doakan banyakkkkk pahala encik pimpin doa utk semua. Amin... =)
Post a Comment