nuffnang's ads

Showing posts with label Khutbah. Show all posts
Showing posts with label Khutbah. Show all posts

Saturday, October 9, 2010

DOA DAN TAZKIRAH

 Macam macam program yang diadakan oleh Jabatan dan S.U.K. Minggu lepas saya telah memenuhi undangan memimpin bacaan doa dalam empat program Jabatan dan satu Program peringkat negeri. Memimpin bacaan doa adalah suatu tanggungjawab yang 'enteng' bagi saya sekarang. Ketika mula-mula menjawat jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam dulu, memimpin bacaan doa adalah mimpi ngeri bagi saya, tetapi setelah berkecimpung dalam bidang ini beberapa tahun ianya menjadi sangat mudah... Alhamdulillah! Sedikit 'tips' yang penting bagi pemimpin bacaan doa majlis rasmi/separuh rasmi kerajaan ialah:
  1. Persediaan teks doa. -perlu diteliti apa jenis program, siapa tetamu VIP?- 
  2. Ada maklumat terperinci tentang tentatif program -sangat penting untuk mengetahui bila (giliran) dan di mana lokasi- 
  3. Datang awal ke lokasi sekurang kurangnya 30 minit -melapor diri kepada urus setia-
Teks doa sangat mudah diperolehi. Kita hanya perlu membuka laman web JAKIM untuk mendapatkan doa-doa yang biasa dibaca bagi yang kurang pengetahuan mengarang. Disana juga disertakan sekali etika membaca doa-doa rasmi kerajaan.

Memang saya tidak rasa cemas apabila diarahkan memimpin bacaan doa, tetapi Jumaat minggu lepas saya diarahkan oleh KPP saya untuk memberikan Tazkirah sempena perhimpunan bulanan Jabatan kami. Saya diperangkap oleh 'CC' yang menalipon saya dengan soalan pertama berbunyi "Ustaz ada program atau tidak pada 8.10.2010?" Saya menjawab dengan selamba, "Tak!" Kemudian dia terus meminta saya memberikan Tazkirah pada hari tersebut. Masalahnya bukan saya tak pernah bercakap dihadapan orang ramai sebelum ini, tetapi kali ini audien Tazkirah saya sudah tentunya Pengarah Jabatan saya, Ketua-ketua Penolong Pengarah saya dan yang pastinya rakan sejawat saya yang lain yang lagi banyak ilmu daripada saya.

Saya terima juga arahan tersebut dan yang penting ialah buat persediaan rapi.... dipendekkan cerita, persediaan yang saya buat ialah untuk tazkirah selama 30 minit ke 45 minit tetapi beberapa detik sebelum saya dipersilakan oleh pengerusi majlis pada pagi itu ada seorang pegawai dari bahagian khidmat dan pengurusan memperingatkan saya tentang apa yang berlaku dalam sessi perhimpunan bulanan yang lepas di mana pemberi tazkirah terlajak bertazkirah sehingga 45 minit. Menariknya, atas keterlewatan pemberi tazkirah itu berhenti dari tazkirahnya dia telah menjadi 'point' untuk pengarah menyampaikan teguran dan taklimat taklimat yang pedas kepada staf-staf yang berhimpun katanya.

Saya terus menukar strategi dan terus menukar tajuk tazkirah saya. Saya cuma membacakan sepotong Hadis tentang SEBARKAN SALAM SESAMA KAMU. Saya huraikan serba sedikit sekali dengan maksud hadis beserta dengan dua tiga contoh. Tidak ketinggalan juga 'lawak-lawak' senario yang saya teringat (untuk kesan bunyi hikhikhiks di pagi yang kebanyakkan staf masih mengantuk). Alhamdulillah semua berjalan lancar dan saya tidak dijadikan bahan teguran oleh Pengarah dalam ucapannya. Menurut beberapa orang saksi, saya berdiri dihadapan selama sebelas minit. Padanlah tazkirah memang lah lebih kurang selama itu. Kalau ceramah barulah sejam. Kesimpulannya, kita kena banyak membaca dan mendengar orang bercakap.... baru lah kita pula boleh bercakap. Bila ada modal dia akan 'automatically' datang sebagai point untuk bercakap. Jadi banyakkanlah membaca..... (pesanan untuk diri sendiri)

