nuffnang's ads

Sunday, October 24, 2010

KATAKAN 'TIDAK' PADA KAD KREDIT. (SAY NO TO CREDIT CARDS)

Bank mana pula yang dah upah saya untuk mengatakan 'tidak' pada kad kredit? Bulan september adalah bulan terakhir saya membayar ansuran kad hutang saya. Buat masa sekarang saya masih lagi menunggu surat pengesahan hutang dah clear dari bank berkenaan.

Tiga empat tahun lalu memang kad hutang saya ada banyak juga. Hakikatnya duit bukan ada pun. Sekali dapat guna kad hutang.... memang senang nak apply kad hutang lain dari bank yang berlainan pula. Antara yang paling banyak nilai hutangnya ialah kad CITIBANK. Berjanggut nak tunggu langsai, anyway atas nasihat dan konsultansi seorang pakar ekonomi Puan Isteri, saya dengan kerjasama dia (puan Isteri) telah menterminate kesemua kad hutang yang ada. Terakhir kad hutang CIMB Bank.

Hidup lebih selesa tanpa kad hutang. Hati kecil saya masih mahu menggunakkan kad hutang ini tetapi Puan Isteri meremindkan buruk baiknya....... actually bagi saya (yang pendapatan tidak seberapa ni) banyak buruk dari yang baiknya. Kebaikan, Semasa ketiadaan wang tunai saya mampu berjalan dengan penuh gaya tanpa perlu risau tentang kos minyak petrol dan makan minum (di tempat terpilih; pizza hut, KFC dll) Rasanya hanya itulah satu-satunya kebaikan kad hutang kepada saya. Sekiranya, hendak dilistkan keburukan kad hutang maka saya memerlukan beberapa Gigabyte untuk menyenaraikan kesemuanya dalam blog ini. I'm happy with my life now, without any credit card... hahaha! Hutang pun hanya hutang rumah dan kereta. Oopss! ada pulak hutang lapuk tersenarai.... contohnya hutang TM di premis lama di Tampin sekitar tujuh tahun lepas. Ada jugalah sesikit hutang lain yang hanya saya dan puan Isteri sahaja yang tahu..

Nasihat saya kepada pengguna kad hutang....Berwaspada berkredit card! Masa swipe memang seronok. Tapi masa bayar kita sendiri akan mencari alasan untuk tidak membayar hutang sepenuhnya. Been there, done that! Pengalaman saya, berjanji dengan diri sendiri ,"Kad kredit ini hanya untuk kos minyak petrol" tetapi akhirnya semua saya swipe.... kalau tak percaya tanya puan penasihat saya. Nasib baik belum tersenarai dalam bankrapsi lagi....

Mungkin kalau gaji saya dah 2 juta ringgit sebulan nanti saya akan mula menggunakan kad hutang semula agaknya.

5 comments:

Aisyah AR said...

sangat setuju. terutama bagi mereka2 yang memiliki sifat boros @ lebih dikenali sebagai shopaholic!! like me!! kad kredit is a BIG NO!!! hahhaha!! nice entry!!! love it!! xoxo!

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

best x de card credit nih.. x yah pening pale nak byr hutang. jgn le sampai biar papa asal bergaya!

hijabrockers said...

kami guna kad kdt bayar petrol je =). Yg len2 kami x brani nak guna sbb tau kemampuan kurengggg. Idup berhutang ni mcm beratla. Kan? Kan? =)

Bain n Adi said...

kad kredit ohh kad kredit
Jangan buat kad kreadit hutang pun tak dakk..Tapi kena disiplin laa..Saya tak ada kad kredit dan saya tak pernah hutang.Kalau tak dak duit korek tabung...HEEEE..Tu paling kritikal sanggat tu,,,,

Bongah said...

suda tobat pakai kad kredit... sebagai ganti , la ni pakai kad debit visa electron jer... HAHAHAH! (ado hati jugak nak pakai kad)
.......... At least kad yang ni, boleh swipe bila ada duit... so tak do la nak poning poning pikir pasal utang!