nuffnang's ads

Friday, November 28, 2008

SERBA SALAH....

Semalam ada tentera datang jumpa saya nak mintak pengesahan bujang sebab nak kahwin 9 disember akan datang ni. Datang masa orang azan zohor, masa semua orang nak naik solat di masjid. Saya arahkan kan tentera ni solat zohor dulu dan lepas selesai solat saya akan sain borang pengesahan dia...... Silapnya saya tak check borang permohonan dia.

Habis sahaja solat saya belek borang permohonan dia ternyata ada kekurangan. Tiada pengesahan dari Pegawai Agama Tentera. Dalam situasi begini saya tak boleh nak sahkan bahawa yang memohon nak kahwin ni betul betul bujang. Macam macam alasan dia bagi saya, tapi saya berkeras taknak turunkan tandatangan. Kalau ikutkan hati saya sain aje...tapi mengenangkan implikasi yang bakal mendatang saya mintak dia balik dulu. Dia kata dia operasi 6 bulan dalam hutan di Melaka... alahaiiii... reason, sesiapa pun boleh bagi reason macam macam.

Rasional saya tak sain borang dia sebab masalah perundangan sekiranya si pemohon ini memang ada niat nak menipu. Kedua, andaikata perkahwinan dia ni 'kusangka hujan sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari' tak ke haru repot sana repot sini court sana court sini....saya juga yang kena tempias. Ketiganya, memang arahan Jabatan suruh kita pastikan surat pegawai agama tentera sain dulu.... I S O la katakan. Betul juga kata separuh orang, kalau nak berzina lagi senang dari nak minta kahwin. Habis! saya sebagai penolong pendaftar nikah cerai dan rujuk ni nak buat macam mana??... Itu baru peringkat nak mohon bernikah luar karyah... belum masuk time akad nikah lagi. Tapi, insyaAllah setakat saya menikahkan orang belum ada saya tanya soalan susah susah lagi. Sighah
(perkataan) ijab qabul pun saya tak strict sangat... kecuali kalau bilal atau imam yang menjadi saksi bersama saya tu request kata "Mano ado NYO... NYO eh yang kendian kang"... hehehe... Maksud nya, aku terima nikah  (tak payah nikah NYA) si fulanah binti si fulan dengan maskahwin NYA dua puluh dua ringgit tunai. Bagi saya, setakat saya faham dah la..

Saya sendiri tak berapa berminat menikahkan pasangan pengantin. Tak tahu la sebab apa... Imbuhan jurunikah sekarang ni dah meningkat RM100 dah. Saksi masih mantain lagi RM20 sahaja. Akan datang ni saya akan menikahkan pasangan pengantin pada 21 Disember 2008... itu pun puas saya mengelak tapi bapa pengantin bersungguh sungguh nak saya nikahkan anaknya. Saya mengalah sahaja akhirnya.

Berbalik pada tentera tadi.... Alaaa, susah sangat ke syarat surat  kebenaran Pegawai Agama Tentera nak diambil. Kebanyakan masalah macam ini di kawasan saya melibatkan tentera. Kebanyakannya buat urusan dalam kesuntukan masa... seminggu dua nak akadnikah baru buat permohonan. Siapa bersalah... sistem kah, tentera kah atau saya kah???

**Takziah, bonda sahabat saya Gohin telah kembali ke rahmatullah semalam.
**Isteri tersayang kursus sampai Khamis depan..... I miss you, my dear!

1 comment:

BZmum said...

tuan imam, kusangka 'panas' hingga ke petang, tapi hujan di tengah hari..