Monday, December 8, 2008

AIDIL ADHA

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua yang beragama Islam. Hari ini duty jadi Imam dan Khatib. Bukan la kali pertama, dah banyak kali dah. Masa mula mula dulu memang cemas tapi bila dah terlampau kerap rasa gian pun ada nak naik atas mimbar...berkhutbah. Antara isi khutbah yang menarik perhatian saya hari ini ialah tentang inti pati 'pengorbanan' ...petikan kata-kata ulamak yang telah saya khutbahkan (Hakikatnya: 'baca' khutbah) ialah , orang yang mengharapkan sesuatu kejayaan, keuntungan...perkara perkara positif tanpa ada pengorbanan.... (apa jenis pengurbanan sekalipun) adalah diumpamakan seperti orang yang bermimpi-mimpi kosong. Jadi, bagi kita sebagai manusia tak dapat tidak mesti ada price that we have to pay kalau nak sesuatu. Mana ada kejayaan.. kebahagiaan yang free sahaja kita perolehi.

Saya merasakan kehidupan saya sekarang ini "i'm happy with my life"...adalah hasil pengorbanan banyak pihak. Dari pihak saya sendiri, lebih lebih lagi isteri tak ketinggalan juga ayah dan emak. Semua ini takkan dapat kami kecapi tanpa pengorbanan. Dan paling penting kami mengorbankan ego kami....(I think...) Pada peringkat awal perkahwinan, kehidupan saya tak layak dipanggil 'I'm happy with my life" Kehidupan yang penuh gaya, mutu dan keunggulan (iklan rokok dunhill dolu dolu..). Esklusif la konon. Maklum lah... tinggal jauh dengan isteri. Langit tak selalunya cerah, ku sangka panas sampai ke petang rupa nya hujan di tengahari. Akhirnya bila dah dapat zahra, (anak kedua) saya terfikir tak boleh hidup lagu ni.... saya ambil keputusan untuk memilih style hidup yang saya lalui sekarang. Yang pasti keputusan saya itu tidak salah. Dah empat tahun berlalu, i am still happy with my life... Terima Kasih kepada isteri, pengorbanannya sangat sangat saya hargai. Tidak dapat saya senaraikan pengorbanan yang telah dilakukan, masa, tenaga, wang ringgit...dan macam macam lagi.

Satu phrase yang menarik perhatian saya, ketika membacanya kali pertama saya merasa sayu... Rasulullah bertanya kepada saidina Abu Bakar R.A. Ketika Abu Bakar mendermakan seluruh hartanya demi Agama.... Apakah yang kamu tinggalkan untuk keluargamu. Jawab saidina Abu Bakar R.A.... ALLAH dan RASULNYA. Subhanallah...dibandingkan dengan kita di akhir zaman ini... Apakah sumbangan kita untuk agama Islam. Jangankan semua harta, sedikit pun susah. Tapi apabila ditanya kepada kita apakah sumbangan kita untuk meruntuhkan agama. Kita tak dapat jawab...hakikatnya banyak perlakuan kita, perbelanjaan kita tanpa kita sedari menjurus kearah membantu golongan-golongan musuh islam menambah dana. Dengan dana tersebut kita secara tak langsung kita seolah olah membantu mereka memporak perandakan agama. Entahlah, that is my personal opinion. Seperti kata Nabil, Lu pikir la sendiri!

Dan hari ini juga, for the first time in my life... saya menjadi tukang sembelih lembu. Bukan tak pernah... sebelum ini saya hanya sembelih kambing sahaja. Hari ini dalam sejarah saya sembelih dua ekor lembu dalam satu masa. Menarik! Rukun sembelih satu perkara... petua pun satu perkara. Tadi saya baru talipon tok guru (sembelih) saya minta clearkan beberapa perkara selain mengucapkan Selamat Hari Jadi ke 72 yang jatuh semalam.

Kalau ada kesempatan dilain kali saya cerita tentang petua dan cara menyembelih lembu korban ini.