nuffnang's ads

Friday, November 28, 2008

SERBA SALAH....

Semalam ada tentera datang jumpa saya nak mintak pengesahan bujang sebab nak kahwin 9 disember akan datang ni. Datang masa orang azan zohor, masa semua orang nak naik solat di masjid. Saya arahkan kan tentera ni solat zohor dulu dan lepas selesai solat saya akan sain borang pengesahan dia...... Silapnya saya tak check borang permohonan dia.

Habis sahaja solat saya belek borang permohonan dia ternyata ada kekurangan. Tiada pengesahan dari Pegawai Agama Tentera. Dalam situasi begini saya tak boleh nak sahkan bahawa yang memohon nak kahwin ni betul betul bujang. Macam macam alasan dia bagi saya, tapi saya berkeras taknak turunkan tandatangan. Kalau ikutkan hati saya sain aje...tapi mengenangkan implikasi yang bakal mendatang saya mintak dia balik dulu. Dia kata dia operasi 6 bulan dalam hutan di Melaka... alahaiiii... reason, sesiapa pun boleh bagi reason macam macam.

Rasional saya tak sain borang dia sebab masalah perundangan sekiranya si pemohon ini memang ada niat nak menipu. Kedua, andaikata perkahwinan dia ni 'kusangka hujan sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari' tak ke haru repot sana repot sini court sana court sini....saya juga yang kena tempias. Ketiganya, memang arahan Jabatan suruh kita pastikan surat pegawai agama tentera sain dulu.... I S O la katakan. Betul juga kata separuh orang, kalau nak berzina lagi senang dari nak minta kahwin. Habis! saya sebagai penolong pendaftar nikah cerai dan rujuk ni nak buat macam mana??... Itu baru peringkat nak mohon bernikah luar karyah... belum masuk time akad nikah lagi. Tapi, insyaAllah setakat saya menikahkan orang belum ada saya tanya soalan susah susah lagi. Sighah
(perkataan) ijab qabul pun saya tak strict sangat... kecuali kalau bilal atau imam yang menjadi saksi bersama saya tu request kata "Mano ado NYO... NYO eh yang kendian kang"... hehehe... Maksud nya, aku terima nikah  (tak payah nikah NYA) si fulanah binti si fulan dengan maskahwin NYA dua puluh dua ringgit tunai. Bagi saya, setakat saya faham dah la..

Saya sendiri tak berapa berminat menikahkan pasangan pengantin. Tak tahu la sebab apa... Imbuhan jurunikah sekarang ni dah meningkat RM100 dah. Saksi masih mantain lagi RM20 sahaja. Akan datang ni saya akan menikahkan pasangan pengantin pada 21 Disember 2008... itu pun puas saya mengelak tapi bapa pengantin bersungguh sungguh nak saya nikahkan anaknya. Saya mengalah sahaja akhirnya.

Berbalik pada tentera tadi.... Alaaa, susah sangat ke syarat surat  kebenaran Pegawai Agama Tentera nak diambil. Kebanyakan masalah macam ini di kawasan saya melibatkan tentera. Kebanyakannya buat urusan dalam kesuntukan masa... seminggu dua nak akadnikah baru buat permohonan. Siapa bersalah... sistem kah, tentera kah atau saya kah???

**Takziah, bonda sahabat saya Gohin telah kembali ke rahmatullah semalam.
**Isteri tersayang kursus sampai Khamis depan..... I miss you, my dear!

Wednesday, November 26, 2008

CUTI CUTI MALAYSIA

Minggu lepas kami telah pergi bercuti ke Kuala Terengganu. Seronok...Kenapa bercuti ke luar negeri, segalanya ada di Malaysia. Bagi saya, pantai timur adalah lokasi yang menarik untuk jalan jalan makan angin. Sebaik sahaja selesai majlis konvo, saya dan keluarga bertolak dari rumah Mak di Senawang menuju ke Kuala Terengganu. Bertolak, kira kira pukul 11 malam dan sampai ke Kuala Terengganu dekat dekat nak pukul 8 pagi.Berhenti di R&R Muadzam sekejap dan solat subuh di Masjid Dungun.

Saya memang gemar memandu, especially semenjak tukar kereta baru ni...hahaha. Cuma yang kurang seronok kalau memandu malam ni, kita tak dapat lihat keindahan sepanjang perjalanan. Bagi saya perjalanan ke Pantai Timur adalah perjalanan yang tidak membosankan langsung...pemandangan laut ... hijau... kampung-kampung tradisional amat menarik perhatian. Saya memang sangat suka melihat laut...walaupun tak mandi laut, lapang rasanya bila berada di tepi laut ni.

Program makan angin di Kuala Terengganu ini dianjurkan oleh Pejabat tempat saya bekerja. Kami dipelawa untuk bersama menaiki bas. Tapi dengan anak anak 4 orang yang kurang faham bahasa Melayu saya menolak untuk bersama mereka naik bas.... saya minta diberi peluang menaiki kereta. Maklum lah kereta baru ini belum pernah sampai ke pantai timur. Sebelum konvo saya pernah bercadang nak ke Terengganu atau Kelantan tapi dibatalkan atas sebab sebab yang kurang pasti.... Tapi bila orang pejabat ajak join, saya rasa macam pucuk dicita ulam mendatang. Kami kesana seolah olah di'sponsor' sebab dapat duit minyak lagi. Alhamdulillah.

Awal pagi sabtu, 22 November kami ke Batik Arfah... Kami tak membeli pun cuma tengok tengok je. Macam mahal je. My Wife memang ada plan nak beli kain barangan batik & songket kat Kuala Terengganu ni. Siap bawak baju yang baru siap jahit ...katanya nak cari tudung yang matching. Suka hati awak la ayang... awak suka saya pun suka. (bukan senang nak panggil sayang kan... biasa panggil nama je, dalam blog ni la pon nak bersayang sayang). Lepas Batik Arfah kami ke Hotel tengah tengah bandar KT. Hotel biasa je...boleh la. Hotel orang sponsor, terima je la seadanya. Kalau cari sendiri mungkin saya cari yang ada jacuzzi siap...hahaha! Petang tu kami ke Muzium dan Taman Tamadun Islam... it was OK, walaupun bebudak ni meragam sikit. Biasa la budak budak. Kalau di Negeri Sembilan mana nak dapat melawat ke Muzium. Muzium ada.... tapi nak melawat muzium di Seremban?! Ohhhh...Please!! Lain kali insyaAllah.. Balik je bilik petang tu saya terus pengsan sebab cover tidul malam sebelumnya..sampaikan missed dinner kat restaurant hotel. Tak ada rezeki..dia orang pun tak inform awal-awal kata ada dinner.

The next day, 23 November, pagi tu pergi pasar payang... saya jaga budak je, my wife yang shopping. Banyak juga la RM yang pergi meninggalkan kami... hehehe... tapi dia beli on behalf of adik dia...department dia... Saya memang kurang sikit bab bab shopping ni. Tapi kalau sekali shopping... terpranjat Mak Mentua Jiran kampung sebelah tengok. Itu satu hal, satu lagi saya memang tak pandai langsung dalam bab tawar menawar... kalau taukeh kedai tu cakap seratus maka seratus la saya bayar. Isteri saya tahu kelebihan saya yang ini kot, itu pasal dia jarang suruh saya belikan on behalf dia... hahahaha!

Anyway, petang tu dalam pukul 3 kami bertolak balik ke Negeri Sembilan. Sempat berhenti kan Rhu Rendang, berhenti beli tudung dan selesaikan masalah pampers Umar dan perut Hanan. Anak saya ada empat, Hanan Nur ain, zahra Nadira, Ahmad Umar Hasyim dan Ahmad Amr Fathy... sekali nama arab laaa..... Semua nya comel comel dan baik baik belaka. Nanti cerita pasal mereka ni lain kali. Ada la berhenti dua tiga kali menguruskan kanak kanak berempat ni. Sampai Rumah lebih kurang pukul 12 malam. Overall, saya puas hati. Lepas nih ada plan nak bawak ahli keluarga mak mertua pergi ke Pantai Timur... saya suggest isteri saya volunteer jadi organizer nya. Saya puas hati juga sebab drive balik waktu petang.... memang cantik permandangan nya. Saya sia berhenti di Kemasik...(memang dah plan nak berhenti kat situ...saja tak nak bagitahu isteri) sebab nak tengok keindahan pantai kemasik... tapi tengah renovation, apakan daya.

Konvo dah... makan angin pun sudah... apa lagi kerja la!!! Lepas ini kita ke Kelantan ye ayang ye....

**Malam tadi baru balik dari JB.. ziarah Tuk Ran Koma di Hospital JB. On the way balik singgah carefour JB.... ambik! ada hand phone baru ada Camera baru..Hah! Ambik!!

Wednesday, November 19, 2008

KONVO

Esok, 20 November 2008 adalah tarikh bersejarah bagi saya dan isteri tersayang. Kami akan sama sama menerima ijazah Sarjana dari Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sempena konvokesyen UiTM ke69. Tiga sebab saya sangat gembira, pertamanya saya berjaya menyelesaikan master walaupun dalam jangkamasa 6 semester.. Lama tu, tiga tahun. Hanya Allah yang tahu betapa liatnya saya menyudahkan independent study (lebihkurang macam thesis la ni) yang menjadi kemestian kepada semua pelajar yang nak grad. Isteri saya yang selalu bertanya, " I.S abang bila nak mula... ni dah bulan berapa dah ni?" Saya pulak, asyik tangguh...tangguh dan tangguh. Sampaikan bila dia bersalin anak keempat, dia extend satu sem.... saya pun extend sama... hahaha macam lah bersalin. Walaubagaimanapun siap jugak akhirnya.. Sebab kedua saya rasa sangat gembira, saya masuk konvo bersama isteri. Dulu masa first degree memang tak ada konvo langsung. Lepas habis final exam saya terus balik malaysia, kawan saya yang tolong ambilkan sijil B.A tu. Tau tau masa nak konvo Master ni, ambil sekali dengan isteri.. grad pun sekali dengan isteri... mana tak gembira. Ye lah... dulu saya terbayang isteri saya akan grad seorang diri. Samada saya grad dulu atau dia grad dulu. Tapi, nampak gayanya dulu macam dia yang akan grad dulu seorang diri. Nasib baik dia mengandung anak keempat. Kalau tidak, tak tau la nasib saya ... grad atau tidak. Parents dan in laws semua ada. Itu yang ketiga, dapat juga ayah dan mak tengok saya konvo. Cuma saya seorang dalam keluarga yang tak pernah konvokesyen ni. Maklum la, jauh ....

Semalam 17Nov pergi rehearsal konvo di Shah Alam, ambil jubah sekali. Saya rasa sangat excited sebab ini kali pertama konvo..lepas tu anak anak yang empat orang tu tak ikut sekali. Seronok , sebab kami suami isteri macam merpati dua sejoli. Lama dah tak jalan berdua. Hahahaha..... Masa rehearsal macam-macam arahan dan nasihat telah diberi oleh pihak UiTM. Kami dengar sahaja untuk jadi pedoman esok pagi.

Kenapa buat master? Hah!...Asalnya hanya isteri sahaja yang nak buat Master. Tapi bila mengenangkan saya kena hantar isteri ke UiTM Shah Alam setiap minggu...saya cuba apply dan P.M Dr. Laila approved saya punya application. Semenjak itu, bermulalah kehidupan saya sebagai pelajar ....part timer je. Setiap minggu, since July, 2005 saya ulang alik ke Shah Alam. Kadang kadang drive, kadang kadang bas, kadang kadang komuter...tapi most of the time bas lah. Mudah dah murah la sikit. Yuran jer lebih kurang RM8K... kos perjalanan lagi, minyak lagi....makan, bayangkan lah. Yang menariknya, 1st degree saya Usuluddin, dan Master saya buat Information Technology. Alhamdulillah, selesai dengan jayanya. Million..trillion...zillion thanks to my lovely wife yang tak berhenti henti bagi semangat. Puas hati rasanya. My wife akan sambung buat ph.D tak lama lagi.... saya, hahaha... tengok la!