nuffnang's ads

Saturday, April 23, 2011

KAHWIN SENANG, SENANG KAHWIN



Semalam saya menikahkan satu pasangan... yang lelaki berumur 19 tahun dan yang perempuan berusia 20 tahun. Bila saya fikir-fikirkan semula, ketika saya berusia 19 tahun sedikit pun tidak terlintas di hati saya untuk berkahwin... berpacaran pun jauh sekali. Mungkin ada atau tidak syok sendiri sikit sikit la kot. Menarik tentang pasangan yang saya nikahkan ini ialah mereka bernikah dengan tiada persediaan rapi dengan erti kata lain terlampau simple atau dikenali juga dikalangan orang cina/melayu sebagai 'cincai' sahaja.


Tahniah diucapkan kepada kedua-dua ibubapa pengantin kerana menyedari hakikat dan realiti remaja yang berlaku di sekeliling kita sekarang. Walaubagaimanapun sepatutnya mereka kena ada persediaan. Saya kata tiada persediaan sebab wang maskahwin pun tanpa envelope.... upah nikah lagi lah.... main bagi macam tu sahaja. Ketika saya hendak menurunkan tandatangan atas borang nikah mereka, saya dapati ruang 'hantaran' dan 'hadiah' tidak ada apa-apa kenyataan dinyatakan. Bila saya tanya kepada bapa pengantin jawapannya ialah "Bolum bincang laie". Ishhh! ada ka patut?? Lalu saya membuat keputusan untuk menentukan hantaran pada masa itu juga sebab kalau saya biarkan (untuk ditentukan kemudian) maka sudah pasti pihak pengantin perempuan tidak merasa wang hantaran atau pun hadiah. Saya tanya suami berapa dia nak letak hantaran... laaaaaa.... ada ka patut dia jawab entah. Dan lebih pelik lagi dia (pengantin lelaki) boleh tanya pada ayah dia yang ada kat sebelah dia "berapa hantaran?". Lalu di saat genting itu saya memberi cadangan kepada pihak pengantin lelaki.... "Macamana kalau RM1000?"... Sekali lagi pengantin buat lawak.... "Ëntah......" Mana boleh jawab macam tu... kena la jawab, mampu ke tak mampu sebab pihak perempuan dah bagi chance bayar kemudian. Kalau mampu seribu jawab ok... kalau tak mampu, bagi jumlah yang mampu sepatutnya. Akhirnya Bapa pengantin lelaki menjawab, "Macam ni la tuan, saya cadangkan RM1500"... biasa lah lelaki, ego mesti ada. Saya tau la lelaki... hahaha sebab saya pun lelaki.  "Ayah bagi kau tempoh sebulan untuk cari RM1500, boleh tak?" warning si ayah pengantin lelaki kepada pengantin lelaki. O.K Selesai satu bab.

Saya tanya lagi satu soalan cepumas.... nak bagi pengantin perempuan hadiah tak? Cincin ke ... rantai ke.... gelang ke.... Ahaks! Tiada sambutan. Semuanya geleng ...Ok lah tu... at least dah ada RM1500. Saya terpaksa menerangkan semua yang dibincangkan itu akan tercatat dalam sijil nikah nanti. Pengantin lelaki tu kerjanya asyik tersengih-sengih dari tadi. Ye la, budak lagi... baru 19 tahun. Yang penting segalanya selesai dengan baik. Yang menghairankan saya Bapa pengantin perempuan tak kisah langsung tentang hantaran dan hadiah ni. Dah la tu, nikah anak dia pun wakilkan pada saya... takda masalah sebab memang tugas saya dah. Pada pandangan mata saya pengantin perempuan comel orang nya... tu yang hairan tu kenapa si Bapa tak demand langsung. Kurang kurang letak la harga sikit kan? Sepatutnya bapa mertua saya (masa saya kawin dulu) berfikir macam ini juga.... tak payah susah susah cari RM6K kan.... hahahaha!
Pengantin lelaki (gambar hiasan)

Ini 1st time saya handle nikah yang sangat sangat simple. No wonder la, borang kahwin diorang tak hantar pada saya 2,3 hari sebelum majlis akad nikah. Terpaksa pula saya talipon suruh diorang hantar borang selewat lewatnya pagi Jumaat. Pagi Jumaat saya ke pejabat, saya dapati borang tu masih belum sampai  atas meja saya. Kebiasaannya apabila borang sudah berada di tangan saya, mudah la isi semua particulars yang patut diisi. Terbalik pula, kita yang lebih... diorang ala kadar saja. Dari situ saya dah nampak betapa bakal pengantin tidak bersungguh sungguh.

Kesimpulannya, perkara penting macam ni jangan buat sambil lewa. Tunjukkan yang kita bersungguh sungguh. Dari satu segi saya puji sikap ibu bapa kedua mempelai sebab merestui anak mereka nikah awal. Dari satu segi yang lain pula saya kesal dengan sikap pengantin lelaki sebagai ketua keluarga (walaupun baru diisytiharkan) seperti acuh tak acuh dengan perkahwinannya sendiri. Pun begitu, saya doakan yang terbaik untuk pasangan tersebut.

----Kira ok la jugak sebab dua kali lafaz je akadnya. Pernah saya akadnikahkan orang keturunan mamak yang jarang berbahasa melayu dan buta huruf.... hadoi! masakk!! Bayangkan dah tulis atas kertas besar-besar pun tak settle juga.

Friday, January 21, 2011

KISAH KAWAN KAWAN

Kawan-kawan saya boleh dikatakan ramai juga apabila diukur dengan umur saya yang telah 'banyak' ini. Selama saya hidup dalam banyak banyak kawan yang saya kenal, hanya mereka yang sama belajar universitilah yang banyak memberi kesan dan masih lagi rapat dengan saya. Ini dibandingkan dengan kawan semasa kecil, kawan sekolah rendah mahupun kawan sekolah menengah. Mungkin kerana jarak masa yang tidak terlalu lama dengan sekarang membezakan perkara tersebut.

Kehadiran facebook dalam hidup saya telah mempertemukan saya dengan ramai kawan-kawan lama semenjak kecil dahulu. Ketika rakan-rakan lain bercerita tentang reunion, gathering dan macam-macam corak perjumpaan semula, saya merasakan tidak begitu teruja untuk berjumpa mereka. Mungkin banyak faktor juga, antaranya mungkin disebabkan kita sudah bekeluarga atau mungkin kita tidak pandai berkawan atau mungkin juga sebab kita tak ada duit nak bayar untuk reunion... maklumlah kadang kadang perjumpaan diadakan di Hotel empat, lima bintang... kalau hotel empat lima bintang kurang-kurang satu kepala kena  lima puluh ringgit. Orang bekeluarga (yang bukan orang kaya la) , kena fikir panjang juga untuk spend lima puluh ringgit..(other than 'kedekut' laa.....hahaha.)

Kalau saya kenang kembali, semasa kecil sebelum masuk sekolah rendah kawan-kawan sekitar perumahan yang saya diami dulu ramai perempuan.... of course la sekarang dah isteri somebody...dah jadi emak somebody juga... dan mungkin dah jadi mekcik-makcik dah... tak logik pulak rasanya nak jumpa gathering reunion or whatever la... Bila masuk sekolah rendah saya memang ada beberapa orang bestfriend... lelaki laa. Dalam tempoh sepuluh tahun kebelakangan ini kami ada berjumpa tetapi kehangatan masa sekolah rendah dulu dah tak terasa lagi. Pada masa itu juga saya berkenalan dengan rakan-rakan lebihkurang sebaya yang tinggal disekitar kawasan perumahan. Daripada mereka inilah saya belajar mandi sungai & berenang di empangan sampai hampir-hampir lemas, belajar memancing berbatu batu jauhnya naik basikal, bermain bolasepak dengan hebatnya (selected dalam team Taman Perumahan lagi tu),  masuk hutan keluar hutan dan macam-macam aktiviti menarik yang biasa kanak-kanak seusia saya lakukan pada masa itu. Pada masa ini kawan-kawan terbukti mempengaruhi dalam kebanyakkan tindak tanduk saya. Kalau tidak, masakan saya boleh masuk hutan, masuk sungai semuanya tanpa pengetahuan emak dan ayah. Tetapi ramai juga antara kawan-kawan saya ini yang kurang 'menjadi', boleh dibilang dengan jari di antara ramai-ramai tu yang belajar sehingga ke peringkat tinggi.

Masuk sekolah menengah, kawan-kawan saya semakin bertambah. Beberapa orang kawan sangat rapat dengan saya. Ini kerana saya telah mula duduk di asrama. Macam-macam perkara yang kami lakukan bersama, sama ada perkara baik atau sederhana baik. Hahaha... (takkan nak taip perkara jahat lak kan, saya kan orang baik) Semasa sekolah menengah kawan-kawan juga lah yang banyak mempengaruhi saya... mungkin saya ini orang yang senang dipengaruhi agaknya. Di antara aktiviti 'sederhana baik' yang pernah saya lakukan ialah panjat pagar asrama sekolah tengah malam ... Nak kata makanan tak cukup samasekali tidak... nak kata barang keperluan tidak mencukupi kami ada kebebasan untuk keluar setiap hujung minggu... persoalannya, apakah pada usia sebegitu saya dan kawan-kawan sudah pandai menginterpretasikan maksud 'rules are meant to be broken'? Entah... saya pun tak ingat saya bahagia atau tidak ketika melaksanakan kerja-kerja sederhana baik ni. Yang pasti kami terpengaruh menjadi 'ninja-ninja cilik' pada masa itu. Memadai rasanya dengan satu contoh sahaja.... mana boleh pecah rahsia :p

Kemudian selepas SPM, saya sambung pelajar di Kedah... disini ikatan persahabatan dengan kawan semakin rapat dan kuat. Mungkin disebabkan jauh dengan ibubapa maka rakan-rakan menjadi tempat mengadu. Bayangkan umur 18 tahun saya sudah mula masak makanan sendiri...masak nasi, masak lauk-lauk simple contohnya goreng telur mata kerbau, goreng telur dadar, lauk telur masak kicap, lauk telur goreng, lauk telur pecah masuk dalam mangkuk..kacau .. campur bawang dan goreng serta bermacam-macam jenis masakan lagi yang berasaskan telur... Alaa... apa sangat la budak umur 18 tahun nak masak?... mungkin ada yang bermula lebih awal lagi tapi pada saya ia adalah satu pengalaman menarik untuk dikongsi dengan orang-orang yang rapat dengan kita. Pemergian saya ke Kedah pun atas pengaruh kawan-kawan juga sebenarnya. Diimbas kembali, saya sendiri tidak pasti apa yang saya hendak sebenarnya tetapi saya bersyukur saya dilorongkan oleh Allah untuk ke Kedah.

Kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti... disinilah saya mula belajar membuat 'stand' sendiri. Pepatah arab mengatakan pengalaman hidup adalah sekolah terbaik. Banyak benda saya belajar dari pengalaman hidup di rantau orang. Walaupun tidak seratus peratus baik, tetapi ianya menjadi bekal untuk kita jadikan sama ada sempadan atau teladan. Tidak dikira, saya berkenalan dengan kawan terbaik saya hari ini semasa saya di peringkat ini. Kawan terbaik mana satu? ...orang rumah la a.k.a isteri a.k.a Laling a.k.a x-girlfriend a.k.a x-makwe etc, yang saya ingat saya pernah meminta khidmat nasihat dari kawan-kawan tentang hubungan saya dengan Puan Isteri saya ni dulu. Al Maklum la, saya ni bukan pandai bab-bab cintan cintun ni.. hahaha! Kami cuma berkirim email sekurang kurangnya sehari sekali! YA ALLAH! SEHARI SEKALI!?? Betul ke saya yang tulis semua tu? Kalau surat pulak, berapa kali sebulan? Takkan 30 kali sebulan kot... Okay la... itu lain kali kita bincang... next entry la pulak.

Tamat belajar saya masih terkesan dengan kawan-kawan sehinggakan saya memilih untuk berniaga walaupun keluarga saya menyuruh saya memohon kerja makan gaji. Saya berniaga beberapa tahun dan alhamdulillah gagal dalam perniagaan tersebut. Inilah saya sekarang, telah bekerja makan gaji dengan kerajaan. Mungkin jika saya berjaya dalam perniagaan saya tidak akan jadi macam sekarang .... Í'm happy with my life.

Terbaru, ada rumors yang mengatakan saya akan dipindahkan ke penempatan yang baru. Yang saya pasti, perpindahan/pertukaran saya ini nanti bermakna beban kerja dan tanggungjawab akan bertambah berlipat kali ganda. Menarik, bila saya cerita kepada kawan-kawan, kebanyakkannya berpandangan negatif tentang perpindahan saya sehinggakan saya pernah mengusulkan kepada seorang rakan seperjuangan (yang  bertaraf kontrak dan berulang ke tempat kerja yang jaraknya hampir 100KM pergi dan balik) untuk mengambil inisiatif mengisi kekosongan di tempat tersebut dan beliau menolak kerana tempat dan jawatan baru tersebut belum pernah dirintis oleh seseorang pun lagi sebelum ini. Tempat baru ini berada dalam komuniti masyarakat yang berbilang fahaman (khususnya politik) dan sering menjadi perhatian di kalangan pihak pentadbir kerajaan Negeri. Tetapi seorang sahabat saya menyuarakan pendapat, bahawa saya seharusnya menerima pertukaran itu sebagai satu cabaran kerana dia sendiri sekiranya dia mempunyai peluang, dia akan berpindah dari satu syarikat ke satu syarikat lain mengikut tawaran imbuhan dan dari segi kebajikan yang bersesuaian dengan kehendaknya. Buat masa sekarang, dia terpaksa stay dengan satu syarikat sahaja kerana beberapa sebab. Panjang lagi nasihatnya, terpaksa saya ringkaskan. Saya amat bersetuju dengan pendapat beliau mengambil kira kejayaan dan kecemerlangan yang beliau capai walaupun bekerja sendiri di bawah naungan satu syarikat terkenal di Malaysia.

Kesimpulan, semenjak kecil tindak tanduk kita sering dipengaruhi oleh kawan-kawan samada tindakan yang baik mahupun sebaliknya. Lain pula jadinya jika kita langsung tidak berkawan.... sudah tentu kita akan menjadi kera sumbang dalam pergaulan. Perkara yang kurang baik sekiranya sudah berlaku biarlah menjadi pengajaran bagi kita semua. Apa yang perlu dipastikan ialah kawan-kawan amat penting dalam menyumbang buah fikiran dan pendapat dalam tindak tanduk kita sepanjang kehidupan kita. Dengan akal yang waras dan ilmu yang kita ada kita perlu menimbangkan semua pendapat-pendapat tersebut. Oleh sebab itu berhati hati memilih kawan.

Bagi generasi selepas kita, khususnya anak-anak kita, kita perlu kenal dengan siapa dia berkawan... juga perlu kenal siapa keluarga kawan-kawan anak kita tu. Nasihat diri sendiri ni, sebenarnya. Ishhh... susah ni, nak kena check balik siapa kawan Hanan, kawan Zahra, kawan Umar dan kawan Amru....

Friends forever

Fakta bukan Auta: Amru setakat ini kawan baik dengan emak dia sebab setiap kali nak tidur dia mesti cari siku emaknya untuk digaru.

Thursday, January 6, 2011

Kenapa mesti 2 Alam?... sepatutnya berapa Alam?

Semalam saya menghadiri pengajian yang disampaikan oleh seorang guru di sebuah masjid di Seremban. Saja la nak share dengan tuan tuan semua... pendek dan ringkas.

Pengajian semalam menjurus kepada 'perkara2 yang harus di lakukan oleh seseorang muslim apabila berlaku kematian di kalangan seorang muslim yang lain'. Antaranya yang di sebut oleh Ustaz tersebut ialah mula-mula kita mesti usahakan untuk menutup mata si mati seterusnya menggerakkan sendi-sendi si mati seperti bersenam bertujuan supaya anggota badannya tidak mengeras. Kemudian hendaklah diletakkan logam yang ringan di atas perut si mati untuk mengelakkan perutnya membuncit. Dan juga harus di pastikan pakaian si mati yang dipakainya itu tanggalkan. Ustaz mengingatkan bahawa setiap rumah mesti sekurang kurangnya menyimpan sehelai dua kain 'batik lepas' sebagai persediaan untuk menutup jenazah (kebiasaan orang melayu) kalau pun bukan untuk diri sendiri atau keluarga sendiri ianya mungkin untuk persediaan sahabat handai dan jiran-jiran terdekat. Selain itu sementara menunggu jenazah di sempurnakan eloklah hadirin yang ada membaca Surah Yassin atau Al Quran. Bukan satu kemestian katanya, tetapi ianya amalan yang baik apa salahnya di lakukan.

Yang saya nak share 'straight forward' kali ini ialah tentang 'ALAM'. Ustaz bagitahu, manusia terlibat dalam 5 alam.
  1. ALAM RUH
  2. ALAM RAHIM
  3. ALAM DUNIA
  4. ALAM BARZAKH
  5. ALAM AKHIRAT
Menariknya kelima-lima Alam ini sangat berbeza di antara satu sama lain. Ianya (kelima-lima) sangat penting bagi manusia. Andai terkurang satu daripada alam-alam ini maka bukan lah makhluk (manusia) namanya. Pun begitu Ustaz mengingatkan Alam dunia adalah sebagai tempat kita berusaha berbuat kebajikan dan segala kebaikan untuk menjamin kehidupan yang kekal abadi di Alam akhirat. Adapun Alam barzakh, adalah satu Gerbang menuju Alam Akhirat.... hanya amalan kita yang mampu menolong. Kalau amalan baik maka aman damailah di sana, begitulah sebaliknya. Bayangkan, di Alam dunia kita mungkin hidup paling lama 60 - 70 tahun sahaja... tetapi di Alam Akhirat kita akan hidup selama lamanya sama ada dalam syurga atau neraka (Na'uzubillah).

Macam tu lah... kita fikir fikirkan lah. Memang taknak tulis panjang-panjang. Kang korang nak blogwalking tempat lain pulak kan?....

Wednesday, December 22, 2010

DILEMMA

 
Gambar hiasan

Dua hari berturut turut saya ditugaskan memimpin bacaan doa di satu mesyuarat penting kerajaan di sini. Banyak kelemahan yang perlu diperbaiki oleh agensi agensi kerajaan yang berkenaan dalam meng'entertaint' kami pemimpin bacaan doa. Bukan nak mintak banyak pun, cuma layanan yang patut-patut sahaja.

Kelmarin, ketika saya sampai di lokasi mesyuarat ....Nak dijadikan cerita, pengerusi majlis pada pagi itu seorang lelaki yang kacak bergaya dengan blazer. Dua tiga kali lalu depan saya dalam keadaan buat buat sibuk. Ok fine... Tiba time dia nak menjemput saya ke rostrum untuk membaca doa dia boleh address saya dengan "dipersilakan Pembaca Doa untuk membacakan doa" je. Punya lah gedabak besar saya punya nametag boleh dia tak tengok atau at least tanya/confirmkan nama seperti ketika saya memimpin bacaan doa dalam satu seminar anjuran PLUS Bhd dulu. (Syarikat swasta) Mungkin sebab saya tak pakai blazer macam orang lain agaknya. Bila selesai saya membaca doa, dia menyonsong saya dari sebelah kiri cuba untuk tengok nametag saya tapi masih tak nampak. Appada... orang ramai ni, nanti kalau ada yang jatuh gedebuk sapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka juga nanti.

Satu hal lagi pihak penganjur mesyuarat yang dihadiri oleh VVIP negeri saya, boleh.. tak sediakan kerusi untuk saya duduk. Bila saya tanya "saya duduk di mana sebelum baca doa?", adalah seorang staf  ni yang ambik satu kerusi dan letak dekat belakang rostrum. "Encik duduk situ". Huk alahh... appada!? nak suruh saya jadi beruk sarkas suruh orang semua tengok kita terkonteng konteng sorang-sorang kat depan tu belakang slide. Semua VVIP pulak tu... pengarah jabatan itu... pengarah jabatan ini. Agak-agak la cik kak oi! Saya merayu, pada staf tersebut supaya kerusi saya diletakkan sekurang-kurangnya sama orang lain. Akhirnya diletakkanlah kerusi saya di sebelah seorang pegawai di bahagian hadapan.... laaaa, meja pula tak ada. Lantaklah, duduk sahaja lah. Terima kasih banyak.

Hari kedua, di mesyarat yang lain tetapi dihadiri oleh VVIP yang sama saya sekali lagi dijemput memimpin bacaan doa. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar... semalam pakai baju korporat so hari ini saya pakai kemeja dengan tali leher.... sebab dah terkena semalam maka hari ini saya pandai pandai ambil tempat siap-siap di kerusi hadapan berdekatan rostrum. Sampai masanya nama saya dipanggil untuk memimpin bacaan doa........... Huk alahh... entah nama arab sesat mana yang dipanggilnya. Nama saya Ahmad, boleh dia sebut Abdul! (sikit pun tidak menjurus kepada nama yang mak & ayah saya beri ketika lahir) Lantaklah... Kali ini pengerusi majlis ialah seorang wanita, pun sama juga situasinya.... dua tiga kali melintas depan saya sebelum program bermula. Tetapi sikit pun dia tidak mahu bertanya atau reconfirm nama saya. Abih Camno?

Kita ke sana membawa nama Jabatan yang kita wakili, maka saya tidak lah mahu bersifat kurang ajar... tambah-tambah pengarah Jabatan saya sendiri berada dalam mesyuarat tersebut. Boleh sangat, kalau saya nak sabotaj part baca doa tu.... tapi campur tolak darab bahagi, tak guna juga sebenarnya.

Kalau sesiapa yang prihatin semestinya mereka tahu tatacara menjemput pembaca doa. Kalau disemak dalam laman web JAKIM antara syarat-syaratnya ialah mesti disediakan tempat duduk dibahagian VIP. Juga, sekiranya ada dua rostrum... pembaca doa mesti membaca doa di rostrum utama. Pernah sekali di satu majlis perasmian sewa bangunan pejabat kerajaan yang dirasmikan oleh Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob ada seorang staf bertugas sengaja pergi ambil rostrum cap ayam togel yang lain dan letakkan di bucu khemah utama khusus untuk saya baca doa. Saya bantah dengan lembut dan manja, "biasanya saya baca doa di rostrum utama". Tak adalah saya ugut kata "kang aku taknak baca doa kang, malu kau! Dalam tentatif program dah ada... siapa yang malu kalau Menteri tanya kau kang?"... hehe. Al maklumlah, saya bukannya sezalim itu.

Ada banyak lagi, sebenarnya... yang sudah sudah la kan? Harap-harap sesiapa yang baca rungutan saya ni, ingatkanlah kawan-kawan kalau jemput orang memimpin bacaan doa tu... pastikanlah dua tiga perkara remeh macam ni tidak terjadi. Banyak berlaku kepincangan begini dalam program-program rasmi kerajaan je dari pemerhatian saya. Kalau program swasta atau badan korporat jarang berlaku begini...

Itulah antara dilemma yang dihadapi oleh pembaca doa macam kami ni. Semuanya kerana SYMP. (saya yang menurut perintah) Itu belum masuk kita baca doa... tup! tup!  Shahir keluar nyanyi... Aisyah keluar nyanyi... dalam tentatif tak ada pun! Hadoiiiiiii........................

Friday, December 10, 2010

Alhamdulillah.... I'm happy with my life

Assalamualaikum.
Bertemu lagi setelah bermalas malasan bercuti sekian lama.
Semalam saya bertemu dengan seorang balu a.k.a janda a.k.a ibu tunggal yang datang ke pejabat untuk mendapatkan sokongan bagi mendapatkan bantuan dari sebuah badan kebajikan yang sering memberi bantuan kepada fakir miskin. Beliau berusia sekitar pertengahan empat puluhan. Menarik untuk kita renungi kehidupan kakak ni. (........ biar saya gelar dia sebagai 'kakak ni' sahaja) Beliau telah bercerai dengan suaminya sejak berapa lama dahulu. Bekas suaminya pula telah meninggal dunia dan bersama kakak ni ada dua orang anak lelaki... seorang berusia 25 tahun telah berkahwin dan seorang lagi berusia 24 tahun masih bujang dan tinggal bersama. Menurut kakak ni, selepas bercerai dengan suaminya beliau telah tinggal bersama arwah ibunya (telah meninggal dunia tahun lepas).

Buat masa sekarang, kakak ni tinggal bersama lima orang anak saudaranya (anak abangnya) yang berusia di antara 8 hingga 18 tahun di rumahnya (rumah pusaka arwah ibu mereka). Abang kepada kakak ni pun telah bercerai dengan isterinya, jadi kelima lima anak saudaranya seolah olah menumpang kasih ibu dari kakak ni. Apa yang mengejutkan saya ialah abang kakak ni yang bekerja sebagai pemandu bas hanya balik sekitar 2 minggu sekali dan memberikan wang sara hidup untuk kelima lima anak ini sekitar RM600 sebulan. Dan menurut kakak ni lagi abangnya itu tidak membenarkan anak-anaknya tinggal dengan ibu mereka di sebuah negeri di Selatan tanahair atas dasar 'ego'.

Anak sulung kakak ni telah berkahwin dua tahun lepas dan rumah tangganya sekarang sedang berantakan, dengan statement dari kakak ni mengenai rumahtangga anak sulungnya itu ialah, "entah apo lah nak jadi tu... Tak taulah!". Anak keduanya telah habis sekolah dan bekerja di sebuah Car Wash.

Saya sangat kasihan bila meneliti borang permohonan kakak ni yang disertai dengan bil utiliti rumahnya. Bil TNB (letrik) nya berjumlah RM1200 dan telah dipotong sejak sebulan yang lalu. Bila saya tanya , "habih, kakak pakai lilin lah sekarang ni?". "Terpakso lah.. nak buek macamano...." jawab kakak ni.  Manakala bil SAINS (air) berjumlah RM520. Tetapi telah dibayar oleh seseorang yang kakak ni sendiri tak tahu siapa. Alhamdlillah, masih ada yang prihatin.

Saya maklumkan kepada kakak ni bahawa saya hanya boleh menyokong, dan keputusan samada berjaya atau tidak bantuan tersebut terpulang kepada pihak atasan badan kebajikan tersebut. Kakak ni mengangguk tanda faham.

Sedikit nasihat saya kepada kakak ni, sepatutnya apa yang berlaku dalam hal keadaan seperti ini ialah kedua dua anak lelakinya membantu kehidupan ibunya yang membelai, menjaganya semasa kecil. Apa yang berlaku sekarang ialah anaknya masih bergantung hidup dengan ibunya.... anak lelaki... kalau anak perempuan mungkin tiada masalah. Tetapi siapa yang akan menasihat kedua dua anaknya untuk mengambil berat tentang ibunya? Andaikan, anaknya seorang yang susah menerima nasihat orang....andaikan anaknya seorang yang tidak tamakkan ilmu pengetahuan... andaikan anaknya seorang yang tidak melakukan solat dan andaikan beberapa perkara negatif lagi, apakah kesudahannya?

Begitu juga dengan abangnya yang meninggalkan tanggungjawab membela kelima lima anaknya dengan kakak ni. Pada hemat saya, kasih sayang mak saudara tidak akan sama seperti kasih sayang mak kandung. Saya nasihatkan kakak ni untuk nasihatkan abangnya. Kakak ni mengatakan bahawa abangnya seorang yang ego dan degil. "Maleh la akak cakap dengan dio" rungut kakak ni. Seandainya hal ini berterusan sangat banyak perkara negatif yang akan berlaku tambahan anak sulung abangnya itu perempuan, dan telah berhenti sekolah sejak tingkatan 4 tinggal pulak sebumbung dengan sepupu lelaki. Anak sulung kebiasaannya menjadi contoh kepada adik beradik yang lain.... apa perasaan adik-adiknya melihat hal ini berlaku. Sudah tentu memberi kesan negatif kepada pelajaran dan kehidupan adik adiknya.

Agak agaknya, bahagia tak kehidupan kakak ni? Agak agaknya bahagia tak kehidupan abang kakak ni? Agak agaknya bahagia tak kehidupan anak anak kakak ni? Agak agaknya bahagia tak kehidupan anak anak saudara kakak ni?

Satu lagi kisah yang saya baru terbaca beberapa hari lepas ialah tentang gaji seorang CEO syarikat besar di Malaysia sebanyak RM425,000.00 sebulan. Perghhh.... sebulan sekali boleh beli kereta Honda City Kancil. (level saya hanya level kereta kancil sahaja) Hari ini pula saya terbaca, beliau sedang dalam proses mahkamah dengan salah seorang isterinya.

Satu lagi kisah ialah, tentang blog-blog yang canggih canggih... blog-blog yang kelassss gitu sering menceritakan kemewahan, kesenangan, kebahagiaan, kekayaan...... jarang sekali  yang menceritakan tentang kesusahan hidup... permasalahan kewangan... kegagalan perniagaan dan jauh samasekali perpecahan dan kemusnahan rumahtangga. Mereka bercerita tentang sarapan pagi di Kuala Lumpur, makan tengahari di New York, minum petang di Rio de Janeiro dan makan malam di Paris. Ada yang bercerita tentang shopping beg tangan yang harganya dua bulan gaji kita. Ada juga yang bercerita tentang hubungan percintaan yang tulus mulus dengan kekasih hati. Hebat sungguh si empunya blog...

Kesimpulannya, Allah Maha Adil..... mungkin kita tiada gaji RM425,000 sebulan.... Mungkin kita tidak mampu nak merantau ketempat orang.... atau mungkin kita tidak tergolong dalam orang susah yang makan kais pagi makan pagi... kais petang makan petang. Mungkin keluarga kita tidak terlibat dalam kancah masalah rumahtangga. Tetapi, inilah kita... macam ini... sebagaimana kita sekarang.

Bersyukur dengan nikmatnya. Apa yang berlaku mesti bersebab. Ada sebab kenapa Gaji si CEO tu RM425,000 sebulan. Siasat latar belakangnya, bagaimana dia berusaha... bagaimana dia belajar dan bagaimana dia mengambil peluang. Juga ada sebab kenapa si empunya blog-blog canggih dan blog-blog yang kelasss gitu bermewah mewah seperti yang ditulis dalam blognya , agak agaknya ada kebarangkalian tak, si empunya blog itu belajar sampai darjah enam? Mustahil!..... dan mesti ada sebabnya kenapa kakak ni dan keluarganya hidup susah macam apa yang saya cerita di atas. Kita samasekali tidak tahu apa yang tersimpan dalam lipatan sejarah silamnya.

Allah Maha Adil, kita tidak tahu apa yang berlaku di sebalik keseronokkan masing-masing. Hanya empunya diri yang tahu. Yang pasti, ada kesedihan dan kepayahan disebalik keseronokkan tersebut... 

Oleh itu kunci kejayaan from my point of view yang pertama ialah ILMU... dan yang kedua ialah SIJIL... hehehe... Belajarlah sampai dapek sijil walaupun sepuluh tahun. (kisah benar)


Gambar Hiasan


Persoalan yang belum terjawab: 
  • Agak agaknya, bahagiakah orang yang terpaksa menghabiskan duit bonus hujung tahun bukan banyak pun RM500 je untuk membayar saman trafik tertunggak? 
  • Agak agaknya, bahagiakah orang yang telah men'speedtrap'kan kita semasa kita menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga memandu kereta? 
  • Agak agaknya, bahagiakah orang yang mem'blacklist'kan road tax renewal kereta kita bila kita tidak ada duit untuk membayarnya kerana kita hendak pergi jalan jalan makan angin bersama keluarga di Cameron Highland? hahaha.... Mano nak cari duit ni??

Sunday, November 14, 2010

ZUL DAN HIJJAH DATANG LAGI

 Sumber Gambar dari http://artmelayu.blogspot.com/
Menarik juga tajuk yang dikhutbahkan pada minggu lepas iaitu kelebihan bulan Zulhijjah. Majoriti kita agak kurang maklumat tentang kelebihan bulan Zulhijjah ini. Rata-rata kita hanya cenderung kepada kelebihan bulan Ramadhan sebab hendak menyambut hari raya AidilFitri dan kelebihan Syawal kerana sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sedikit selingan tentang khutbah Jumaat minggu lepas... memandangkan ramai follower blog ni perempuan maka for sure lah mereka tidak berkesempatan untuk ke masjid.

Kejap nak tanya sikit....?
Kenapa orang perempuan di Malaysia tidak pergi ke masjid bersolat Jumaat? Apa salahnya pergi... bukan susah pun. Saja je, alasan!

Walaubagaimanapun, orang perempuan memang boleh pergi ke masjid bersolat Jumaat akan tetapi keadaan di Malaysia menyukarkan orang perempuan sebenarnya. Kebanyakkan masjid di Malaysia tidak menyediakan ruang untuk orang perempuan bersembahyang Jumaat kerana kebiasaan sejak dahulu kala.

Cuba Tuan Puan ambil contoh di Mekah dan Madinah sekarang, pada hari Jumaat kelihatan para jemaah Haji atau jemaah Umrah yang perempuan berbondong-bondong bersolat Jumaat sama ada rakyat Malaysia atau sebaliknya.Sampaikan kami lelaki yang hukumnya wajib menunaikan Fardhu Jumaat ini pun terpaksa bersilat kuntau dan berkungfu untuk mencari ruang ruang solat. Apa bezanya solat Jumaat di Mekah dan Madinah dengan di Malaysia? Kalau nak diikutkan solat Jumaat di Malaysia ada serba sedikit wasiat dan nasihat yang difahami oleh makmum berbanding solat Jumaat di Tanah Arab itu yang seratus peratus memberi peringatan dalam bahasa yang Arab yang tidak difahami oleh keseluruhan Jemaah yang hadir. 

So next time kena la pergi. Kalau tinggal di kawasan pedalaman memang jangan mimpilah nak pergi solat Jumaat, tetapi kalau tinggal di area bandar yang ada masjid masjid besar kadang-kadang ada ruang solat untuk wanita yang tidak digunakan oleh jemaah lelaki. Anyway, di Seremban memang belum ada lagi tempat solat Jumaat untuk perempuan..... so nanti jangan tanya saya pulak kenapa tak ada. hehehe...

Untuk mencapai kelebihan pada bulan ini (Zulhijjah) maka umat Islam di anjurkan pelbagai amalan antaranya,
  • Pertama: Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan, 
  • Kedua: Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuan terutamanya pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah. Sabda Rasulullah SAW: bermaksud : “Puasa pada hari arafah ini aku mengira Allah SWT akan mengampunkan dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.” (Riwayat Muslim)
  • Ketiga: Memperbanyakkan takbir dan berzikir. Imam al-Bukhari RA meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah RA selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai dengan lafaz “Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu”.
  • Keempat: Bertaubat dengan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. 
  • Kelima:Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. 
  • Keenam: Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, disunatkan bertakbir bermula dari waktu subuh hari raya dan berakhir sehingga waktu Asar pada hari 13 Zulhijjah. 
  • Ketujuh: Disyari’atkan amalan korban iaitu menyembelih haiwan ternakan pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah amalan nabi Allah Ibrahim ‘AS setelah Allah SWT mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘AS tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih. 
Dalam Khutbah tersebut Khatib menekankan kepada hadirin supaya berpuasa pada hari Arafah (Selasa: 16 November 2010) kerana hari tersebut adalah hari yang digalakkan berpuasa.Hukumnya SUNAT! So sama samalah kita berpuasa hari Selasa ni nanti OK. Suruh buat korban kambing atau lembu macam-macam alasan yang diberi.... duit tak ada, gaji belum masuk, nak korban tahun depan, orang sebelah rumah dah buat korban... dan macam macam alasan lagi, Bukan banyak sangat pun, biasanya satu bahagian cuma RM350 ke RM400 lebih kurang....Kambing pun dalam lingkungan RM 500 ke RM800 bergantung kepada saiz... Bilan tanya kenapa, seribu satu alasan dia bagi. ......takkan suruh puasa sunat pun susah sangat.
Selamat Menyambut Hari Raya AIdil Adha..

*saya sendiri ada korban ke tak tahun ini? Nak muhasabah diri jugak ni.

Friday, November 12, 2010

BUNUH ANAK, BUNUH IBU!

Saya dah tak boleh tahan lagi dah. Kenapa mereka menggangu hidup saya? Mereka mengganggu tidur saya... mereka mengganggu siang saya. BANGSAT! Mereka tidak berhati perut. Apakah mereka tidak diajar oleh keturunan datuk nenek moyang mereka tentang adab-adab dan etika ketika bersama manusia lain? Saya telah buat keputusan untuk membunuh mereka. Ya! akan saya musnahkan kesemuanya. Mereka yang mencari pasal dengan saya. Jangan ingat saya akan bertolak ansur dengan mereka... Ahhhh! Tiada Maaf Bagi mu.

Hari Rabu lepas saya berjaya melaksanakan operasi besar-besaran. Saya dapat membunuh separuh dari mereka semua. Empat jumlahnya.... tak percaya? Tengok .... Tapi saya pasti saya ada ternampak si ibu meninjau ninjau keadaan dan situasi operasi. Yang amat musykil ialah saya tak dapat bunuh si ibunya sekali. Hilang ghaib entah kemana...Tak pe... nanti lah kau! ibu tikus...


Hari Khamis sebelah malam ketika saya sedang memadu kasih asmara dengan isteri melalui talipon (di selang seli dengan budak-budak bertanyakan soalan yang sama "Äyah dekat mana?""Ayah buat apa?".... maklumlah, saya di sini... isteri disana) kedengaran bunyi sok..sek..sok..sek.. dari bawah almari. Siapa lah pulak yang menyelongkar almari malam malam ni? Habis berbual dengan isteri saya terus melancarkan operasi kecil kecilan.... yang paling penting pintu bilik pastikan ditutup supaya mereka tidak dapat keluar. Hah.... kali ini si ibunya pula yang berlari lari anak sekeliling bilik, bawah katil dan panjat langsir cuba melepaskan diri dari saya.... dengan berbekalkan belantan kecil (macam rotan sebesar ibu jari kaki) saya memburu dengan rakus dan ganas. Akhirnya dapat juga saya ketuk kepalanya. Saya ambil gambar dan hantar pada isteri dengan harapan dia tak lelap tidur.....Laa, rupanya dia dah tidur!  Saksikanlah.... nisbah duit syiling sepuluh sen.


Pagi Jumaat yang penuh berkat ini, sedang saya bersiap siap nak keluar pergi kerja... terdengar suara berdecit-decit dari bawah meja komputer. Saya pun sekali lagi cepat cepat tutup pintu nak buat operasi. Tapi tidak kesampaian kerana saya dapati ada anak tikus di bawah meja melekat pada gam perangkap. Padan muka kau!! Hahahahaha....  Sebelum ni jarang ada tikus yang terkena gam perangkap. Menurut mak saya, tikus-tikus di sini semuanya educated. Agaknya tikus ini dah yatim piatu, merayau tak tentu arah terus melekat pada gam perangkap. Cuba tengok muka tikus ni, comel tak?
Itulah cerita saya bunuh anak, bunuh ibu.... sesiapa ada tips nak hilangkan tikus dari dalam rumah boleh lah kongsi-kongsi. Nak bela kucing emak tak bagi.....~maklumla, anak emak~  kalau ada forward-forwardkan lah...

Friday, October 29, 2010

HARIMAU MENANGIS DALAM HUTAN

Letih! Tired! !متعب
Selama tiga hari saya outstation kerana dilantik menjadi juri pertandingan masjid contoh peringkat negeri. 1st day saya ke Jelebu, Seremban dan Port Dickson. 2nd day saya ke Kuala Pilah dan Jempol. Hari ini saya ke Gemas dan Rembau.... memang letih tetapi seronok. Semenjak transfer ke Seremban agak kerap juga di panggil untuk khidmat khidmat sebegini. Ini kali kedua saya dilantik jadi Juri dalam tahun ini. Hari tu jadi juri Innovation, Invention and Design (IID) UiTM Johor 2010. Sodap jugak jadik juri nih.... hehehe

Anyway, cerita hari ini berkisar tentang perbualan saya dengan ayahanda dan bonda tersayang semasa makan malam sebentar tadi. Saya teringat tentang seorang sahabat saya yang bertanyakan tentang maklumat berkenaan Allahyarham datuk saya. "Hishhh! mano la den tau, den bolum lahir laie maso tu" ... itulah jawapan saya. Maklumat yang simple simple adalah sesikit. Nama Allahyarham datuk saya ialah Tuan Haji Zakaria bin Muhammad Kari yang meninggal pada tahun 1953. Saya sebagai cucunya memang ketandusan maklumat tentang Allahyarham. Bila saya buat carian di Internet beberapa tahun lalu saya menemui laman Web diatas. Orang lain pula yang banyak maklumat tentang Atuk kita. Time meratah lauk selepas makan saja-saja saya tanya emak tentang arwah Atuk. Menurut emak, pada masa arwah Atuk saya meninggal dia baru berusia sekitar 9 tahun dan berada dalam darjah tiga. Emak sendiri mengakui bahawa dia sendiri kurang maklumat tentang Arwah Atuk. Menurut emak, apa yang dia ingat dengan jelas ialah ketika arwah Atuk sakit (sebelum meninggal) emak juga diserang demam. So, emak pun terlantar jugalah pada masa itu. Betul juga, kita sendiri semasa berusia 9 tahun apalah sangat yang kita ingat....kena pula masa tu demam.

Perbualan kami berlarutan, menurut emak lagi arwah Atuk akan meninggalkan duit di bawah tilam tidurnya. Setiap kali emak hendak ke sekolah, emak akan ambil duit dari bawah tilam tersebut. Kehidupan di samping arwah Atuk memang 'mewah' pada masa itu. Bukan kaya raya kata ayah, ayah bagi contoh..... "kalau ado orang kampung dapek buah nangko nekmoyangkan cantik isik eee... sebolah nangko tu akan diboghi pado arwah Atuk. Macamtu jugak kalau ado membughu landak ko, kijang ko... maka akan diboghi sikit pado arwah atuk". Itu sebabnya emak mewah dari segi makanan terutama buah buahan. Macam macam jenis makanan yang dihantar kerumah mak. Saya maklum akan title arwah atuk sebagai Guru Agama di kampung... jadi memang ada banyak nama yang ayah saya sebut (belajar/berguru dengan arwah Atuk saya) tetapi saya tidak kenal orangnya.

Ayah pun ada cerita tentang arwah Atuk, ketika ayah masih kecil (kampung ayah bersebelahan dengan kampung emak) arwah atuk sering melintas di hadapan rumah ayah untuk berziarah kerumah sahabat baiknya di seberang sawah belakang rumah ayah. Apa yang mencuit hati ialah, kalau ayah nampak arwah Atuk melintas dihadapan rumahnya.... dia akan memberi salam kepada arwah Atuk. Arwah Atuk akan menjawab salam ayah. Tetapi bukan sekali malah berrrrrrrrrrrkali kali, kata ayah. Sampai arwah atuk hilang dari pandangan. Tambah ayah lagi, arwah mak ayah (nenek sebelah ayah) akan menyorok di sebalik dapur ketika ayah memberi salam berkali kali kepada arwah Atuk. Emak ayah saya cakap pada ayah bila arwah Atuk dah tak kelihatan lagi, "Kau dibaeh ee kek org tuo dengan tungkek e kang"...  Arwah Atuk seorang Guru agama jadi, setiap salam ayah akan dijawab olehnya. Ayah kata, "maso tu budak budak laie .. apo nak takut"

Orang dari kampung kampung berdekatan sangat hormat kepada arwah Atuk, sampaikan menurut ayah... setiap kali orang naik basikal berselisih dengan arwah Atuk, orang tersebut akan turun dari basikalnya dan berjalan melewati arwah Atuk sambil menyeret basikal. Bila dah jauh barulah mereka naik basikal semula.

Ketika ditanya tentang tarikh sebenar arwah Atuk meninggal, emak suruh saya pergi cari coretan arang di bawah sebelah rumah arwah Atuk (rumah arwah Maklong saya). Nantilah, kalau saya ada masa saya pergi tengok. Memang ada niat nak pergi kesana untuk melihat lihat koleksi buku-buku kepunyaan arwah Atuk dirumah tersebut. ............Masa bila harimau menangis ni?

Cerita di atas berlaku ketika ayah belum berkahwin dengan emak. Bila mereka sudah berkahwin dan bertahun tahun pula telah berlalu, adalah seorang hamba Allah datang berjumpa ayah dan bercerita kepada ayah bahawa ketika arwah Atuk meninggal dunia orang kampung heboh bercerita tentang 'suara harimau menangis' dapat didengar dari dalam hutan bersebelahan kampung. Ayah menafikan bahawa tiada bunyi yang dia dengar semasa Atuk meninggal. Entah! Terlalu banyak keberangkalian yang boleh difikirkan sebenarnya... apa pendapat anda?

Allahumma Ya Allah Ya Tuhan kami, Ampunilah dosa-dosa kami, dan dosa-dosa kedua ibu bapa kami dan kurniakanlah rahmat sebagaimana mereka membelai kami semasa kami masih kecil, kepada sekelian orang-orang islam lelaki dan perempuan, orang-orang beriman lelaki dan perempuan, orang-orang yang menjadi asal-usul kami (datuk nenek kami) , dan orang-orang yang berasal dari kami (anak cucu cicit kami) sama ada yang masih hidup atau yang telah mati. Dengan rahmatMu Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

GLOSSARI-->
  •    MEMBAEH       = MEMBALING
  •    TUNGKEK        = TONGKAT
  •    NEKMOYANG = TERSANGAT
  •    DIBOGHI           = DIBERI
  •    MEMBUGHU     = MEMBURU

Sunday, October 24, 2010

KATAKAN 'TIDAK' PADA KAD KREDIT. (SAY NO TO CREDIT CARDS)

Bank mana pula yang dah upah saya untuk mengatakan 'tidak' pada kad kredit? Bulan september adalah bulan terakhir saya membayar ansuran kad hutang saya. Buat masa sekarang saya masih lagi menunggu surat pengesahan hutang dah clear dari bank berkenaan.

Tiga empat tahun lalu memang kad hutang saya ada banyak juga. Hakikatnya duit bukan ada pun. Sekali dapat guna kad hutang.... memang senang nak apply kad hutang lain dari bank yang berlainan pula. Antara yang paling banyak nilai hutangnya ialah kad CITIBANK. Berjanggut nak tunggu langsai, anyway atas nasihat dan konsultansi seorang pakar ekonomi Puan Isteri, saya dengan kerjasama dia (puan Isteri) telah menterminate kesemua kad hutang yang ada. Terakhir kad hutang CIMB Bank.

Hidup lebih selesa tanpa kad hutang. Hati kecil saya masih mahu menggunakkan kad hutang ini tetapi Puan Isteri meremindkan buruk baiknya....... actually bagi saya (yang pendapatan tidak seberapa ni) banyak buruk dari yang baiknya. Kebaikan, Semasa ketiadaan wang tunai saya mampu berjalan dengan penuh gaya tanpa perlu risau tentang kos minyak petrol dan makan minum (di tempat terpilih; pizza hut, KFC dll) Rasanya hanya itulah satu-satunya kebaikan kad hutang kepada saya. Sekiranya, hendak dilistkan keburukan kad hutang maka saya memerlukan beberapa Gigabyte untuk menyenaraikan kesemuanya dalam blog ini. I'm happy with my life now, without any credit card... hahaha! Hutang pun hanya hutang rumah dan kereta. Oopss! ada pulak hutang lapuk tersenarai.... contohnya hutang TM di premis lama di Tampin sekitar tujuh tahun lepas. Ada jugalah sesikit hutang lain yang hanya saya dan puan Isteri sahaja yang tahu..

Nasihat saya kepada pengguna kad hutang....Berwaspada berkredit card! Masa swipe memang seronok. Tapi masa bayar kita sendiri akan mencari alasan untuk tidak membayar hutang sepenuhnya. Been there, done that! Pengalaman saya, berjanji dengan diri sendiri ,"Kad kredit ini hanya untuk kos minyak petrol" tetapi akhirnya semua saya swipe.... kalau tak percaya tanya puan penasihat saya. Nasib baik belum tersenarai dalam bankrapsi lagi....

Mungkin kalau gaji saya dah 2 juta ringgit sebulan nanti saya akan mula menggunakan kad hutang semula agaknya.

Thursday, October 14, 2010

Kereta Mayat: Upah Haji?

Kereta Mayat: Upah Haji?: "(Lagu latar entry ini: Panggilan Haji, Telah Tiba lagi, Menunaikan Ibadah, Panggilan Baitullah,Tanah Suci Mekah, Ya Makkatulmukarromah..) L..."

1HALAL 1 MALAYSIA

Hanan, Zahra, Umar, Amru dan Maknya..... Ayah tak dapat ke Segamat minggu ini. Ayah terpaksa bertugas sebagai Urus Setia dalam program anjuran JAKIM dan Kerajaan Negeri di Kompleks Belia Paroi, Seremban. Ceh... macam lah jauh sangat dan macamlah dah lama sangat tak jumpa famili.


Minggu ini jadual agak ketat kerana Kempen 1Malaysia 1Halal akan diadakan di sini. JHEAINS sebagai tuan rumah bersama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain akan berkampung di Kompleks Belia Paroi selama 3 hari untuk bersama sama menjayakan program tersebut. Saya ditugaskan mengiringi para VIP yang datang sepanjang 3 hari program diadakan. Jadual tugas telahpun dibahagi bahagikan.


 Sedikit tentang program ini saya petik dari laman web JAKIM;
Objektif utama 1Malaysia 1Halal bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan keperihatinan para pengguna terhadap logo halal Malaysia serta memberi maklumat kepada para pengguna supaya membeli barangan yang mempunyai logo halal Malaysia sahaja. Kempen ini juga merupakan satu platform bagi pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) terutama bumiputera untuk memperkenalkan produk yang bermutu dan halal.

Sebanyak 64 syarikat pengeluar produk halal dan 8 agensi kerajaan telah mengambil bahagian pada kempen tersebut. Di samping itu juga, pelbagai acara menarik diadakan. Antaranya kempen menderma darah dan pemeriksaan kesihatan percuma oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, pameran dan jualan produk / perkhidmatan oleh usahawan, pertandingan melukis, mewarna dan dekorasi kek, demontrasi dan tips masakan Halalan Toyyiban, Pertandingan Busana Muslim, Pertandingan Usahawan Halal Negeri Terbaik, Forum Perdana Hal Ehwal Islam, Seminar Halalan Toyyiban, Persembahan Nasyid dan banyak lagi.

Pada hari Ahad pula saya ditugaskan memimpin bacaan doa dalam perasmian penutup yang dihadiri oleh KP JAKIM dan Y.A.B Menteri Besar Negeri Sembilan. Bak kata isteri saya, "Penuh lah SKT abang tahun ini..."  Nampak gayanya macam tu lah yang.......

Hari Selasa ada Program Mesra Rakyat bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan bersama dengan Biro Pengaduan Awam. Program penting dan besar juga rasanya kerana kami diarahkan datang untuk 'rehearsal' pada petang Isnin. Yang pasti, susah saya nak mengekalkan 'low profile' saya semenjak bertugas di Seremban ini. Apa apa pun Shukur Alhamdulillah kerana Allah memberi saya segala peluang dan pengalaman yang tidak ternilai dengan wang ringgit ini.

Kita jupa minggu depan sahaja wahai familiku tersayang....................... "lambatnya nak hari Jumaat"

Saturday, October 9, 2010

DOA DAN TAZKIRAH

 Macam macam program yang diadakan oleh Jabatan dan S.U.K. Minggu lepas saya telah memenuhi undangan memimpin bacaan doa dalam empat program Jabatan dan satu Program peringkat negeri. Memimpin bacaan doa adalah suatu tanggungjawab yang 'enteng' bagi saya sekarang. Ketika mula-mula menjawat jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam dulu, memimpin bacaan doa adalah mimpi ngeri bagi saya, tetapi setelah berkecimpung dalam bidang ini beberapa tahun ianya menjadi sangat mudah... Alhamdulillah! Sedikit 'tips' yang penting bagi pemimpin bacaan doa majlis rasmi/separuh rasmi kerajaan ialah:
  1. Persediaan teks doa. -perlu diteliti apa jenis program, siapa tetamu VIP?- 
  2. Ada maklumat terperinci tentang tentatif program -sangat penting untuk mengetahui bila (giliran) dan di mana lokasi- 
  3. Datang awal ke lokasi sekurang kurangnya 30 minit -melapor diri kepada urus setia-
Teks doa sangat mudah diperolehi. Kita hanya perlu membuka laman web JAKIM untuk mendapatkan doa-doa yang biasa dibaca bagi yang kurang pengetahuan mengarang. Disana juga disertakan sekali etika membaca doa-doa rasmi kerajaan.

Memang saya tidak rasa cemas apabila diarahkan memimpin bacaan doa, tetapi Jumaat minggu lepas saya diarahkan oleh KPP saya untuk memberikan Tazkirah sempena perhimpunan bulanan Jabatan kami. Saya diperangkap oleh 'CC' yang menalipon saya dengan soalan pertama berbunyi "Ustaz ada program atau tidak pada 8.10.2010?" Saya menjawab dengan selamba, "Tak!" Kemudian dia terus meminta saya memberikan Tazkirah pada hari tersebut. Masalahnya bukan saya tak pernah bercakap dihadapan orang ramai sebelum ini, tetapi kali ini audien Tazkirah saya sudah tentunya Pengarah Jabatan saya, Ketua-ketua Penolong Pengarah saya dan yang pastinya rakan sejawat saya yang lain yang lagi banyak ilmu daripada saya.

Saya terima juga arahan tersebut dan yang penting ialah buat persediaan rapi.... dipendekkan cerita, persediaan yang saya buat ialah untuk tazkirah selama 30 minit ke 45 minit tetapi beberapa detik sebelum saya dipersilakan oleh pengerusi majlis pada pagi itu ada seorang pegawai dari bahagian khidmat dan pengurusan memperingatkan saya tentang apa yang berlaku dalam sessi perhimpunan bulanan yang lepas di mana pemberi tazkirah terlajak bertazkirah sehingga 45 minit. Menariknya, atas keterlewatan pemberi tazkirah itu berhenti dari tazkirahnya dia telah menjadi 'point' untuk pengarah menyampaikan teguran dan taklimat taklimat yang pedas kepada staf-staf yang berhimpun katanya.

Saya terus menukar strategi dan terus menukar tajuk tazkirah saya. Saya cuma membacakan sepotong Hadis tentang SEBARKAN SALAM SESAMA KAMU. Saya huraikan serba sedikit sekali dengan maksud hadis beserta dengan dua tiga contoh. Tidak ketinggalan juga 'lawak-lawak' senario yang saya teringat (untuk kesan bunyi hikhikhiks di pagi yang kebanyakkan staf masih mengantuk). Alhamdulillah semua berjalan lancar dan saya tidak dijadikan bahan teguran oleh Pengarah dalam ucapannya. Menurut beberapa orang saksi, saya berdiri dihadapan selama sebelas minit. Padanlah tazkirah memang lah lebih kurang selama itu. Kalau ceramah barulah sejam. Kesimpulannya, kita kena banyak membaca dan mendengar orang bercakap.... baru lah kita pula boleh bercakap. Bila ada modal dia akan 'automatically' datang sebagai point untuk bercakap. Jadi banyakkanlah membaca..... (pesanan untuk diri sendiri)

Tuesday, October 5, 2010

PEPERIKSAAN DAN KURSUS

Selepas graduasi, saya tidak menyangka akan menempuh peperiksaan lagi. Kebanyakkan peperiksaan yang saya pernah hadapi boleh dibilang dengan jari saya berada dalam keadaan yang 100%  bersedia. Mengulangkaji pelajaran atau dengan kata lainnya 'membaca' adalah satu episod hidup yang kurang saya minati. Mungkin itu sebabnya saya kurang mendapat keputusan yang 'flying colours'. Semua keputusan peperiksaan saya cuma sekadar lulus sahaja.  Apapun, saya tak mahu orang orang yang saya sayang mengulangi kesilapan yang saya lakukan.

Apa yang saya hendak kongsikan ialah bila saya sudah berkhidmat dengan kerajaan Malaysia ini, saya masih lagi terpaksa melalui peperiksaan demi peperiksaan. Terbaru, saya menduduki peperiksaan undang-undang dan perkhidmatan kerajaan bahagian 1 dan 2 yang agak rumit. 'Open book test' tetapi masih lagi dalam kategori susah kerana kita mesti membaca setidak tidaknya sekali lalu. Dengan masa yang terhad, buku yang tebal tebal saya harungi juga peperiksaan tersebut. Tips kepada yang bakal mengambil peperiksaan perkhidmatan kerjaan .... cari soalan yang lepas lepas dan buat ulangkaji. Boleh dikatakan soalan yang keluar baru baru ini ialah soalan soalan tahun yang lepas cuma ditukar nama sahaja. Kalau tahun lepas Ali yang ambil rasuah, tahun ini ditukar nama kepada Raju... Saya? Boleh la jawab tapi tunggu sahaja resultnya tak lama lagi.

Awal tahun 2010, saya menduduki peperiksaan Perkhidmatan dan Undang undang kerajaan bahagian 3 dan 4. Alhamdulillah, lulus dengan jayanya. Kemudian pada  bulan Julai saya menghadiri kursus dan peperiksaan Induksi Umum dan Alhamdulillah juga lulus dengan jayanya. Mudah mudahan peperiksaan terbaru ini akan mendapat keputusan baik juga. Selepas itu mungkin ada lagi PTK dan lain lain.

Walaupun sudah bekerja, peperiksaan masih lagi menjadi satu perkara yang menambahkan stress dalam minda dan fizikal. Robbana Yusahhil.........

Monday, July 12, 2010

KURSUS INDUKSI

Hadoiiii... Sakit tangan...............................!
Saya mengalami kesakitan di bahagian tangan saya. Minggu lepas saya mengalami sakit pinggang di sebabkan aktiviti mengecat rumah yang dilakukan secara solo. Kali ini saya mengalami sakit sakit tangan disebabkan aktiviti bermain bola tampar di Kampus Intan P.J. Sudah agak lama saya tidak melakukan aktiviti sebegini. Seronok..... Ramai teman-teman baru dari pelbagai Jabatan Kerajaan seluruh Malaysia. Bola Tampar bukanlah permainan kegemaran saya tapi memandangkan di sini tidak banyak pilihan maka saya sertai juga. Skil bukan elemen terpenting...yang paling penting ialah keluar peluh. Maka natijahnya kedua belah tangan saya birat kemerah merahan kerana ketiadaan skil memukul bola tampar.

Hari ini baru 12 Julai 2010, saya akan berada di sini sehingga 22 Julai 2010 akan datang. Lama lagi... Hari ini kami (121 orang peserta kursus) telah diberi taklimat/ceramah tentang komunikasi, psikologi dan kepimpinan. Menarik..... kerana banyak benda baru yang telah didedahkan kepada kami. Antara yang kesimpulan yang dapat saya ambil ialah, manusia adalah kejadian yang unik... jadi cara seorang pemimpin menangani anak buahnya adalah berbeza beza mengikut tingkatan dari segi pengetahuan, pengalaman dan personaliti yang berbeza beza. Juga penceramah menyarankan kami agar mengasah kemahiran dalam satu bidang tertentu untuk dikuasai....

Kursus... kursus! Rumah baru di Seremban belum selesai cat lagi.. Entah bila selesainya? Saya akan menjadi pelajar yang berdedikasi untuk tempoh dua minggu lagi kerana terpaksa masuk kelas, menelaah buku yang tebal tebal dan akhir sekali memasuki dewan peperiksaan .... Boleh lagi ke mengingat dengan baik dalam keadaan isteri serta anak-anak tersayang nunnnnnnnnnnnn jauh dimato!!

Ya Allah Ya Tuhanku permudahkanlah segala urusanku, Aminn!

Friday, July 2, 2010

RUMAH






Aduhh... Sakit pinggang!
Saya sedang sibuk mengecat 'rumah baru' kami di Taman Seremban Jaya. Hampir seminggu saya telah berhempas pulas menghabiskan masa di sana. Seingat saya setiap ada masa terluang saya akan berada di Seremban Jaya cuba untuk me'warnai' sebuah rumah yang ter'áccidentally bought'.... Pun begitu rumah tersebut masih di peringkat awal proses menukar warna. Susah rupanya bekerja seorang diri sebagai buruh kasar, baru saya tau.
Catatan saya kali ini bukanlah berkisar tentang cat atau tentang buruh kasar. Tetapi lebih kepada tajuk 'rumah'. Saya cuba untuk 'flashback' kembali rumah atau lebih tepat tempat tinggal yang pernah saya duduki.. setelah empat dekad berkelana di bumi Allah ini. Saya meluaskan skop rumah sebagai tempat tinggal untuk memberi laluan kepada tempat yang kita panggil asrama. Secara kasar memang banyak kali rasanya saya telah berpindah randah.
Saya dilahirkan di satu tempat 'Jelebu' di Negeri Sembilan. Siapa tak kenal Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim? Beliau berasal dari Daerah kelahiran saya itu. Rumah yang mula mula saya duduki ialah sebuah rumah yang terletak di kawasan perumahan rakyat di Petaling, Jelebu. Lebih kurang dua Kilometer dari ibu daerah Jelebu iaitu Kuala Klawang. Zaman kanak kanak saya bermula di situ. Ramai kawan kawan dari kawasan perumahan sama dan juga sekolah rendah yang saya kenali. Teman baik merangkap mentor saya, dua orang (jiran paling hampir) iaitu Ajai dan Zizi. Rumah yang saya duduki ini lebihkurang seperti rumah kos rendah... selesa dan simple. Ada dua bilik dan satu bilik air. Apabila adik beradik dah ramai, ayah telah menabah satu lagi bilik di bahagian belakang menjadikannya 3 bilik. Dulu semasa saya kanak kanak saya merasakan segala benda yang ada dalam rumah itu besar dan tinggi. Berbelas tahun lepas saya pernah kesana buat pertama kali selepas lebihkurang dua puluh tahun, saya dapati semuanya rendah (mudah dicapai) dan kecil sahaja ukurannya. Mungkin itu petanda saya ini sudah tua.
Mencecah umur 13 tahun saya telah berpindah ke rumah baru iaitu Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Seremban (sekarang lebih dikenali sebagai SMKA SHAMS) Lagi ramai kawan disini dan lagi banyak perkara saya belajar di asrama ini. Saya tidak pernah menyesal bersekolah di sini walaupun pada peringkat awalnya saya seperti dipaksa untuk masuk Sekolah Agama. Asrama Sekolah ini dikenali juga sebagai 'Ásrama Penuh Sesak'. Seingat saya semasa saya tinggal di sana, saya berkongsi satu dorm bersama 28 orang pelajar. Bayangkan lah! Saya pernah tinggal di bilik 7, bilik 6 dan terakhir bilik 3. Nama yang paling sinonim dengan asrama ini ialah 'Babuk'. Sesiapa yang tinggal di asrama ini pada tahun 80an pasti ingat dengan warden yang garang tapi baik hati. Kawan kawan? Ramai sangat.... Ucup, Usek, Bongek, Sek Sek, Takyun, Dolah tepok, Badrul, Bucuk, Kinik, Tuek dan ramai lagi sebenarnya. Masing masing ada nama gelaran yang tersendiri.

Saya meninggalkan SMKA SHMS selepas SPM pada tahu 1987. Dari situ saya bersekolah pula di Madrasah Nahdzah, Bukit Besar, Kota Sarang Semut, Kedah. Di sini saya belajar selama dua tahun setengah. Pengajian di sini berkonsepkan 'pondok'. Ketika saya di sana masih banyak pondok-pondok pelajar di sekitar Madrasah. Sekarang, dari apa yang telah diberitahu kepada saya.... Madrasah Nadzah telah diambil alih oleh kerajaan persekutuan dan dikenali dengan nama baru, Sekolah Menengah Agama Nahdzah. Ketika saya mula-mula menjejakkan kaki ke Kota Sarang Semut saya dipelawa untuk tinggal di rumah Maklong Som di Kampung Teluk, kerana ada dua tiga rakan yang saya kenali menginap di situ. Tidak lama kemudia saya berpindah pula ke sebuah rumah berdekatan kepunyaan Paklong Sharip bersama Muzahar, Nuar, Supong, Tuek dan Syem. Kami tinggal dibahagian atas rumah sementara tuan rumah bersama cucunya tinggal di bahagian bawah. Seronok tapi agak terkongkong kerana tuan rumah suka ambil tahu hal kami. (habis? nak macam mana!?) Maklum lah, ketika itu saya dan rakan-rakan masih muda belia ... semua tindak tanduk tuan rumah pada kami adalah tidak kena pada tempatnya. Saya, Syem dan Nuar kemudian berpindah lagi kesebuah rumah di kawasan perumahan Pekan Kota Sarang Semut dan tinggal di sana bersama enam teman serumah (official housemate) akan tetapi rumah kami menjadi tumpuan rakan-rakan yang tinggal di Kampung Teluk dan juga pondok untuk melepak. Teman serumah saya yang resmi ialah Syem, Nuar, Ipin, Imbem dan Sapuan. Sewa rumah kalau tak sila saya pada masa itu ialah RM120 berbeza dengan sewa di Kampung Telok cuma RM30 satu kepala. Disinilah saya dan rakan belajar makan nasi kosong berkuahkan kicap dan minyak serta telur goreng ... cukup sadis tetapi itu semua tidak melemahkan semangat kami untuk mencapai cita cita kami melanjutkan pelajaran ke luar negara. Masa tu mana ada duit, saya sendiri mendapat kiriman wang dari keluarga lebihkurang RM50 sebulan. Alhamdulillah segalanya rintangan berjaya kami harungi dan berjaya melanjutkan pelajaran ke...... . Laa....pindah lagi!

Friday, June 25, 2010

............................... LICIN

Jumpa lagi... Berapa punya lama daaaaa! Walaubagaimana pun saya bukan yang paling teruk sebab ada blog yang tak update setahun lebih. (nak sedapkan hati)

Buat masa ini saya dalam proses menyiapkan 'rumah baru' kami di Seremban. Rumah tersebut telah lama ditinggalkan semenjak tahun 2005. Kini rumah tersebut telah siap untuk diduduki semula setelah saluran air dan bekalan elektrik disambung semula. Terkini 80% rumah tersebut dah dibaik pulih, hanya sedikit 'touch-up' sahaja lagi diperlukan. Menunggu si-Dia memilih warna untuk cat bahagian dalaman rumah. Tak tahulah sempat siap awal atau tidak. Saya akan berkursus untuk jangkamasa 2 minggu bermula 7 Julai akan datang.

Licin? Apa yang licin nya? Bulan Jun 2010 adalah bulan yang licin sebab 'kereta Kancil' yang saya gunakan beberapa bulan kebelakangan ini meragam. Pertamanya 'road-tax' dah tamat tempoh. Macamana nak tahu 'road-tax' dah tamat tempoh? ....tengoklah tarikh dekat situ. Keduanya, kereta telah mengeluarkan bermacam macam bunyi dari bahagian tayar sebelah kanan. 'Knucle'nya perlu ditukar. Macamana saya tahu? Saya bawa kereta tersebut kepada 'pomen' yang biasa saya kunjungi. Dia yang bagitahu.

Selepas dua tiga hari dua tiga bunyi lagi dikesan ketika saya berhenti membeli barang keperluan mengemas rumah baru. Yang paling ketara ialah bunyi menggelegak dari bahagian radiator. Alhamdulillah, sangkaan saya betul..... kipas radiator tidak berfungsi. Bila dengar bunyi menggelegak dari bahagian radiator, saya terus matikan enjin dan biarkan sejuk lebihkurang duapuluh minit dan pastikan ia telah benar benar turun tanpa membuka penutup 'radiator'.
(Membuka penutup 'radiator' ketika enjin sedang panas adalah satu kesalahan besar yang tidak boleh dimaafkan)

Tips:
Masalah pada radiator akan timbul apabila
1)Kipas tidak berfungsi
2)Air terlampau sedikit/tiada langsung disebabkan:
----Radiator bocor
----Air tak pernah diperiksa

Moral of the story, kalau kereta tu kereta lama dan 'mantainance' pun lebih kurang, biasakanlah periksa paras air pada radiator.

Seterusnya ada satu jenis bunyi lagi yang perlu diselesaikan. Bunyi itu datang dari bahagian tayar juga. Kali ini saya meminta pertolongan dari 'The Big Boss' untuk menghantar kereta tersebut kepada 'pomen' kerana saya perlu pulang ke Segamat untuk menunaikan rutin mingguan bertemu dengan keluarga tersayang. Menurut laporan 'The Big Boss' ada dua tiga barang yang perlu diganti. Pertamanya, 'drive shaft' dua set, keduanya... 'belting radiator & compressor' dan ketiganya 'bearing' tayar dua set kena ganti. Adoyaiiii.....

Akibatnya adalah dibawah,

Road Tax : RM250.00
Knucle dan upah : RM350.00
Kipas radiator : RM150.00
Bearing & belting : RM418.00
Jumlah : RM1168.00

Itulah jumlah yang telah melicinkan bulan Jun ini... Ada bahagian yang telah dibayar oleh 'The Big Boss' kerana saya tiada di Seremban. Walaumacamana pun kena jugak ganti. Mungkin konsep pembiayaan tanpa faedah akan dipraktikkan disini. Belum 'apply' lagi.... tapi rasa rasanya tak kena 'reject' insyallah. Begitu la adanya cerita tentang licin.

Tuesday, February 23, 2010

LELAKI LELAKI ITU

Dijamin Masuk Syurga

...Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang dijamin masuk syurga dan akan dilindungi Allah di saat tidak ada lagi pelindung selain Dia, iaitu:
a. Pemimpin yang adil.
b. Seorang pemuda yang hidupnya selalu beribadah kepada Allah.
c. Laki-laki yang hatinya terikat dengan masjid.
d. Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e. Seorang laki-laki yang apabila dirayu oleh wanita cantik, berkedudukan dan kaya, ia berkata: “Tidak ... saya takut kepada Allah.”
f. Laki-laki yang bersedekah dengan rahsia, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui yang dikeluarkan oleh tangan kanannya.
g. Laki-laki yang berzikir kepada Allah secara sembunyi, air matanya berlinang kerana takut kepada Allah.

Selamat bertemu kembali, kali ini saya ingin bercerita tentang beberapa lelaki yang saya telah saya temui dalam tempoh dua tiga bulan ini samada di tempat kerja atau di mana mana pun. Menariknya, mereka semua mempunyai rahsia dan kisah yang unik.

Saya mulakan dengan seorang lelaki tua dalam usia enam puluhan yang semenjak saya masuk bertugas di tempat kerja baru beliau sudah pun bermukim di situ. Ya... hidupnya di masjid.. makan, minum, tidur, mandi semuanya di masjid. Saya namakan dia pakcik A. Pakcik A berasal dari kelantan, telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak perempuan. Kedua dua anaknya ini telah pun berkeluarga. Dari apa yang pernah diceritakan kepada saya ialah Pakcik A telah dihalau dari rumahnya di ibukota semenjak lebihkurang sepuluh tahun lepas oleh anak anaknya sendiri. Menurut ceritanya, Pakcik A telah membelanjakan semua wang KWSP nya untuk anaknya membeli kereta. Mungkin Pakcik A mengharapkan dapat tinggal bersama keluarganya. Beliau pernah bekerja tetap satu masa dahulu.

Dalam tempoh sepuluh tahun beliau dihalau dari rumah, pernah juga pakcik A cuba untuk pulang. Tetapi amat malang rumah tersebut telahpun dijual dan keluarganya telah berpindah ke tempat yang tidak diketahui. Atas sebab itu Pakcik terus bermusafir ke merata tempat di Malaysia khususnya Masjid masjid. Akhirnya terdampar di tempat kerja saya semenjak dua tahun lalu. Pakcik A sudah tidak sihat lagi. Kalau sihat mungkin dia tidak akan terdampar di sini. Semenjak berada disini beliau telah diberi jalan oleh beberapa orang jemaah masjid agar memohon bantuan kewangan dari Baitul Mal Negeri. Alhamdulillah ada lah sedikit bantuan yang diperolehinya. Beliau juga dinasihatkan oleh orang tertentu agar tinggal di rumah orang orang tua yang berdekatan. Pakcik A menolak kerana tidak bebas katanya. Tetapi beliau berjanji akan pergi ke sana apabila kesihatannya kritikal. Lelaki tua ini.... tidak seperti lelaki lelaki lain yang bertandang ke Masjid. Beliau amat rajin menjadi penunggu setia masjid. Waktu subuh pakcik A akan memastikan semua lampu masjid terpasang. Ketika selesai solat beliau jugalah yang memastikan lampu dan kipas dipadamkankan.

Saya amat sayu apabila melihat salah seorang jemaah masjid yang tidak pernah 'miss' menghantar makan malam kepada pakcik A. Menurut jemaah ini dia akan makan apa yang saya makan, katanya merujuk kepada pakcik A. Saya amat kagum melihat kesungguhan jemaah ini walaupun pekerjaannya biasa sahaja. Saya sendiri tidak mampu melakukan apa yang jemaah ini buat...istiqamah.

Saya membuat andaian, Pakcik A mungkin pernah membuat kesilapan semasa mudanya. Mungkin kesilapan kepada anak anak... kepada isteri agaknya. Tetapi amat tidak wajar dia disisihkan begini. Pernah kisahnya ini ditulis dalam Harian Metro yang membawa kepada pertemuan dengan anak anaknya. Anak perempuannya datang ke Masjid untuk membawanya pulang. Setelah sepuluh tahun... dia dibawa pulang ke rumah anaknya. Namun hanya bertahan sehari sahaja. Dia membuat keputusan untuk tinggal di masjid. Apa yang berlaku menurut pakcik A, ketika makanan malam dihidangkan hanya dia seorang yang berada di meja makan. Menantu dan anak anaknya makan di tempat lain (dalam rumah)... seolah olah tak sudi makan semeja dengannya. Rupanya egonya masih ada lagi...mungkin itu yang membawanya ke Masjid semula. Apakah tiada sekelumit kasihan belas dari anak anaknya atau isterinya. Mungkin segala racun , segala keburukkan telah disuntik dalam darah anak anak dan menantunya sehinggakan mereka tergamak membiarkan ayah yang sudah di usia emas bergelandangan tanpa pembelaan dari kerabat terdekat (walaupun masih hidup). Yang nyata saya melihat Pakcik A seolah olah lebih selesa tidur di masjid di atas lantai berselimutkan kain pelikat dan berbantalkan beg pakaiannya.

Saya mempersetujui Pakcik A berada dalam kawasan masjid kerana dia pembersih orangnya. Dia juga tidak berat tangan membantu mana mana kerja yang ringan yang dia mampu buat. Dia juga ikut sama solat berjemaah setiap kali waktu sembahyang. Setiap kali saya terpandang Pakcik A, saya memperingatkan diri saya agar tidak mengabaikan tanggungjawab saya kepada keluarga. ....Saya tidak sekuat Pakcik A untuk hidup keseorangan di usia tua walaupun isteri dan anak anak masih ada.

Kepada pakcik A, teruskan kehidupan. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Mudah mudahan pakcik A tergolong dalam golongan 'laki laki yang hatinya terikat dengan masjid' dan medapat balasan yang setimpal iaitu syurga. Bagi kita yang masih ada ibu bapa, berbaktilah kepada mereka dengan penuh keikhlasan.

Seorang lagi lelaki yang juga bermastautin di tempat saya, saya namakan dia Pakcik B. Pakcik B, seorang yang yang bekerja tetap di sebuah agensi kerajaan. Pada mulanya saya ingat dia seorang yang bermasalah... samada masalah keluarga atau masalah mental. Setelah lama saling berbicara akhirnya saya dapat menyelami kehidupannya yang serba kekurangan. Beliau mengaku tidak sanggup untuk berulang dari rumahnya di sebuah daerah berjiran denga Seremban kerana kos pengangkutan yang agak mahal berbanding dengan gajinya yang kecil barangkali. Akhirnya membuat keputusan tinggal di masjid.

Mungkin kerana tuntutan membesarkan anak anak membuatkan dia sanggup mengorbankan keselesaan untuk berada di Masjid sepanjang hari hari bekerja. Hanya sabtu dan ahad dia akan pulang untuk bersama keluarga dan anak anak. Inikah pengorbanan? Alhamdulilah saya masih lagi bernasib baik...walaupun nasib saya hampir sama dengan pakcik B (berulang alik bertemu keluarga seminggu sekali), saya masih ada tempat tinggal selesa... pekerjaan yang agak baik. Segala puji pujian bagi Allah Tuhan seluruh Alam. Walaupun pakcik B kurang memberi kerjasama kepada kami, tapi masih lagi tidak mendatangkan masalah besar kepada kami di Masjid. Tapi sampai bila golongan golongan ini akan berada disini..? Hakikatnya, dari satu sudut sijil akademik merupakan jalan keluar terbaik dan dari sudut yang lain Ilmu Pengetahuan kunci kebahagian hidup di duia dan akhirat.

Ayah pernah bercerita tentang kemasukkan saya ke Sekolah Agama. Ayah pernah bermasam muka dengan emak kerana emak bersungguh sungguh mahu saya bersekolah di sebuah Sekolah Sains (saya mendapat tawaran bersekolah di Sekolah Sains Muar selepas peperiksaan penilaian darjah lima). Ayah menggunakan kuasa Veto nya! Ayah berpendapat, memadailah kaklong dah masuk sekolah sains. Bersekolahlah saya di sebuah Sekolah Agama di sini. Saya bukan lah jenis orang yang pandai dan bersungguh sungguh dalam akademik, semua keputusan peperiksaan hanyalah sekadar cukup makan sahaja. Namun berkat doa kedua ibubapa akhirnya saya berjaya juga. Saya berjanji akan pastikan anak anak saya mendapat pendidikan yang terbaik.. lebih baik dari ayahnya... malah lebih baik dari emaknya (sebab, emaknya memang genius). Pendidikan, sijil dan ilmu pengetahuan bakal mencorakkan cara hidup kita dimasa hadapan. Perkara itulah yang saya tak sedar dan ambil mudah beberapa dekad dahulu. Zaman dahulu mana ada bimbingan kerjaya seperti sekarang... apa yang saya ingat ketika saya kecil (mengikut ayah bertemu kawan-kawan dan saudara) ayah akan selalu bercerita kepada kawan kawan dan saudara bahawa 'bangah' (saya) ini nanti nak belajar samapai masuk Universiti Al Azhar! Mungkin kerana selalu diulang ulang maka perkataan ayah itu telah menjadi doa. Saya sendiri tidak pasti bagaimana saya boleh tergerak sampai boleh masuk Universiti Al Azhar. Hanya ucapan terima kasih kepada ayah yang sentiasa mengulang ulang perkataan tersebut. Hasilnya... walaupun lambat, tetapi inilah saya sekarang. Kesedaran ibubapalah yang mencorakkan kehidupan kita semua. Mudah mudahan kesudahan yang baik bagi kedua duanya... InsyaAllah.

Lelaki ke tiga yang saya temui ketika berbual dengan seorang sahabat dalam masjid. Beliau datang dalam keadaan kelam kabut dengan pakaian kusut meminta dua ringgit untuk tambahan kepada duitnya yang ada dalam genggaman (beberapa keping duit seringgit) untuk tambang balik ke Kuala Pilah katanya. Saya bertanyakan soalan bonus kepadanya, "Dah smayang zohor ko bolum" dalam loghat Negeri Sembilan. Lelaki ini terus menjawab dengan gaya seorang pemidato, "Saya ada masalah mental... Hari ini tak boleh sembahyang. Allah Ta'ala lagi tahu. Saya stress. Kalam Allah diangkat harini. Saya dulu kerja dekat jabatan ini dulu.. bla ... bla... bla.." Tanya sepatah...dekat dua tiga minit kita kena ceramah. Sahabat saya menghulurkan dua ringgit sambil tersenyum. "Lain kali sembahyang mesti buat juga...mana ada istilah ~terangkat kalam~" katanya. Lelaki tersebut mengucapkan terima kasih sebelum berlalu. Sopan juga dia walaupun ada masalah mental.

Ketika saya turun dari masjid (hari yang sama) seorang pemuda berusia dua puluh lapan tahun.. menahan saya mengadu masih belum makan semenjak semalam. Saya mohon untuk melihat kad pengenalannya, (bukan senang nak lihat K.P orang lain.. mesti ada kad kuasa) memang dia berusia 28 tahun berasal dari Felda serting. bezanya dia dengan orang lain yang datang meminta minta... pemuda ini hanya berdiri di tangga masjid. Tak berminat untuk naik ke masjid. Yang menghairankan, dia sampai hati untuk datang ke masjid memohon bantuan semata mata... tapi bukan untuk sembahyang. (dalam keadaan waras) Saya kasihan.. (mungkin saya memang cepat merasa kasihan kepada orang lain) walaupun pemuda tersebut berbadan tegap dan sihat. Saya nasihatkan dia badan sihat tak layak minta minta dari orang. Ketika saya periksa dompetnya memang dia tiada wang... saya terjumpa gambar serang gadis. "Awek kau?" Saya tanya. "iyo bang" dia jawab. Saya hairan, orang macam ini pun ada. Ketika ditanya, macamana nak kahwin kalau masa tengah sihat ni pun asyik meminta minta dengan orang. Dia tunduk sahaja. Dia berjanji akan ganti semula dalam masa dua tiga hari yang saya tahu itu hanya janji manisnya. Hakikatnya... ini dah masuk seminggu. Bayang pun tak nampak.

Seterusnya seorang lelaki yang datang menemui saya di pejabat. Sekali pandang usia lelaki ini seperti sudah mencecah lima puluhan. Beliau mengadu kepada saya bahawa beliau hendak balik ke Kedah.. bla.. bla... blaa. Kemudian menunjukkan dadanya yang ada kesan pembedahan. Beliau juga menunjukkan kad pengenalannya, saya terperanjat kerana usianya baru tiga puluh empat tahun. Saya merasa simpati, berminat untuk menolongnya. Selepas solat fardu Zohor saya mengumumkan kepada para jemaah yang ada, "si Fulan berbaju biru dibelakang tuan tuan memerlukan sedikit wang untuk tambang balik ke Kedah". Maka dapatlah dikumpulkan sedikit wang anggaran lima puluh ringgit ke enam puluh ringgit agaknya (mungkin lebih).

Nak dijadikan cerita, setelah lelaki ini pergi... pakcik A membuka rahsia bahawa lelaki itu seorang kaki mabuk dan pernah bekerja di satu restoren di bandar Seremban. Saya terkedu, namaun saya memujuk hati saya... Allah memberi peluang kepada jemaah masjid mendapatkan pahala beredekah. Apa yang lelaki itu lakukan dengan wang itu ialah antara dia dengan Allah Ta'ala. Patutlah wajahnya tidak sepadan dengan usia dalam kad pengenalan. Agaknya arak memang peranannya begitu, menyebabkan sesorang tua sebelum waktunya. Menurut Pakcik A lagi, lelaki tersebut akan minum arak dan tinggal di kaki kaki lima sekitar Seremban. Saya mendoakan, mudah mudahan lelaki tersebut pulang ke pangkal jalan. Itulah kekuatan sebuah masjid.. segala jenis manusia akan datang samada untuk mengambil kesempatan atau mengambil menafaat dari Masjid. Yang penting Masjid tidak ditutup untuk golongan seperti ini.. kerana kemana lagi mereka akan pergi. Siapa yang akan bertanggungjawab seandainya golongan yang sebegini (bertindak seperti orang tak waras) memohon bantuan di Gereja atau Kuil?

Inilah dia lelaki lelaki sempat untuk dikisahkan sepanjang keberadaan saya di Masjid Jamek Bandar Seremban. Jika kita hayati maksud Hadith di atas di golongan manakah mereka ini berada? Banyak lagi kisah menarik ketika saya bertugas di Masjid Jamek Pekan Gemas...nanti jika ada kelapangan saya akan ceritakan. Mudah mudahan kita semua dikurniakan rahmat dari Allah. Mudah mudahan juga ada kebaikan yang telah dan bakal mereka lakukan yang akan mendatangkan menafaat kepada diri mereka sendiri.
Wallahua'lam

Thursday, December 10, 2009

Fobia a.k.a Phobia

Sudah lama tidak menulis... Isteri saya pun dah lama menunggu posting saya di halaman maya ini. Wah! Sungguh tidak disangka sangka... saya ada peminat setia rupanya. Siapa lagi nak jadi peminat kalau bukan isteri sendiri, dan kalau dia tidak berminat pun kita paksa lah dia menjadi peminat. Paksa dalam rela... kan zura kan?

Sebelum tu sedikit maklumat tentang FOBIA

Fobia bermaksud dimana pesakit mengalami ketakutan yang tidak wajar atau tidak rasional (irrational fears) terhadap sesuatu benda atau situasi yang khusus.

Ia juga dikaitkan dengan pengalaman yang lalu atau pelaziman (conditioning) dimana rangsangan (stimulus) yang neutral dikaitkan dengan rasa takut atau cemas apabila mereka terdedah dengan situasi yang sama.Fobia adalah sebahagian daripada gejala penyakit jiwa yang lain seperti kemurungan (anxiety disorders).umumnya ketakutan terbahagi dua iaitu takut biasa (normal fears) dan takut luarbiasa (abnormal fears).

Jenis-jenis fobia.

1)Fobia biasa (Simple Phobia)
2)Fobia agora (Agora Phobia)
3)Fobia Sosial (Social Phobia)

sumber http://www.mahsuri.com.my/blog/rawatan/fobia

Apa yang menarik perhatian di sini ialah kisah tentang anak saya yang sulung telah saya bawa berjumpa doktor gigi beberapa hari lalu. Bebarapa hari sebelum nya dia sudah mula bercerita tentang temujanjinya dengan doktor gigi yang telah ibunya aturkan.

~ibunya aturkan? guna 'cable' bapa saudaranya juga~

Bapa saudara isteri saya adalah bekas pekerja di Klinik pakar gigi di sebuah Hospital kerajaan. Kami meminta bantuan beliau untuk mengatur temujanji di Klinik tersebut. Di klinik tersebut saya baru tau rupa rupanya hanya kes terpilih sahaja akan dihantar kesana. Pemeriksaan awal adalah sepatutnya dilakukan di klinik pergigian daerah yang lain. Hanya anak saya sahaja yang terus mendapatkan rawatan di sini... besarnya 'cable' mak dia.

Kembali kepada cerita fobia. Apa yang fobianya? Mesti pasal cabut gigi la. Anak saya Hanan dan Amr dibawa berjumpa doktor gigi kerana Hanan ada masalah gigi reput atau patah, sementara Amru ada masalah gusi luka kerana terjatuh bulan lepas. Tanggapan saya Amru lah akan bermasalah besar berjumpa doktor gigi..tapi tidak. Dia diperiksa oleh doktor gigi dalam keadaan paling 'macho'. Hanan pun pada mulanya tiada masalah hanya bila doktor membuat keputusan untuk cabut gigi (tunggul gigi) baru dia menangis. Maka bersilat lah para doktor, pembantu dan ayahnya sekali. Akhirnya ayahnya terpaksa berbaring dikerusi pesakit dan memangku hanan yang terjerit jerit. Alhamdulillah akhirnya berjaya. Kemudian secara psikologi doktor memberi hadiah sticker kepada kedua anak anak saya... Mungkin hanan tidak akan fobia berjumpa doktor gigi selepas ini...mudah mudahan.

Habis, siapa yang fobia....? Bila sampai rumah, neneknya melihat gigit yang rosak itu telah dicabut seraya berkata "kau tanyalah Emak kau macamana dia cabut gigi masa kecil dulu..? Orang lain semua dah selesai dia masih lagi belum mula" Hanan senyum. Laa... mak dia yang fobia rupanya. Tapi nenek Hanan tak tau, ayah Hanan pun fobia juga jumpa doktor gigi. Seingat saya, saya sendiri tidak pernah berjumpa doktor gigi untuk cabut gigi di bahagian hadapan. Hanya gigi geraham sahaja yang dicabut oleh doktor gigi. Selain gigi geraham, saya sendiri lah yang menjadi doktornya. Terakhir saya mencabut gigi geraham ialah dua/tiga tahun lepas bersama emak Hanan. Kami pergi bersama sama.. Isteri saya pun ketika itu mempunyai masalah gigi. Kerana dah kritikal agaknya (sakit sangat) semua memberanikan diri ke klinik gigi. Itu cerita gigi... Mungkin kalau doktor gigi memberi kami hadiah sticker masa kecil dulu... taklah menjadi sekritikal ini.

Satu sejarah yang paling saya tak boleh lupa ialah ketika rakan saya dipukul di Petaling Street sekitar akhir tahun 80an dulu. Kami ketika itu masih lagi belajar... Saya di sebuah 'Pondok Matrikulasi' di Kedah sementara rakan saya itu di Universiti Malaya K.L. Kami berempat semuanya, berjalan jalan di sekitar Petaling Street sambil melihat lihat baju dan seluar 'made in Thailand' yang berjenama. Rakan saya Azman, dari satu kedai ke satu kedai asyik bertanya harga benda benda yang dia berkenan "ini berapa?" Bila Cina kedai tanya "mau ka?" Dia boleh jawab "tak mau la" dengan selamba. Sampai la ada satu kedai bila kawan saya tanya "Ini berapa?" Cina kedai tu jawab "RM50" Si Azman ni minta kurangkan harga. Akhirnya bila Cina kedai tu dah kurangkan harga... Azman tak jadi beli. Berlakulah pertikaman lidah seketika sebelum cina tu menarik Azman masuk dalam kedai dia. Gempar sekejap... entah dari mana dah ramai cina di sekeliling kami. Saya tak pasti Azman ditumbuk atau tidak. Tapi bajunya koyak di bahagian leher. Dan ada kesan darah di lehernya (luka kesan tarikan ganas pada bajunya). Saya membuat keputusan drastik dan saya tak tahu atas dasar berani atau takut atau atas dasar apa saya berdiri diantara Azman dan Cina kedai tersebut dan berusaha meleraikan mereka. Nasib baik tak kena penumbuknya. Azman dah dipegang oleh beberapa orang cina disitu seolah olah Azman yang nak memukul cina tu (Cina yang nak pukul dia tu tidak dipegang oleh sesiapa langsung). Rakan-rakan saya yang lain berusaha menarik Azman dari kawasan tersebut. Mungkin sebab orang dah ramai berkerumun (berbilang bangsa) kami beredar sambil cina kedai tu terjerit jerit bagitau semua orang yang kawan saya ni dah menawar harga barangannya dan dia dah kurangkan.... tapi tak jadi beli. "main-main!" katanya. Saya tidak terperanjat bila membaca laporan akhbar bahawa peniaga peniaga di Petaling Street 'Samseng' kerana saya pernah mengalaminya.

Kami terus balik kerumah kawan saya di Bricksfield masa tu... Azman tak banyak bercerita dalam perjalanan balik. Saya tau dia mana ada duit pun sebenarnya (untuk harga barang yang telah ditawar itu). Selepas peristiwa itu saya fobia nak tawar menawar harga barang sebenarnya... hahaha.

Akhirnya sampai sekarang saya jarang menawar harga kalau membeli barang. Mungkin saya akan menawar harga.. tapi kurang kesungguhan... tidak seperti isteri, mak dan mak mertua saya menawar. Saya gelisah kalau tengok orang yang bersama saya (kawan atau keluarga) asyik bertanya harga setiap kali masuk kedai.

.................. Apakah itu 'FOBIA'? Fobia yang mana satu?

Thursday, October 15, 2009

LETIH DAN PENAT 2

Tiga hari pertama... adalah hari yang sangat memenatkan. Seingat saya, saya tak sempat menalipon isteri dan anak kerana masa yang sangat terhad. Masa rehat antara satu program @ aktiviti hanya sekitar lima belas minit ke setengah jam sahaja. Terkejar kejar dibuatnya terutama bagi saya yang dah agak berumur ini. Paling lama pun hanya waktu tidur, pukul dua pagi hingga pukul lima setengah.... cukup ke? Tapi itulah hakikatnya.

Letih dan penatnya dalam masa tiga hari itu tidak dapat digambarkan. Pun begitu alhamdulillah saya dapat melepasi cabaran tersebut.... menurut sumber sumber yang layak dipercayai, mereka sengaja meletakkan kita dalam keadaan stress macam tu sebab nak melihat cara kita bekerja, cara kita bertindak dan cara kita membuat keputusan ketika dalam keadaan tertekan. Walaupun saya berjaya melepasinya, semangat saya pernah goyah juga. Saya membayangkan susah susah sangat, aku lari balik je kang nih.... hehe!

Yang paling memenatkan ialah program KEMBARA pada hari ketiga. Kami melakukan gerak kerja secara berkumpulan. Kebetulan saya yang paling berumur maka sayalah yang dipilih sebagai ketua. Yang lain saya boleh handle tetapi bab kawad saya memang tak pandai. Mungkin sebab masa yang sangat terhad... ya la, baru belajar dua hari dah nak jadi komander kawad.. memang tak pandai. Nasib baik dalam kumpulan saya ada seorang ustazah, yang pandai bab bab ni. Katanya dia pernah menjadi komander kawad semasa belajar... tak pasti pelapes ke polis ke kadet ke... tapi memang dia bagus dari saya. Isteri bertanya, tak malu ke.. orang perempuan pula yang lead. Hehe.. malu la jugak, tapi kalau kawad tak sempurna memang tak lepas masuk hutan. Tapi itu kelemahan kita... kena la mengaku sebab membabitkan kumpulan kita. Kalau tak, semua ahli kumpulan mengamuk dekat ketua nanti.

Kawad secara berkumpulan, dan barisan akan diperiksa oleh salah seorang fasilitator. Kebetulan kumpulan kami di periksa oleh seorang yang agak 'cengir' jugak. Muda lagi orang nya. Kalau ikut ikut hati saya memang saya tangan tangan kan sahaja. Tapi sebelum program hari pertama berjalan pihak fasilitator dah mengingatkan kami supaya jangan ambil hati sekiranya dimarah, ditempik, diprovoke dan macam macam lagi kerana itu adalah salah satu aspek pembelajaran. Dan pada saya pihak jurulatih a.k.a fasilitator adalah professional kerana setelah selesai program kami berkumpul dan semua ahli diberi peluang bercakap sepuas puas hati tentang aktiviti yang telah dijalankan.

Cerita tentang kawad tadi, kumpulan saya telah diperiksa sebanyak tiga kali. Dua kali tak lulus disamping kena jerit... kena marah. Ketua juga yang teruk! Siapa ketuanya?? AKU la!!! Soalan tak masuk akal.... dia tanya nama ahli kumpulan, mana la nak ingat dengan lancar especially perempuan. Itu pun ambil nama pangkal sahaja... tak dapat ingat semua. Kemudian ada pula soalan tanya pasal kasut. Berapa orang pakai kasut putih... berpa pakai kasut biru... mana nak ingat! Tanya warna tudung...la, ingat saya nak periksa benda benda itu semua? Memang memenatkan. Kami bermula dalam pukul 8.30 pagi, kesudahannya masuk hutan pukul 11 lebih. Bayangkan dua tiga jam berjemur tengah padang.

KEMBARA bermula dari Pusat Pemantapan Akidah Jelebu (PPAJ) dan berakhir di situ juga. Kami mula masuk hutan yang bersebelahan dengan PPAJ untuk perjalanan sekitar satu jam merentas hutan yang sangat curam samada mendaki atau menurun. Tetapi di setiap bahagian yang sukar telah diletakkan pasukan PGA atau BOMBA untuk memberi bantuan. Jadi kurang lah menakutkan kerana memang ramai orang berkeliaran dalam hutan itu. Sampai di checkpoint pertama kami berhenti sembahyang zuhur. Menariknya, setiap kumpulan telah diberi barang 'amanah' yang kononnya mesti dijaga dengan teliti. Bayangkan sepanjang aktiviti KEMBARA yang sangat lasak itu, kami dibekalkan dengan 5 biji telur ayam mentah. Bertungkus lumus lah kami membalut telur tersebut supaya tidak mudah pecah. Macam macam cara dapat diperhatikan.

Di checkpoint pertama kami di periksa oleh fasilitator yang didatangkan khas dari Putrajaya. Nasib kumpulan saya agak baik sebab diperiksa oleh seorang fasilitator wanita yang lemah lembut tapi nak buat buat garang. Sekali pandang saya dah boleh baca jenis orangnya. Alahai, ustazah nak buat buat garang ... setakat mana sangatlah garangnya. Dah lah kecil orangnya .... muda dari saya lagi agaknya... kalau saya tempik sekali sure tergolek dalam semak. Tapi tak ada lah saya buat. Saya juga lah yang teruk menjawab soalan. Kumpulan kami lah yang mula mula sekali selesai. Mungkin dia dah tak ada idea lagi nak soal kumpulan kami. Ada satu kumpulan lain, dapat fasilitator perempuan juga... tapi memang garang macam 'Mak Tiri'. Saya dengar suaranya dari jauh memang sangat menyakitkan hati... nasib baik kumpulan kami tak kena.

Letih memang letih... badan letih kemudian mental kena torture pula. Memang stress! Nak mengingatinya pun letih apatah lagi nak menaip..... Nanti sambung lagi la..
To be continued.....