nuffnang's ads

Friday, December 19, 2008

RIBA

Khutbah Jumaat hari ini menyentuh tentang riba sebagai salah satu punca utama kemerosotan ekonomi Global khususnya A.S dan Eropah. Khutbah hari ini saya download dari laman web JAKIM Memang dah lama baca khutbah Jakim sahaja. Kecuali khutbah dua hari raya, semuanya muat turun dari website.

Riba sebagai asas perbankan negara-negara Barat telah semakin menghampiri kemelesetan malah dalam teks khutbah yang saya baca menggambarkan kemelesetan ekonomi di Barat telah menghampiri zaman keMUFLISan. Ramai yang telah membuka mata kepada sistem perbankan Islam yang bersifat tidak menindas serta perkongsian keuntungan yang berlandaskan syariah. Pun begitu para jemaah diingatkan supaya menjauhi ceti haram atau Along yang menjalankan urusniaga berasaskan riba.

Mengingatkan saya zaman saya berniaga dulu semua perkara ini menjadi lumrah.... Perniagaan saya dahulu, membawa orang Malaysia mengerja kan Umrah di Tanah Suci. Al Maklum la, dengan title Ustaz yang ada pada saya memang mudah untuk saya mencari pelanggan, malahan 'di akhir akhir zaman' perniagaan tidak keterlaluan jika saya katakan nama syarikat saya agak terkenal bukan dikalangan jemaah Umrah
tetapi juga dikalangan syarikat pengendali Umrah yang besar-besar serta syarikat penerbangan yang beroperasi dalam sektor KUL- JED. (Kuala Lumpur- Jeddah) Saya sendiri secara personal mengenali beberapa pegawai operasi syarikat penerbangan antarabangsa yang bergelumang dalam sektor ini.

Syarikat pengendali Umrah ini pun tidak terlepas dari melakukan perkara perkara yang tidak baik. Contoh nya ketika hendak mem'booking' seat sesuatu penerbangan ke Jeddah... kadangkala kami dari syarikat pengendali Umrah yang kecil kecil ini terpaksa membayar harga tempat duduk lebih mahal dua atau tiga ratus ringgit dari orang yang dipertanggungjawabkan menjaga/menjual tempat duduk tersebut. Bagi kami, kadang-kadang kami tiada pilihan selain terpakasa akur dengan harga yang ditawarkan oleh mereka. Secara kasarnya lebihan dua atau tiga ratus ringgit itu akan terus masuk ke poket mereka. Itu satu tempat duduk tiga ratus... bayangkan kalau satu rombongan Umrah ada lebihkurang empatpuluh orang... Kaya tak? Itulah situasi saya dahulu, walaupun terlibat secara langsung dalam perniagaan yang berkait rapat dengan ibadat yang mandub. Alhamdulillah, saya dah lepaskan potfolio saya dari tugas tersebut. Banyak baiknya saya quit menjadi pengendali Umrah... saya akui. Profession saya sekarang ini lebih menggembirakan saya dan lebih menenangkan.

Selain dari itu proses mendapatkan Visa Umrah dari kedutaan Arab Saudi juga amat mengerikan. Selain dari sistem yang kurang lancar dan peraturan yang sering berubah ubah wang ringgit juga memainkan peranan dalam proses keluar masuk paspot di kedutaan ini. Pada hemat saya mereka yang terlibat hanya segelintir dan terdiri dari pekerja pekerja bawahan tetapi perkara ini amat memberi kesan kepada kedutaan sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama islam. Apabila saya bertugas sebagai orang yang bertanggungjawab dalam urusan Visa, seringkali saya tidak dapat tidur dengan lena kerana terbawa bawa hal ehwal Visa dalam tidur. Dua perkara yang sering menjadi benda pertama terpacul dari mulut saya ketika bangun dari tidur 'dalam keadaan terperanjat' ialah VISA dan TIKET.

Suka atau tidak... perniagaan Umrah ini juga melibatkan perkara perkara yang buruk seperti penindasan, sogokkan dan lain lain. Mungkin bukan semua syarikat pengendali Umrah terlibat.. Realiti ini tidak diketahui oleh orang ramai, hanya mereka yang terlibat secara langsung sahaja tahu akan perkara ini. Saya bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah taala memperbetul cara hidup...Alhamdulillah. I'm happy with my life now as you can see... :)

InsyaAllah saya memasang cita cita untuk menunaikan Haji dalam tempoh terdekat bersama isteri tersayang... Itu akan datang, sekarang saya memikirkan cara untuk sampai ke Mekah dalam bulan Mei 2009 menunaikan Umrah. Tersangat rindu rasanya untuk menjejakkan kaki ke Tanah Haram buat kesekian kalinya. Sekitar tahun 2003 - 2004 Mekah & Madinah menjadi rumah kedua saya kerana kekerapan saya mengiringi jemaah ke sana. Buat masa ini jumlah jemaah yang telah bersetuju untuk pergi menunaikan Umrah hanya sekitar sepuluh orang sahaja. Walaubagaimanapun saya masih ada masa sekitar empat bulan lagi untuk menambah bilangan jemaah sekurang kurangnya 25 orang lagi.

Jenayah riba atau rasuah telah menjadi kebiasaan kepada segelintir rakyat Malaysia. Marilah kita jauhi perbuatan ini supaya keadaan ekonomi negara kita kekal seperti yang kita nikmati sekarang ini. Kalau semasa saya berkhutbah tadi, saya memperingatkan para jemaah dengan kalimah 'ITTAQULLAH!' atau bertaqwalah.... tetapi dalam blog saya ini saya memperingatkan para pembaca khususnya diri saya sendiri agar berbelanjalah dengan berhemah bulan ini... sebab gaji lambat lagi.. semalam 18 Disember hari gaji, untuk Januari 2009 kita terima gaji lebih kurang 22 Jan... Lambat lah tu!

No comments: